~us~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Friday, July 4, 2008

Cerita Sedih

Aku suka cerita nie.... semua sesape yg mengalaminya akan terus kuat menangani semuanya..
Jam dinding berdeting beberapa kali.Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena. Kutatapi wajah ’sahabat’ akrabku sedalam-dalamya. Kubelai perlahan rambut ikalnya yg yg menutupi wajahnya…Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari , usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyerikebahagiaan ini. “Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak. Walaupun, cuma seorang . Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku.Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawa kami berdua adalah normal. Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua thn lalu;”Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua..” Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk ku ketahui suatu ketika kelak….Pasti! “Huda….bangun.,…jom kita solat.” Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia menggeliat…. Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan.. Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan karenah ‘anak-anak’nya….Ahh.aku sayang padamu Huda..Akhirnya,aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah..(al A’raaf : 189 ) yg bermaksud : ” ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur..Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Huda dah berada dibelakangku.. Wajahnya masam,..merajuklah tu.Kurenung wajahnya dengan riak lucu.”Kenapa ni.? Muncungya mulut..”usikku dalam nada separuh berbisik… Semakin menjadilah rajuknya. “Kenapa abang tak kejutkan Huda.?”Protesnya…Aku tersenyum cuma.”Dah, abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar..”Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat..Jangan tidur sampai dia selesai solat malam.“Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah.”Usikku lagi.Huda tersenyum lebar mendengar usikanku..Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku. Dia kemudiannya berlalu dengan wajah yang melucukan.Petang itu, sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkankedamaian itu dengan ungkapan:”Abang…..nikah jelah satu lagi”Dengan nada yang bersahaja..Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan, kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini,sanggupkah aku memikul bebanan ini ….? “Hai tak takut cemburu ke..?”Umpanku pula.”Cemburu…..emmm itukan memang fitrah manusia bang.. takkan Huda tak cemburu.Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..?”hujahnya panjang lebar.”Hai.takkan tak cukup lagi ‘anak-anak’ di tadika..?””Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang.”“Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?”umpanku lagi..”Kahwin satu lagi..” “Kalau tak dapat anak juga,..?”Usikku terus.”Nikah lagi.. kan boleh sampai empat..!”Jawab Huda dalam nada semakin kendur.”Huss..Huda ! Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa Ismail..berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya..” Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya.. Kudakap eratHuda,…ada titisan panas yg membasahi dadaku..Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh…umurku sudah merangkak 33 tahun…Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya…Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampaisebelah tangan, beritahu Huda kepadaku.. Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki,seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu . Tak pernah pudar.Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini ….Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku,..dengan nada manja sambil berkata..”Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita …” Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku.sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja. Ada sampul surat yang berlogo hospitalterkenal di ibu kota . Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya.”Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah..” Protes Huda separuh merajuk.”Oklah sayang.”Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. “Bismillahir rahmanir rahimm..” ku potong kek istimewa itu. kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi.. “Subhanallah..Maha suci Allah,.. Tuhan sekelian alam..!! “Huda hamill..!! Masya Allah,..setelah sekian lama penantian ini.!”Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya. Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti tika ini,..tangisan SYUKUR..!”kenapa jumpa doctor tak bagitau abang..?”Tanya ku seperti memprotes..”Kalau beritahu tak surprise lahhh.” Jawab Huda selamba..Tiba-tiba aku rasa bersalah,..Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan. Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru,..Ditambah pula dgn kesibukankudi pejabat dan ‘kewajipan saham akhirat’. Aku benar2 lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah..Sejak berita itu diterima. kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi.Aku tak benarkan dia memandu sendiri danbercadang mengupah driver utk kemudahannya.Aku minta supaya diamengurangkan semua aktivitinya..Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..Biarkan dia menjadi ibu yang ’luarbiasa’ Ibu yang akan melahirkan anak yang ‘luarbiasa’ ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku,..dia berkhutbah panjang.”Abang sayangg…abang kata nak jadi seperti zakaria bapa Yahya.. Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah,.. Abang..,..kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah,. kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya,..jangan manjakan ibunya.. Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir inibagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib..? Abangkan tau,..kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak…Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga.”Sebelum sempat khutbahnya dteruskan.aku terus meletakkan tanganku di mulutnya..’Stop’.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam..aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa,.. Peluh mengalir laju membasahi dahinya..Dia kelihatan pucat..Ku rasa badannya,.. panas.! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 mei,..hari ni baru 26 april,..Aku panik.. Aku segera membawa huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenanganku. Aku mundar mandir.. Ya Allah!!! selamatkanlah isteri dan anakku.. bisikku berulang kali..“Encik Saifuddin..?”Dr Khadijah,.. pakar sakit puan rujukan isteriku,..”Ya,..saya doktor!!”sahutku cepat. Ku hampiri DrKhadijah.”Boleh kita berbincang sebentar,,..”Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,..”Saya harap Encik saifudin bertenang,..Isteri encik menghadapi sedikit masalah,..air mentubannya dijangkiti kuman.. Dan degupan jantung bayi di dapati semakin lemah.. Puan Huda perlu dibedah segera..””Bedah..?” “Buatlah apa yang sewajarnya doktor.. Tapi isteri saya bagaimanadoktor..?”Tanyaku dgn nada separuh ketar dan bimbang. “saya akan cuba sedaya upaya,..utk menyelamatkan kedua-duanya,.. Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa ..”Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah.. Ya Allah!! selamatkanlah isteriku,..Ya Allah..jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku,..Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku.. Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku,.. tiba2 ayahkumemanggilku dan mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik ,..aku terdengar suara tangisan bayi,,..alangkah lunaknya.”Encik saifudin..?””Ya..saya..””Alhamdulillah isteri encik telahpun melahirkan bayi perempuan yang sihat,.2.9 kg dan comel seperti ibunya.” kata Dr Khadijah tenang,..”Alhamdulillah…. isteri saya bagaimana doktor.?”Dr, Khadijah terdiam .. tiba2 perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku,.. Ku tenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya,…Tiba2 doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk..Mulutku ternganga seketika,.. “Maaf,.saya telah berusaha semampu yg mungkin,. Tapi Allah lebih menyayangi Huda,.. “Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung,. Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan.. Ku rasa seperti seretankaki ini sungguh lemah dan tak berdaya,..sesusuk tubuh di tutup dgn kain putihterbaring,.. Perlahan aku membuka kain penutup.. Innalillahi wainna ilaihi raji’unnnn..DariNya kita datang,.kepadanya kita kembali,..Wajah Huda pucat,..tapi bibirnya terukir senyuman manis,..manis sekali,..tanpa disedari ku dakap Huda seerat eratnya.. tangisku perlahan, tapi tak tertahan..!“Sabar encik Saifudin,..sabar..” Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku,..”Nurse,..tolong bawakan anak encik Saifudin..”katanya lagi,..Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan dihadapanku,…perlahankuambil dan kudakap bayi itu,. Kutatap wajahnya berganti-ganti denganHuda..Merekaamat mirip.! Matanya,..hidungnya,.. mulutnya,.. Allahuakbar..!!!Dadaku bertambah senak.. tangisanku semakin menjadi-jadi,..Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata,.. “Iqamahkan anakmu Saifuddin,.. sambutlah yang hadir,.. doakanlah yangkembali..”.Huda!!rupanya inilah hikmah Allah,.. Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah swt,.. Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu , mengasihimu, hampir selama lapan tahun,.. utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakngantinya.Ya Allah,.jangan biarkan hati ini berandai-andai,.. Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda,.. Tidak,..Tidak, itu semuanya ketentuanMu Ya Rabb…. Tuhan yang Maha Mengetahui,.. Lagi Maha Pengasih,… Selamat tinggal Huda…..*************************Ketetapan adalah tetap ketetapan ALlah. Manusia dengan ikhtiarnya.Inilah tarbiyah ALlah buat orang-orang yang menyerahkan sepenuh penggantunganNyakepada ALlah. Kita berdoa. Kita merayu agar disampaikan hajat. Kitamenangis, bermunajat. Harus juga kita ingat akan doa Nabi, “Janganlah Ya ALlah Kau berikan aku sesuatu yang aku pinta hanya kerana belas kasihan dansimpatiMu sedangkan ia hanya membawa kerugian kepada diriku.”Berdoalah.berdoa dengan mengharapkan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan redhalah…redha dengan setiap pemberian dan anugerahNya ..redha ketika diuji itulah sabar namanya. dan sahabat… bertajahud lah lagi di malam hari dan berdampinglah dengan AL-Quran .. InsyaALlah itulah ubat mengistiqamahkan iman …Hakikat Sebuah Kehidupan..betapa penting kesabaran dan ketenangan menghadapi sesuatu musibah yg melanda…”was bir ma asobak”..Bersabarlah kamu dengan apa yg ditimpakan kepada kamu”..Betapa besar peranan antara suami isteri dan sifat sayang menyanyangi disamping menjadikan Quran dan SUnnah sebagai amalan Harian…Kepada Muslimat.. amat besar nilainya andai Muslimah Sanggup mengorbankan kebahagiaannya demi suaminya..Subhanallah…Semoga sama2 kita dapat mengambil istifadah dari ini semua.

4 comments:

filanastasia said...

i'm speechless.. takut pula untuk berdoa.. takut jika apa yg kita doa itu, dikurniakan tetapi dengan mengambil sesuatu yg berharga dr kita..

AIN NAZRI said...

jadi..moral of the story.. spesifik kan betol2 doa kita tuh..

chinta... said...

gugur air mata saat chinta membaca n3 ni..subhannallah...

chinta... said...

mohon share erk...