~us~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Thursday, June 24, 2010

Nilai Tangan Seorang Anak

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...
kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak inipun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yangbelum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis.
Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu.
"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara siibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu, "
balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, sibapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulangkali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi, " katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.


Tuesday, June 22, 2010

Abes belajor

hari nie satu titik permulaan tamatnya aku sebagi seorang pelajar di GSM, UPM. tadi aku dah submit final project aku kat GSM. harap2 aku dapat graduate master tahun nie.. if yes alhamdulilah.. if not, tggu giliran next year occay..

so skrg aku xde alasan utk stress + makan lagik. dan arini jugak aku announce untuk buat re-induction diet atkins balik. dah jauh menyimpang aku dgn diet atkins nie.. ish ish ish.. teruk betol perangai.. bila stress buat asgmnt aku mula lah langgar segala pantang yang ada.. so aku mulakan kiraan dengan hari pertama..

go ain go.. u can do it.. teruskan berusaha.. jgn sampai baju raya tak muat sudahlah.. mmg selamat lah ko.. aku rasa sgt free bila dah abes blajo.. so focus on keje plak..no more stress occay... aku nak focus berdiet plak..

x sabar tunggu 1 july nie.. huhuhu ada appointment dgn dr. premeetha kat hosp pantai. almost 1 tahun aku x jumpa dia.. so kena lah jumpa..since sakit aku nie leh jadi bertambah teruk.. dulu alasan ada kelas.. skrg kelas tarak so kena rajin2 selalu.. lagipon pasni nak focus membuat rezeki anak plak.. manalah tahu berkat dah abes belajar, Allah perkenan kan doa aku untuk beranak.. x sabar menanti hari itu kan kan...

Monday, June 21, 2010

hari penuh debaran

kali nie aku bersiaran langsung di gsm..
menanti penuh debaran...
today last day submission asgmnt final aku..
aku buat case study je..
huhu cuak gak..

mesti pelikkan nape plak nak cuak...
mahu tak cuak.. aku jumpa supervisor sekali..
syarat wajib 6 kali.. giler lah...
mmg tgh giler laa nie..
tu yg cuak tak abes tuh.. huhuhuh

pagi tadi antar g binding..
kol 1 nie siaplah...
kol 2.15pm jumpa supervisor aku..
most student gsm cakap dia garang
huh, aku tawakal je laaa..
dah mmg salah aku kan..
laki aku dok bebel2 pon letih nak layan aku

jadi aku pon redha gak laaa...
dia baling aku ngan kusi ke
dia maki aku ke
aku tgguuuu je laa
dengar dan tadah je laaa..
huh berdebar cuak aku nie..
layan layan..

Friday, June 18, 2010

buhsan

giler lama tak update kan..
tak tahu nak bebel apa.. hehehe
citer pasal pad.. ada sesaper yg berkenan
leh laa beli ye... aku pon ada jual..

aku x sempat nak g celcom
dapatkan sim card 019 aku yg ilang tuh
pencuri tu mmg hampeh..
menyusahkan aku...
semoga dia bertaubat dan rasa bersalah selamanya..

buhsan betol... blur blur..
tak tahu nak buat apa..
ngantokkkssss

Sunday, June 6, 2010

aku nak citer pasal 'hal kewanitaan'
alahai.. skema kan
pasal period..pasal rahim dan pasal kesihatan
aku pon baru guna bende nie..
even dah bertahun2 di pasaran...

sedikit info pasal mende nie
nama dia : Avail FC-Bio Sanitary Pad
FC Biosanitary Pads Avail merupakan produk kesihatan mahkota wanita yang berupa pembalut wanita yang diproses dengan menggunakani teknologi yang tinggi iatu bahan utama 100 % kapas, berkualiti tinggi dan tidak mudah tembus, mengandung 17 macam herbal alami yang berkhasiat tinggi.

Antara Khasiat FC-Bio Sanitary Pad nie;

1. Rasa sakit saat haid-period pain
2. Keputihan & kekuningan,gatal-gatal dan bau tak sedap
3. Meringankan sakit kepala,migrain
4. Membasmi kuman / bakteri
5. Haid tidak teratur
6. Infeksi usus besar dan bawah usus oleh bakteri
7. Infeksi kandung kemih & vagina oleh bakteri
8. Membuang gumpalan darah dalam uterus
9. Mencegah kanker rahim dan payudara
10. Mencegah kegatalan dan alahan
11. Menyembuhkan anak-anak masuk angin
12. Menyembuhkan sakit pinggang dn sengal2 sendi
13. Pembalut luka serta pembalut luka pada pengidap diabetis
14. Alat redakan anak demam-tampal kat dahi
15. Baik untuk wanita baru melahirkan,mempercepat keluar drah kotor serta mempercepat penyembuhan luka jahitan
16. Menghilangkan bau dan lembab pada sepatu dan kaki
17. Merangsang sex menjadikan hubungan suami-istri semakin tip-top
18. Mengatasi buang air kecil tidak teeratur-kencing tak lawas
19. Mengatasi masalah susah tidur
20. Baik digunakan untuk wanita yang menopouse untuk menjaga kebersihan vagina dan mencegah kanser. ada juga yang datang period even dah setahun monopos. *mungkin membersihkan sisa2 darah kotor yang tertinggal sebelom monopose tuh. jadi rahim kita tu bersih dan sihat

Harga produk FC Bio Sanitary Pads

PANTYLINER ( Bungkus warna hijau )
digunakan secara harian
Harga 1 bungkus = RM 10
dalam 1 bungkus ada 20 keping pantyliner

DAY USE ( Bungkus warna biru )
Digunakan siang hari,saat period
Harga 1 bungkus = RM11
dalam sebungkus ada 10 keping pad

NIGHT USE ( Bungkus warna merah )
Digunakan malam hari,saat period dgn ukuran pad lebih panjang
Harga 1 bungkus = RM12
dalam 1 bungkus ada 10 pad

aku taknak promote lebey2..
korang cubalah...
Buktikan dan rasakan sendiri khasiatnya....!!!!!
aku tak tipu...

kalau korang nak test leh je dapatkan stok dari aku ye..
just call aku 013 398 9416 - ain

sedia untuk berkongsi apa sahaja

Thursday, June 3, 2010

Khas Buat Suami Tercayang

aku dah lama suka lagu nie...
even aku tak minat dgn drama dia..
aku suka lirik lagu dia..
ditujukan khas buat encik suami...
~Yang Terindah~

Semenjak kau hadir dalam Hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu Hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama Cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan Bahagia
Hingga aku terasa Indah

Maaf jika ku tidak Sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah
**syabas buat penyanyinya yang sgt pandai melunakkan lagu nie