forward from my frenzzz..... (tulisan kuning tu aku yg menambahnya)
for guys...kOrank pOn tau wanita ni insan yg sentimental n berjiwa lembut...treat them well coz a real gentlemen is a persOn whO treats every wOman with respect...
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. >> inilah aku bila berdepan dgn dia...
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. >> adakalanya dia tak sedar pon telah melukakan...
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). >> tapi aku redha andainya terjadi... sbb dah terlalu kecewa..
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. >> mmg pon
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! >>> aku takde lah cair mcm coklat tapi tersipu2 malu aje...
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. >> takde saper pon yg nak puji aku gedempol nie
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. >> tahu tak pe.. kuasa wanita kan
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. >>> tahu takpe.. buat lah mcm nie.. kayu
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. >> tapi lelaki tak amek pusing pon
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. >> tapi dgn perbuatan dia kita pon tahu kita nie useless kan..
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. >>> aku layan je
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. >>> agaknya kot
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. >> betol betol.. kang pompuan perasan lebey
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. >> betolll
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. >>> sangat betol.. jgn bodohkan diri
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. >>>> betol betol
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! >> kamu tu bukan ahli nujum yg dapat tahu apa didalam hati wanita nie...
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. >>> adakala mcm nie gak
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. >> kalu kamu kayu pon dia terima gak
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. >>> agaknya kot.. dulu aku girl skool
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! >> aku tak ingat pon aku ada exxxx
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.>>> sangat betol.. dulu cukuplah kalau dia reply sms aku dgn ok or hi.. mean aku tahu dia idop lagik tuk reply sms aku
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. >> dun think so...
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. >>> tapi lelaki yg aku kenal.. semuanya mcm nie.. aklau tak depa tak kawan ngan aku..
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. >>betol
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. >>mestilah
27. Senjata wanita adalah airmata!! >> mungkin
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. >>agaknya kot
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... >> mmg laaa
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa >>>sudah semestinya
Kali ni berbaloi ke Melaka !
2 days ago
1 comment:
semua betull.. cuma ada lupa pasal wanita suka dibelai, dimanja.. serta dijaga hatinya sebaik mungkin.. huhuh
Post a Comment