~us~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Tuesday, December 13, 2011

K.A.D.A.N.G '-' K.A.D.A.N.G


nak citer pasal 'kadang-kadang'

kadang-kadang, air mata jadi pengubat segalanya
walau kadang-kadang air mata tu dianggap orang yang
seolahnya aku telah tewas dan kalah..

bagi aku, air mata adalah kekuatan aku..
kekuatan yang aku rasa tak perlu berkata2
air mata kadang-kadang buleh buat org keliru
sedih kah aku?? gembira kah aku??

setiap kali Ombak membadai diri aku
*bukan Ombak Rindu* daaaa
setiap kali tu hati aku penuh dengan air mata
*eh nape hati yang berair mata?*
kerna kadang-kadang, aku x mampu menangis fizikal
cukuplah menangis jauh di sudut hati aku
dengan senyuman dan gelak ketawa secara lahiriah

kadang-kadang, aku rebah.. tersungkur di pintu bahagia..
payahnya kaki nak meneruskan langkah untuk
melangkah masuk ke pintu bahagia itu
walau ia ada di hadapan mata aku..
mungkin bahagia itu belom sepenuhnya milik aku
maka tiada keizinan yang di beri pada ku untuk melangkah masuk

kadang-kadang, air mata ku bukan untuk diriku..
tapi mungkin aku meminjam untuk dia
ku serap bagai span menyerap air
agar dia terus kekal kuat..

kadang-kadang dia kata aku terlalu kuat
aku masih gah berdiri meniti satu persatu anak tangga
sedangkan kadang-kadang dia dah tersungkur dan tak mahu bangun kerna dia kecewa
tapi hati aku terus berkata, kadang-kadang aku kena pura-pura kuat untuk
dia dan mereka.. kerna aku lah sumber kekuatan dia dan mereka..

kadang-kadang, Allah berikan aku ribut taufan
mungkin lepas ni Allah berikan aku pelangi dengan sepoian angin
untuk buat aku, dia dan mereka bahagia...


2 comments:

Mama Gee said...

InsyaAllah pelangi akan muncuk jua ain..Mama menunggu setahun utk dia muncul...walaupun perlu kehilangan dan kehilangan....tp tak mengapalah..mungkin Allah ada agendanya sendiri...mungkin Allah nk bg yg lebih baik...siapa tau....

byk2 bersabar ya....

pernah sampai satu tahap...air mata dah taknak keluar dh walaupun mmg rs nk nangis.....dah tepuu kot..huhu

qaseh johanna said...

ain..kdg2 kan sy terfikir..badai apa lg yg ain tempuh lepas dpt auf..tp itu la..hidup kita ssh snang kita..org lain xtaw...kita je taw kuat dan lemahnya kita...