Uji Minda petang ni : Bila kali terakhir kita buat IBU/MAK/MAMA/UMI kita menangis? Adakah kita buat mereka menangis kerana gembira atau sedih ? Yang aku ingat kali terakhir mama nangis masa aku hilangkan jam tgn yang dia belikan masa aku darjah 1. memang mama nangis + frust dgn aku.ye laa dulukan hidup susah jadi bila aku tak hargai pemberian mama, memang patut laa mama sedih.
Sejak jadi ibu ni, aku rasa aku lebih memahami perasaan ibu2 tua/muda di sekeliling aku. semua ibu mahukan yang terbaik. mana ada ibu yang nak anaknya tak bahagia, yang comot, yang bodoh, yang jahat. Semua ibu nak yang baik-baik saja.
Tapi anak2 sekarang, semua dah bijak2.. dah boleh amek keputusan sendiri. emak nasihat kamu x nak dengar.. bila hati kamu di lukai kamu kata "emak x paham jiwa aku".. oh anak.. lupa kah ko, emak itulah yang basuh berak kamu tanpa pernah mengeluh. ibu itu jugaklah yang bersengkang mata jaga bila korg demam masa kecik2.. kang kalu x jaga, ibu korg takot korang kena sawan..dah cacat plak.. tu pon korg tak sedar..
jgn melukai hati ibu korg.. mcm budak kuantan yg ibu dia dok merayu rayu, melalak-lalak anak dia hilang.. rupa2nya dia lari ikut jantan.. mmg kurg sabar aku dgn budak tuh.. mak ko bela ko bertahun2, ko main2kan mak ko g ikut jantan lain yang ko baru kenal bulan bulan tuh.. huh.. x sedar diri betol.. ko ingat jantan tu leh ke jaga ko betol mcm mak ko jaga ko.. ko ingat jantan tu leh ke cebok berak ko mcm mak ko jaga ko.. tolong laaa... jgn guna kepala otak yang kat lutut..
bila hati anak2 terasa dgn teguran ibu, diaorg cakap "mummy, u tak sporting laa.. i dah besar, i leh buat keputusan tuk diri i sendiri. u jgn sibuk2 laa mummy" .. waaaaahhh mudah anak berkata2 ye.. kalu mak ko x pikir yang ko nie anak.. dah lama mak ko doa kat Allah tuk laknat ko.. ish aku yang emo ni..
apsal aku emo??? sbb tadi seorg IBU menangis depan aku kerana anaknya.. dan aku sgt sgt sgt marah kat anak dia.. aku try kuat tadi tuk tak turut nangis depan IBU tu.. tapi bila IBU tu pergi, aku masuk toilet nanges.. huhuhu...
Hati ini walaupun telah dilukai
Namun diri tabah jua menghadapi
*ibu kena kuat kan*
No comments:
Post a Comment