~us~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Friday, October 1, 2010

Kalau Berdoa Harus Doakan Untuk Orang Lain Jugak

dalam minggu nie.. aku rasa aku baru tersedar sesuatu..
tentang ajaran yg ustaz dan ustazah ku pernah ajar..
bendenya simple tapi kadang2 kita lupa...
(mungkin korang x lupa.. tapi aku yg terlupa)
nak tahu apa bende... haaa link kan balik pada tajuk aku kat atas tu..

"Kalau Berdoa Harus Doakan Untuk Orang Lain Jugak"

ya betolll...
selalunya aku hanya doakan untuk suami ku, mama dan papaku, & mak ayah mertuaku
tapi lepas baca entry kak lemang (previous entry nie)
point no 2 : doakan untuk orang lain sekali..
hati aku serta merta tersentak..
ye laa aku alpa dan selalu lupa untuk mendoakan org2 lain

alhamdulilah.. kak lemang dah bantu untuk mengingatkan aku..
jadi aku tambah lagi untuk adik beradik, sedara mara, sahabat andai, seluruh umat islam..
jika aku mintak diluaskan pintu rezeki untuk aku dan suami...
aku minta sekali untuk semua.. kerana rezeki Allah tu luas..
mungkin ada di antara kalian yg lebih rezekinya..
bakal memberikan aku sedikit rezeki itu.. saper tahu kan..

kalau org lain senang.. maka aku akan turut senang..
kalau org lain kaya.. maka aku akan turut kaya...
jadi aku tak buleh lupa lagik...

hari2 aku doa mintak di kurniakan zuriat..
aku rasa aku sorg je yg kesepian..
tapi aku lupa.. disekeliling aku ada juga yg berkongsi rasa itu..
malah ada yg dah lama merasainya berbanding aku..
aku ikut nasihat kak lemang..
doa untuk kawan2 agar dapat zuriat sekali..
kata kak lemang kalau buleh sebut sekali nama mereka..
aku tak pilih kawan.. tapi nama yang terkeluar dari mulut aku ada 4 org..
malah bila berdoa aku terbayang sungguh2 wajah mereka..
mungkin keinginan mereka sebesar keinginan aku..

buat Nur Jihan Fadzil, Nurul Akmal Abu Bakar, Norzaliza Khalid dan Nor Azlina Hassan,
maafkan aku kerana tak mendoakan kalian lebih awal sebelom nie..
semoga impian kita mahukan zuriat segera termakbul...
berdoa beramai-ramai lebih baik dari berdoa sorang-sorang kan.
semoga kita terus sabar menanti, yakin dan terus berusaha..

*penantian yang dinanti

3 comments:

E K A said...

saya nak info ni boley tak........

AIN NAZRI said...

sila ambil EKA.. sharing is caringst

Unknown said...

semoga impian ain akan tercapai hendaknya mia doakan