~us~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Wednesday, February 18, 2009

Derhaka Kepada Ibubapa Termasuk Dosa Besar

Abi Bakrah radhiallahu 'anh berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:

“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”

Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”

Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.[1]


Derhaka kepada ibu adalah lebih berat dosanya, berdasarkan sebuah hadis lain dimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengkhususkan larangan berbuat derhaka kepada seorang ibu:

Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. Dan (Allah) membenci kalian menyebarkan gosip, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.[2]


Yang dimaksudkan dengan derhaka adalah apa sahaja perbuatan yang bertentang dengan berbuat baik dan ihsan. Antaranya, meninggikan suara, menggunakan perkataan yang kasar, sinis dan menyinggung perasaan, tidak memenuhi permintaan mereka (selagi mana ia bukan sesuatu yang bertentangan secara jelas dengan syari‘at Islam) dan membiarkan mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani. Seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai.

‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma pernah menerangkan bahawa dosa-dosa terbesar ada sembilan, iaitu:

Mempersekutukan Allah, membunuh orang lain (tanpa hak), melarikan diri daripada pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan zina), memakan riba’, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat dalam masjid, menghina ibubapa dan (menyebabkan) ibubapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).[3]

Ibu dikhususkan daripada ayah kerana lazimnya kita sebagai anak-anak lebih berani bertindak derhaka kepada ibu berbanding ayah. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian kita tidak menghormatinya, lantas berani bersikap derhaka kepadanya. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran khusus kepada kita berkenaan ibu kita, bahawa janganlah menderhakainya.

Monday, February 16, 2009

TAG : pelamin Angan Berangan KU

well well well.. makcik aku tag aku.. topic aku suka neh.. hehehehe.. best kan kan.. aritu punya tangging aku tak buat.. tapi yg nie aku mesti buat.. wakakakakakka...
key kay.. kita gi vet thru satu satu soklan nie yer...

1. How old are you?
errmm.. aku baru berusia 24 dan bakal masuk 25 pada 2 Julai nie.. heh heh heh... dah tua.. tapi masih chomel seperti selalu..
ahakkksss

2.Are you single?
errmm.. aku mengconsider kan aku not available and not single ler.. kerana sudah jadi 'kekasih atok'.. uummmaaahhhhh..cyg atok... gatal sungguh aku..

3.At what age do you think you'll get married?
umur 25 tahun.. leh tak... hehehe.. aku mahu kawen tahun ini... wakakakakaka... mama papa adik nak kawen tahun nie.. bisa enggak???

4.Do you think you'll marrying the person you are with now?
SUDAH SEMESTINYA,.. kerana aku hanya ada dia... dulu kini dan selamanya.. semoga ALLAH memanjangkan jodoh Ain dengan Atok.. amen

5.If not, who do you want to marry?
Aku hanya mahu atok sahaja.. takkan ada yg lain.. if not then forever i'll single mingle ler...

6.Who will be your bridesmaid & bestman?
eerrmmm,.. saper yer... mungkin makcik ku yg terchenta laaa kot....
kak diana a.k.a filanastasia.. mana tahu berkat dia jadi pengapit aku.. dia naek pelamin plak lepas 6 bulan aku kawen.. huhuhuh uumm-mmaaahhhh

7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?
eerrmm aku nak simple aje... alaa kawen kat dewan.,.. jemput org dtg ramai2...makan makan.. hehehhe... tu aku tak reti nak letak concept apa... hehehe tak berapa traditional ler..

8.Where do you plan to go on honeymoon?
eerrmm hajat hati mmg nak naek cruise tuh.. tapi aklau duit tak cukup.. aku gi pulau tioman aje laaa.. tak pongggg.... kat ladang serai pon ok gak kan... huhuhu

9.How many guests do you think you'll invite?
i dont have exactly figure.. tapi mesti include.. member masa tadika, skpr, uum, pmkn, TM, umum... hehehehhe semua semua nak jemput.

10.Will that include your exes?
aku ada ker ex??? hahaha takde kot.. tapi kalau yg nak ngaku aku nie ex dia.. ya bisa saja... cuma jgn direbut kembali hatiku ini... wakakaka

11.How many layers of cake do you want?
eerrmmm kalau buleh nak 7 tapi mahal kan kan... wakakakka.. unless makcik kesayangan aku filanastasia tuh nak buat kan aku kek choc 7 lapis diselang selikan dengan pulut kuning..fuyyoooohhh... ngancam sey... wakakakkaa.. atas sekali tuh letak simbolik angsa + love,.. (hah kak di siaplaa ko... )

12.When do you want to get married, morning or evening?
eerrrmm untuk nikah aku prefer pagi laa kot.. around 10 or 10.30am.. pastu baru diteruskan dengan majlis bersanding pada tengahari hingga lewat petang... hehehhee

13.Name the song/tune you'd like to play at your wedding
alamak.. aku nie bukan tahu pon pasal lagu lagu nie... aku ikot laa nak lagu apa pon.. tapi lagu lama2 pon best gak kan.. lagu pengantin.. hehehehe

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
eerrmm..
ala2 buffet je laa... mean normal spoon & fork je laaa.... leh tak gitu??

15.Champagne or red wine?
HARAMMMMMMM..... ish ish ish.. ini enggak bisa di majlis perkahwinan ku.. air apa ye... mata kucing kot.. sedap tak??? nyam nyam

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
haaa yg nie aku pegi lepas dah abes semua selesai dibelah dua-dua pihak laa... kan kan.. best aje.. mungkin a week after my wedding sebelah lelaki.. :P

17.Money or household items?
household pon ok... aku nak microwave oven... mesin basuh..(tak kira laa semi-auto ker fully auto ker..) aku terima aje... pastu kan.. aku jugak nak vacuum cleaner.. huh demand seyy. alaa bagi apa saja aku sanggup terima..
hehehehehe

18.How many kids would you like to have?
eerrmm,.. anak nie mengikut kemampuan laaa kan.. kang anak ramai tapi hidup merempat pon tak leh gak.. huhuhu.. tapi minimum 3 org..

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?
eermm amek gambo je laa kot... kat tempat2 yg aku gi tuh... buat kenang kenangan aje...

20. Whose wedding plan would you like to know next?
saper yer.. bukan ramai pon member blog aku nie.. tapi antaranya...
1. makcik aku a.k.a KAK AZA
2. kawan aku.. HIBBY
3. adik aku yg gatal.. ALI
4. AMOI.. hehhe
5. AYARES.. leh ker letak dia... :P
entah laa aku tak tahu laaa saper lagik.. errmmm