~us~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Tuesday, August 30, 2011

From US

Just a short update
cuma nak wish

Selamat Hari Raya
to aLL bLoggeR

semoga raya tahun nie lebih bermakna buat kalian..

*aku x sambot pon raya..
layan pantang ajerk..
atok belah mama ain pon meninggal semalam..
jadi xdelah apa2 celebration.

Sunday, August 28, 2011

Maafkan Ibu Ye 'Auf

terasa cepat masa berlalu..
'Auf besar depan mata ibu..
hari2 'Auf dengar ibu mintak maaf kan..
tak tahulah 'Auf faham ke tak..

Mcm yang ibu selalu cakap dengan 'Auf,
Selain Ayah, 'Auf lah pemberian terbaik Allah untuk ibu
tapi ibu rasa ibu tak dapat berikan yang terbaik buat 'Auf
dari hari pertama 'Auf di lahirkan

selama ni, org kata lepas deliver susu akan keluar sendiri
ibu pegang kata2 tu.. ibu bertenang dan x pikir apa2
tapi itulah KESILAPAN ibu
'Auf lahir kol 9.37mlm..
setiap jam nurse antar 'Auf pada ibu tuk breastfeed
kamu sucking..sungguh2..
tapi kamu juga nangis sungguh2..
ibu tekan breast ibu tgk takde susu kuar walau setitik
mana pergi susu ibu..

sampai kol 3 pagi.. keadaan sama
'Auf makin kuat lagi nangis..
nurse kata 'Auf lapa dan kalau ikut hours
'Auf leh jadi hypo kalu tak minom susu
dgn berat hati ibu benarkan nurse tu bagi 'Auf formula milk..
sepanjang malam ibu menangis..

ibu tanya diri ibu sendiri..
'kat mana silap aku'..
dia org kata lepas deliver susu keluar.. tapi mana susu aku??
ibu tanya diri ibu dan ibu xde jawapan..
dan adakah ibu kejam dengan mengizinkan kamu minum FM?
tapi ibu xde pilihan..

esoknya bila kamu balik rumah..
still sama.. kamu menangis sepanjang malam..
dan sekali lagi nenek kamu decide tuk bagi FM
atok kamu bagi minum pakai sudu..
sepanjang malam jugak ibu sedih dan nangis..
ayah kamu pon x berjaya pujuk ibu..
sepanjang malam nangis mengenang kan mana susu ibu yang diperkatakan tu

hari ke tiga, ibu paksa ayah antar ibu g umah bidan..
ibu nak dia urut ibu dan tanya mana susu ibu..
nape tak keluar..
masa nenek tu urut dia kata..
ko nie xde susu.. kelenjar ko kosong
mana susu nak keluar...
lepas dia urut ibu.. ibu balik umah dan bagi 'Auf susu
alhamdulilah ada susu walaupon sikit
ibu nangis2 tgk kamu minom..
tapi kamu x suka sucking..
until today.. mungkin sbb kamu dah letih sucking sebelom ni..

ibu makan sayur lobak masak air yang ayah masak ari2..
pagi petang malam siang sayur tu ibu taram..
walau kembang tekak tak leh nak terima lobak tu..
tapi demi 'Auf..

even skrg nie 'Auf bukan lah breastfeeding baby..
tapi 'Auf tetap breast milk baby..
kalau 'Auf tak lapar sangat, 'Auf suka nenen ibu..
tapi kalau 'Auf tgh lapa yang sungguh2
'Auf akan reject nenen ibu..

jadi skrg every 2 hours ibu akan pam susu..
alhamdulilah.. mula2 tak sampai 1 auns..
skrg nie dapat 2 auns..
sekali 'Auf minom mmg 2 auns abes..
semoga Allah bagi kekuatan tuk ibu
ibu syukur kamu boleh menerima botol dan juga nenen ibu

secara keseluruhannya ibu tahu ibu GAGAL BF 'Auf
tapi ibu bersyukur, ibu dah kurangkan FM terhadap 'Auf
harapnya lepas ni kamu akan Breast Milk sepenuhnya..
walaupon ibu nangis ari2 kerana kamu 'Auf
ibu bersyukur Allah tetap pagi peluang kat
ibu tuk besarkan 'Auf

Maafkan ibu 'Auf kerana tak dapat berikan yang terbaiks
buat kamu..

Saturday, August 27, 2011

Uri @ Plasenta = Bilangan Anak


Pernah tak korang semua dengar
dari uri @ plasenta anak kita yang pertama
kita leh tahu bilangan anak yang kita akan dapat
*ni menurut cakap org tua2 laa

'Auf masa lahir urinya lambat tanam..
hari ke 4 baru di tanam di kampung belah ayah
yelaa org pesan kalu nak tanam uri nie
biarlah di tempat yang kekal..

since ibu ngan ayah dok umah sewa yang takde tanah..
jadi kirimlah uri ni di tanam kat kampung
dalam masa 4 hari ni, 'Auf amat sensitif sejuk..
menggigil2 badan menahan sejuk..
yelaa urinya di letak dalam freezer..
*bunyi mcm pelik kan.. tapi benar..*
malam2 pon 'Auf merengek2..
tak lena tdo..

tapi lepas uri 'Auf di tanam..
lena terus tdo 'Auf sampai ibu pon turut terbabas lena.. hehe
oo lari topik lak..
ibu nak citer yang dari uri tu,
kita leh tengok bilangan anak yang 'mungkin' kita dapat

ayah kata, ada mcm biji2 ketul2 kat tali uri tu..
dan masa 'Auf hari ke 7
ayah dtg dekat ibu dan dia kuar statement
"I rasa anak kita 'Auf sorang je syg"
masa nie ibu sangat sentap..
"Nape u cakap mcm tu?"
ayah jawab "2-3 kali i check dan cari.. tapi x jumpa ketul2 pon.. papa dengan abah pon cari jugak"
ibu diam.. sedih plak hati nie..
"xpelah cyg kalu anak kita sorg je.. mungkin kita mampu jaga sorang je anak.. Allah tahu yang terbaik kan.."
masa nie.. tengok muka 'Auf sedih sangat..
ye laa 'Auf will be anak tunggal..
xde adik beradik.. tapi xpelah..
mungkin ada hikmah semuanya..

Ibu doakan yang terbaik buat 'Auf..
niat hati ibu dulu nak 5 org anak..
nak cukupkan kuato medical company ibu.. hehe
tapi kalau rezeki yang Allah bagi sekadar 'Auf sorang
ibu redha sayang.. mungkin ini yang terbaik buat ibu

ibu tetap cayang kamu 'Auf


Thursday, August 25, 2011

Di Sebalik Nama


Anak hensem ibu nama dia
Muhammad 'Auf Irfan Naufal bin Mohd Nazri
Panjang kan nama anak ibu ni..
ye laa nak lawan nama ibu yang panjang berjela nie..
hehehe
sebenarnya pemilihan nama nie ada kisah tersendiri

Asalnya nama anak ibu tiada tambahan nama Muhammad
tapi nenek 'Auf marah, sbb dia nak panggil cucu dia
dengan nama Muhammad.. Yang Terpuji kata nenek..
pada hari pendaftaran tu, ibu last minit decide
dan mintak ayah buat tambahan

panjang memang panjang tapi nak buat mcm mana kan
permintaan banyak sangat hehehe..

nama 'Auf bermaksud Yang Kuat Berusaha
ibu suka nama ni.. sejak tahu ibu ngandung
ibu dah start cari nama dan nama first yang ibu suka
adalah 'Auf..
**ibu x cari nama pompuan.. sbb hati ibu berat kata kamu lelaki**
even masa g gynea dia kata kamu pompuan.. huhu
*lagipon ibu memang berusaha keras tuk dapatkan kamu 'Auf*
mcm2 ibu dah cuba hingga jalan terakhir, adalah tawakal + yakin

nama Irfan Naufal adalah pilihan ayah..
3 hari berturut2 ayah bangun tdo sebut nama Irfan Naufal kat ibu
dia suruh cari maksud.
Irfan = Bijaksana dan Naufal = Dermawan
since maksudnya bagus jadi ibu ngan ayah decide
tuk letak nama nie.

sorrylah anak ibu.. sbb nama kamu panjang..
nak buat mcm mana.. nie laa padahnya
kalu ayah ngan ibu kemaruk nak anak.. heh heh heh

apa2 pon.. ibu cayang kamu lil 'Auf

Thursday, August 18, 2011

Pengalam Bersalin

Alhamdulilah...
sempat lagi wat entry nie.. hehe
actually nak citer pengalaman bersalin
ain bersalin kat Hospital Colombia Asia Puchong
Gynea ain Dr Raja Juhaidah
Ain bersalin 13 August 2011
seminggu awal dari due date yang sepatutnya kan..

actually takdelah tanda2 serius nak bersalin..
on friday ain mintak balik awal sbb ada tanda
akhir2 period tu.. tapi minor sbb sikit je pon
cuma tak moh amek risiko balik on time
ye laa buat nak terberanak kang..
tak ke naya je tuh.. tetangah jem.. huhu
so balik laa awal..

tapi bila kat umah tanda2 stain tu xde plak
so mungkin false alarm kot tuk ain..
next day yer saturday..
takde kemana2 lepak umah je..
pagi tu ain cuma makan murtabak megi
and 3 ketol scallop as bekpes..
*ain kan tak posa..

then tengahhari tu mcm agak moody..
so malas nak cakap.. ain masuk bilik tdo..
bangun x bangon kol 3.30 tuk solat suhur..
then sambung golek2.. sambil berangan bila laa nak beranak ni
heh heh

kol 4.45 husband ain ajak kuar g bazar + cari lauk berbuka
ain mmg takde mood nak masak that day
so plan nak beli je siakap stim halia...
sedapnya.. masa tu tekak mmg nak sangat2 makan
ye laa satu hari x makan kecuali bekpes kan..

ain siap dgn slow motionnya..
5.25 baru nak solat asar..
tengah2 solat tu.. masuk rakaat kedua..
'pop' bunyi air ketuban pecah..
basah telekung semua.. cepat2 ain bangun
blur kejap..
husband dok kat katil tanya apsal berenti solat?
ain jawab "air ketuban i pecah.. jom antar i g spital"
doktor dah pesan kalu keluar tanda darah leh relax2 tggu sampai sakit x leh bgn
tapi kalu air ketuban pecah kena dtg segera
takut apa2 jadi kat baby..

ain g toilet bersihkan diri then siap2 g spital
tapi sempat lagi laa suruh husband g beli air
tuk dia berbuka.. confirm berbuka kat spital kan..
kesian plak dia.. kebetulan SIL ada kat umah
dia pon follow..
dia dok ingat ain buat lawak nak beranak
sbb x caya yang ain leh relax lagi nak beranak nie
sbb siap singgah tepi jalan beli air bungkus.. heh heh

sampai spital.. MA tu suruh dok kat wheelchair..
dia bawak g labour room
so inform ler air ketuban dah pecah kol 5.30..
at that time kol 6.00 ptg dah..
so nurse call gynea..

jantung sgt berdebar..
mid wife psgkan CTG tu tok monitor baby..
bb mmg ok.. siap gerak2 lagi bontot dia..
masa tu ain x rasa sakit sangat..
so relax je laaa... gynea dtg check masa tu
bukaan dah 5cm.. dia kata kalu 2 cm suruh lepak wad dulu
takde maknanya.. dah 5 cm dah..
x sempat laa kan nak epidural bagai..
lagipon mas tu dah x sakit lagi
since doktor kata tggu 5 jam
=1cm bukaan = 1 jam
ain suruh husband balik dulu g buka posa..
husband mmg dah letih sbb dia cat umah siangnya.
so suruh dia g beli buka dulu.. solat maghrib lagik..
ye laa doktor kata 5 jam lagik
mean dalam kol 11 laa kan...

ain lepak dulu dalam LR tuh..
nurse tu ada suruh kencing ke berak ke
tapi ain xde rasa nak kencing @ berak.. jadi lepak je laa..
sempat pesan kat bb.. kalu nak kuar awal make sure lepas maghrib
ye laa bagi chance gynea ke nurse2 tu buka posa dulu

dalam kol 8 tuh.. ain dah mula rasa sakit nak mati
datang every 3 minit.. bila sakit ain mmg xleh handle.
bila hilang ain leh diam..
husband tak sampai lagi masa ni..
ain jerit panggil nurse..
dia org dtg.. ain cakap laa.. sakit..
nak kencing ada nak berak ada..
tapi bila di bawa bekas kencing tak moh kuar plak..
huhu snagat seksa ok..

mid wife chek lagi bukaan.. kali ni dah 7 cm..
cepatnya.. dalam hati ain berdoa agar suami sempat sampai
i need support that time..
bila sakit je.. ain zikir banyak2.. dan banyak gak ain nangis sakit.
bila husband dtg.. dia lagi cuak tgk ain meraung nangis2 tu..
dia cakap sabar ye sayang.. ujian Allah bagi nie..
bila lama2 cakap bende yang sama..
dia tukar ayat.. "barang baik nak kuar mmg sakit sayang!"
huh.. nurse 2 org yang ada tu dok gelak2 aje..
ain rasa nak gigit je kepala husband ain yang leh wat lawak bangang nie..

dalam kol 9 masa tu mmg x tahan dah..
bantuan gas yang nurse bagi pon tak guna dah..
last2 nurse kata tak yah guna gas..
skrg nie cuma push.. bagi nampak kepala baby sikit
then kita panggil doktor..
kalu panggil doktor awal2 nnt doktor vacuum plak..
dengar nurse cakap mcm tuh.. terus ain cuak..
tak moh vacuum.. kesian kat baby.. *dalam nada nangis jawab*

bila dtg gesa sakit ain try push..
tapi misi kata ain push terlalu pendek.. kena push pjg2..
aduhh konpius ms nie.. dah tak tahu nak mengepush plak..
heh heh heh sengal gak...
tapi bila doktor sampai...
ada satu perasaan yang paksa ain push sekuatnya.. 2 kali push pjg..
doktor kata sikit lagikkk... kepala baby dah ada tuh..
siap doktor suruh husband tgk.. dan bgtahu kat ain..
"sayang kepala baby dah nampak.. push sikit lagi sayang"
husband ain cakap sambil cium dahi..
masa nie.. mmg ain meneran sesungguh2nya..
alih2 terasa lepas sesuatu..
then ain tanya doktor..
"dah ke doktor?"
doktor jawab " eh belom.. tu baru kepala.. push lagi sekali.."
ain teran sikit dan terasa sesuatu kuar.. doktor angkat baby..
baby ain tak nangis.. tapi dia bukak mata dia luas2..
lepas misi suction dia semua baru dia nangis sikit2..
baby dok atas ain..
ain cakap.."baby dah kuar laa.. dah kuar.."
husband ain cium baby cium ain.. lega sgt...

ain tanya lagi doktor
"dah abes laa nie doktor?"
doktor jawab
"eh belum.. uri belom kuar.."
ain tanya lagik " nak kena teran jugak ke uri nie?"
doktor jawab "eh tak yah.. tggu je dia tanggal sendiri.."
ain lega... secara keseluruhannya ain kena 2 jahitan..
doktor tak potong.. ni koyakan semula jadi.. huhu
at last... semuanya berakhir..
masuk LR kol 6.. beranak kol 9.37 mlm..
semua kata cepatnya....
mmg terasa cepat.. alhamdulilah..
mungkin nie berkat makan salindah dari awal ngandung...

ok laa.. panjang dah nie entry..
jenuh korg nak membaca kan.. hehehehe


Tuesday, August 16, 2011

'Auf Irfan Naufal


Hi allsss..

sorry sangat sangat lambat mengupdate
perkhabaran berita kat blog..
ain sbb post kat FB tu pon via hset je
tak tahu apsal ain x leh nak access blogger.com

seperti tajuk entry...
ain dah selamat melahirkan baby kecik dalam perot
yang suka main laga2 bontot kat peyot ibu dia
kita layan gambo je dulu


our lil family


pengalaman bersalin next entry ek..
x leh nak post pepanjang.. hehe
'Auf sedang melalak plak..

Saturday, August 13, 2011

Menu Yang Still PENDING !

sejak akhir2 nie,
tekak aku mmg selera je nak makan..
dan makanan yang aku nak tu semua
simple dimple aje.. hehehe

meh aku listkan apa yang aku
nak makan tapi x sempat masak lagik..
1) taugeh + tauhu masak lemak putih
2) siakap stim
3) sardin - mesti suami aku yang masak
4) pizza super supreme
5) yee mee blackpaper + mushroom (hot plate tu ler)
6) asam pedas pari - nak yang bapak aku masakkan
7) telur bungkus
8) roti jala

eh banyak plak yang aku nak makannya..
hehehe hopefully dapat laa aku makan
sebelom beranak nie. heh heh heh
kena gigih2 memasak nie..

*tapi aku rs aku lg kemarok makan masakan org lain tuk aku*
-mode malas masak dah mai dah-

Friday, August 12, 2011

39 weeks

as usual... every friday
ibu will counting the days..
arini minggu ke 39..
ada 1 week sebelom ke tarikh due date kamu baby

every nite skrg mmg ibu susah tdo
sbb rasa lenguh dari
pinggang hingga ke tulang punggung
ari2 gak ayah baby kena urut..
if not mmg x tdo laa ibu..

minggu nie jugak 2 kali ibu cuti n MC
sbb pagi2 tak leh bangun
sangat sakit kat area pinggang n punggung
kdg2 sampai ke tghari baru ok..
baru ibu leh bangun and buat keje..

tapi alhamdulilah...
ibu leh paksa bangun masak sahur
dan jugak balik umah lepas keje
masak buka posa..
menu yang simple tapi dari air tangan ibu..
semua tuk ayah baby..

mungkin anak ibu nak kuar on due date date kot..
takpon masa pay day ibu bulan nie..
hehehehe ok lah tuh..
tapi jgn lambat sangat ye baby...
sbb kecian kat gynea tu nanti
nak beraya jugak diaorg..

apa2 pon... baby sila behave ye..
jgn ganas2 sangat gerak kat dalam perot ibu ni..
sbb kdg2 ibu x tahan sakit..
alamatnya mmg terbongkang tdo je laaa..

Thursday, August 11, 2011

9 day more

tracking kat sebelah tu kata
tgal 9 hari lagi baby ibu nak kuar
ibu mengharapkan kamu kuar awal
tapi nampaknya kamu suka kan
duk dalam peyot gemok ibu nie..
hehehe

malam2 kamu dok goyang2
sampai senak ibu di buatnya..
kamu dok siku2 lagi ibu
sampai lenguh tulang punggung ibu nie
huhu ibu akan rindu saat ini..

tapi ayah kamu sgt suka kamu kuar lambat
alasan dia, umah tak siap kemas..
dia belom abes ngecat..
dia tak siap buat rak lagik..
adduuhhh teroks kan ayah kamu nie baby

ibu nak kamu kuar cepat2..
ayah kamu x nak kamu kuar cepat2 lak..
konpius betol..
tapi xpelah..,
ibu rasa kamu tahu the best time tuk kamu keluar
so sila jgn buat ibu ternanti2 ye baby

Wednesday, August 10, 2011

Rahim Senget

belom sempat aku tulis..
dia terpublish lakss.. hehehe
haa aku nak citer pasal rahim senget..
ari sabtu lepas aku bawa biras aku
(eh korg tahu ke biras tu apa???)
biras = isteri kepada adik ipar aku ler

aku bawa dia g ngurut kat tempat
nenek yang aku dah booking tuk
urut aku masa berpantang nnt
aku panggil nenek ramlah..
mmg dah tua dah nenek ni
umur 70thn

tapi hasil dia urut mmg kaw kaw sedap
mmg berasa ler..
bukan mcm urutan spa yang ala2
picit2 manja ler..
biras aku nie dah kawen almost 3 tahun
dan still takde rezeki zuriat lagik
*adik suami aku langkah bendul*

masa urut tu nenek tu cakap laa
"lepas ko bersama, pagi nanti ko rasa tak air keluar balik?"
biras aku "haah" mengiyakan
nenek tu cakap..
"rahim ko ni senget tu sbb lepas bersama,
ko dah siap mandi jalan2, airnya mengalir keluar"
biras aku dok angguk2 je.. sengih..
"mana laa nak lekat kalau airnya tak masuk..
laki ko plak airnya cair sangat tu yang keluar balik.."
nenek tu bebel lagik..
dia urut betol kan kedudukan rahim biras aku..

nenek tu tanya biras aku nie x penah g ngurut ke..
biras aku cakap ada.. dan dia kata selalunya bidan yang ngurut cakap
rahim biras aku nie rendah sangat..
nenek tu marah laa.. dia cakap
"kalu rahim rendah laa bagus.. dapat anak setiap tahun.. senang lekat sbb rendah"
aku terangguk2 laa gak.. sbb baru tahu.. hehehe

teringat aku dulu.. mmg mengalami masalah mcm biras aku tu
tapi xdelah plak aku g ngurut..
tapi mungkin effect aku dok ber excersize sungguh2 dulu
memberi effect pada kedudukan rahim aku
dan hasilnya.. aku preggy..
*aku andaian je laa*

so kengkawan... why not try kan
g berurut.. bunyi mcm pelik..
tapi cara2 tradisional ni kalau kena gaya
insyaallah..

*tak sabo nak tggu hasil biras aku nie*
aku xdelah kata 100% menjadi
tapi tak salah mencuba kan..

Tahniah Su

ooo one of geng due date ain
dah selamat bersalin..
tapi ain tak tahu baby boy ke girl..
seronoknya SU..

selamat berpantang..
sorry ain takde no phone su daaa
nnt lunch hour ain tgk FB laa..
kat opis nie.. FB kena block..
tu yang ala2 tak tahu kejadian sekeliling..

apa2 pon..
Tahniah SU

Tuesday, August 9, 2011

Kembali Bersiaran

lama tak update blog..
pastu dah lama tak blog walking..
takpe takpe..
jawa kata "alun-alun"

so jap lagi aku jalan gi umah korang ye
hehehe.. semalam aku MC
rasa mcm lumpuh separuh badan
sangat bisa sakitnya...
pinggangnya..punggungnya.. aduuhh

ingat semalam dah beranak dah..
sekali g jumpa doktor xde bukaan ponggg
ish ish ish... anak ibu main guling2 kot
tu yang ibunya sakit bagai nak rak..

arini hubby suruh lepak umah je
tapi aku malas.. aku g opis..
dok umah bukan ada apa pong..
better g opis.. ramai kawan borakss

hehehe..

Friday, August 5, 2011

Kelab Mama Dumex

aritu balik umah aku dapat surat
sgt excited okay sbb jarang surat
di hantar ke rumah..
selalunya aku suruh hantar ke opis aje

dapat surat dari Kelab Mama Dumex
since aku kan daftar kat baiboo.com
so secara automatiknya aku
jadilah kelab dumex nie

teringat masa aku kecik2 dulu
aku peminum tegar susu dumex nie
mak aku kata satu tin besar tuk seminggu je
hahahaha tapi tu dulu laa

skrg nie kalau suruh aku minum susu
aku rela minum air kunyit..
wakakaka.. sgt seram ok dgn susu
semoga perangai nie x di contohi oleh anak ibu


dalam surat tu jugak
disertakan saguhati
berupa termometer uSmart jenama Osim
eh betol ke nama dia nie..
ala tuk cek suhu badan kan.. hehe


suka suka..
so kengkawan yang preggy tu
sila daftar kat baiboo.com ye..
banyak benefit.. nnt dapat free gift masa deliver

Puasa Hari Ke 5

arini dah 5 hari kita puasakan..
alhamdulilah yang dah puasa cukup until today..
tuk aku plak.. dah 5 hari aku tak posa
huhu mengira-gira baper hari kena ganti..

anak ibu nie lambat lagi nak kuar..
doktor bagi 2 week tuk deliver..
so kalau anak ibu lambat kuar..
maka bertambahlah hari ibu kena ganti posa..

skrg pagi2 bangun siapkan sahur..
kalau bukan kerana ayah baby yang nak sahur..
confirm ibu tak moh bangun..
sbb sgt sgt sgt tak larat sebenarnya..

kalau pikirkan SIL yang ada kat umah tu leh je buat2 tak tahu..
tapi cian kat ayah baby kan.. jadi haruslah buat2 kuat..
selagi terlarat.. esok2 kalu mmg terlepek..
mmg x leh nak buat apa ler...

masih blur x tahu nak masak apa buka nanti..
tgk mood laa.. kalau idea dtg tetengah hari nnt..

Wednesday, August 3, 2011

Happy Yer


aku suka giler arini
sebabbbbbb
aku dapat ini..


alaa gambo tersenget plak..
ni laa bubur lambuk kg baru
huhuhu.. dari sebelom puasa lagik
aku nak makan bubur lambuk

sempat pesan kat baby dalam peyot
supaya allow me to makan this one dulu
to cari2 org yg sudi tolong aku amekkan bubur ni
akhirnya rezeki aku arini...
dapat gak makan bubu nie
x sabo nak tggu waktu berbuka..
huhuhu suka suka..

mood : senyum sengih tarik napass... hembusss..
sedapnya bau bubur lambuk nie



Tuesday, August 2, 2011

Update Posa Hari Pertama

semalam meriah aku tgk kengkawan
update menu berbuka posa..
aku buka posa biasa2 aje..
kebetulan adik ipar aku masak..
dia masak udang goreng rempah dan
*beli lauk tom yam + kentang tempe goreng*

aku plak semalam balik awal..
singgah bazar kat area umah aku tu
ada 2 bazar.. dengan perot yang berat nie
aku dok berjalan2 tgk yang berkenan

since aku x posa jadi xdelah
kemaruk sgt nak membeli belahnya..
aku cuma beli murtabak nipis satu,
kuih samosa sedap 3 keping = RM2
dgn air tebu = en suami request

simple aje.. malas nak beli byk2..
kang x abes makan di buatnya..
membazir sudahhh.. huhuhu

tapi alhamdulilah dah 2 hari aku berterawih
even 8 rakaat 3 witir.. tapi kira oklah
cuma aku bukan solat kat masjid daaa... kat umah aje..
ye laa nak g masjid kang takot x larat..
kaki aku nie bukan leh berdiri lama2 sgt

apa2 pon.. aku menunggu baby kecik kuar
ikutlah bila dia rasa dia dah kuat tuk kuar
dan rasa dah bosan dok dalam perot ibu ni
dia leh kuar.. sbb semuanya dah tersedia..


Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa Semua

alhamdulilah..
dapat kita bertemu lagi dgn Ramadhan..
kengkawan posa ke tak nie..
ain tak posa.. *ssyyyyhhhhh*

doktor x bagi posa sbb ain kan diabetes
so doktor kata kalu posa,
baby akan produce gula sendiri
sbb dia tak dapat bekalan makanan dari ibu dia
which is not good for baby

takpelah baby.. demi kamu..
lagi pon arini kamu dah 9 bulan 10 hari
entah berapa hari lagi kamu nak keluar kan..
ibu ngan ayah excited okay..

harap2 di permudahkan lah
segala urusannya... sbb ibu kamu cuakksss
hehehe..