~us~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Monday, March 30, 2009

SuSah Itu MenginSafkAN

dah lama aku tak rasa susah.. susah yang amat susah.. seingat2 aku.. aku pernah rasa susah masa zaman matrikulasi.. dimana aku tak mampu nak beli nasi ayam untuk makan.. gara2 duit dalam tangan tinggal 2 ringgit..sedangkan nasi ayam berharga 3.50 je.. masa tu aku nangis.. sbb aku nak sgt makan nasi ayam tapi aku tak mampu.. alhamdullilah..aku gunakan 2 ringgit terakhir yg aku ada dan aku telifon mama.. mama masukkan 200 untuk aku makan.. masa tuh aku gembira sangat.. alhamdulilah...

kini aku dah bekerja.. dah pegang duit sendiri.. apakah saat saat itu akan berlaku lagik?? apakah aku akan hadapi?? mungkin ya.. aku bakal hadapi saat2 itu..mungkin ini takdirnya.. balance dalam akaun tak sampai 100.. padahal gaji baru masuk semalam.. bagaimana aku harus hadapi 30 hari lagik.. mampu kah bertahan?? aku tak tahu.. aku berserah pada takdir.. mungkin ini ujian buat aku.. ye laa semua ini adalah takdir yang Allah berikan pada ku.. untuk menguji kekuatan diri ku.. apakah aku akan putus asa?? insyaALLAH aku akan berusaha untuk cekal dan tabah hadapi semuanya..

makin aku nak berjaya... makin besar cabaran aku.. sampai bila kesusahan ini harus berlaku?? kdg2 aku rs..aku tak kuat nak berdepan dgn semua ini... kdg2 aku rs aku tak mampu nak teruskan perjalanan ini.. tapi kenapa aku harus berserah pada takdir kesusahan.. aku patut berusaha lebih keras lagik.. meneruskan hayunan kaki menuju ke hujung hayat.. sedih?? ya mmg aku sedih... saat aku taipkan coretan ini, air mata tak henti2 mengalir.. memujuk diriku sendiri agar terus kuatkan semangat berdepan realiti.. kerana ALLAH takkan menguji aku dengan teruk tanpa menjanjikan aku ganjaran yang besar..

apakah aku akan meminta tolong dari mama?? mungkin tidak.. aku malu sudah.. terlalu banyak yang aku minta dari mama.. hinggakan aku betol2 tak mampu nak berdepan dgn mama..


YA ALLAH, kuatkanlah hatiku..
tabahkanlah diriku dalam menghadapi satu persatu dugaan mu..
aku kadang kala rasa putus asa,..
maka kau larikan lah perasaan itu..
bawalah dia jauh2..
sesungguhnya aku tak kuat lagi untuk terus menerus diuji..
aku hanya insan biasa.. hanya hambamu yang lemah dan alfa..
bantulah aku YA ALLAH..
bantulah aku agar terus berdiri kukuh dimuka bumi mu ...
meneruskan layaran bahtera hidup ini...
aku tak mahu tewas dengan dugaan mu..
kerana aku tak sabar menunggu ganjaran mu..
walau seribu tahun lagi..
Kuatkan semangat ku.. Tabahkanlah Jiwaku..
Ameen Ameen Yaa Rabbal Aaalaminnnn.

2 comments:

filanastasia said...

ira.. jgn la cengini.. kau kekuatan aku.. hang la yg manyak tau semuanya.. hang la tmpt aku mengadu... atok pun tak leh lawan.. kalau hang down.. mcm mana aku?? apa kata kita sama-sama kuat.. sama-sama bertabah.. ok my dear.. remember one thing.. what ever happen.. i always beside u.. always love you...

CHAIYO CHAIYO...

pst.. kalau perlu apa.. bgtau kak d.. segan?? luku kang.. huhuhu.. ok.. that harsh.. but u know what i mean.. take care

Gembira daLam $epi said...

hola hola.. no worries.. sbb aku saje je nak meluahkannya.. aku still strong nie.. like metal .. huyooooooo