~us~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Friday, October 19, 2012

'Auf dah 14 bulan

meh laa kita update sebelom aku lupa
kang kalu dah lupa..
jenuh nak mengingat
so apa yang Auf dah pandai sejak 14 bulan ni

1) sangat laa manja.. sampai x leh blah.. tapi manja nak kat bapak dia.. Auf kan mmg reject ibu.. hik hik

2) dah paham banyak arahan.. *leh membuli

3) dah berjalan dah berlari.. sampai x terkejar di buatnya

4) suka explore bende baru.. ni mcm2.. asal bende lalu depan mata dia.. dia mmg sgt curious laa nak tahu.. and keep asking..sambil tunjuk2 mende yg dia nak tahu.. dgn bahasa dia.. dan bila kita explain.. dia akan diam seolah2 paham apa yg kita cakap.. (kiut tgk muka excited dia)

5) dah ada 6btg gigi.. tapi gg atas tu belom kuar abes lagik
sengih bila ibu kata tunjuk gg, sayang..
 6) dah leh sebut alif, ba, ta, tsa.. jim xde bunyi lagik.. rs nak nanges aje bila dgr dia sebut bila kita tunjuk flash kad tuh.. *yelaa ngajarnya dari kecik.. setahun baru dia leh sebut 4 huruf.. rasa terharu.. x sia2 usaha syok sendiri ajar anak tu berkesan

7) Auf dah join playgroup as weekend xtvt. setengah jam pertama mmg fokus.. lepas tu dah mula nak main ngarot kat kelas... tapi yang peliknya.. bila balik umah esok2nya.. dia akan ulang apa teacher watie buat mcm dalam kelas.. contoh last week main maracas.. kat umah mmg xde maracas tu tapi ain ada beli kcg hijau ikan dalam plastik.. dia jumpa n dia buat main..dia goncang2 n dia tahu bunyi mcm maracas.. terus dia buat xtvt mcm kat kelas.. goncang ke atas.. goncang ke bawah.. sambil menari2 dalam kelas..
layan ler 'Auf.. nnt ibu jumpa maracas..kita beli ye..

8) ada cara tersendiri bila kita kata, sayang ayah.. sayang ibu.. dia akan peluk leher kita erat2 mcm nak tercekik rasanya sambil cium2 pipi kita.. kiut sgt... kalau aku peluk n cium pp dia bertalu2.. dia akan respond dgn ngangakan mulut dia n nak cium gak pipi kita.. abeslaa penuh air liur dia kat pp kita.. hahaha

9) Auf suka reject bubur/nasi sekarang.. jadi dia makan semuanya yang simple je.. mcm biscoti baby tu..roti.. biskot2 stick..eerrmm apa lagi ye.. kentang lenyek.. tosei.. keropok.. papadom.. aduhai.. dari aku ni yg x suka nak goreng2 kopok.. terpaksa rajin mengoreng untuk anak makan..

x ingat laa plak.. kalu ada kita tambah lagi ye...

3 comments:

aYda said...

salam ain..mintak emailkan nm, alamat n no fon ye :)

hazifar_adia@yahoo.co.uk

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

comeynya auf!! acik nak peluk leh?hehe.. selamat hari raya ain =)

Reyha said...

ain, senang x nak gosok gg auf?