~us~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Friday, December 19, 2008

Bila aku free di ghumah..

bila time aku rajin.. memasak laa jugak..
nama pon perempuan.. nak tak nak kena laa blajo masak..
antara menu yg dah aku masak..
rasa..mcm sedap..ekeke
puji diri sendiri laks.. :p


menu tambahan.. sos ngan kicap ler..

ayam goreng kunyit aje..

gulai tempoyak.. (tapi agak cair ler plak)
sayur paberet aku..bayam.nyam nyam
nie resepi aku cilok kat tenet nama dia
ayam chow cheng..
(hahaha apa punya nama daaa)
keseluran view.. jom makan.. nyam nyam..
NgaP !!!

exam week

huh minggu nie dah terasa bahang examnya.,
EXAM... EXAM...
tak dapat nak bayangkan mcm mana nak jawab arini..
petang nie exam.. eerrmmm.. guling guling...
aku keje lagi ari nieee...
semoga tenang atie aku..
nak menjawab exam

Thursday, December 18, 2008

Berhentilah Gangguan Itu

aku sayang dia..
sangat sayang..
walau kadang kala
aku rasa ada yang cuba menghalang..
adakah ilusi atau realiti..
jangan ganggu kami..
biarkan kami aman bersama..
dugaan demi dugaan datang..
merempuh dan menguji kesabaran..
hinggakan hati kedua2nya terluka
mencari satu jalan kebenaran
mencari kekuatan sepasang hati kami..
dia datang..dia ganggu..
kami tetap bersatu..
bukan sekali.. bukan dua kali..
tapi dah berkali kali dia menduga..
diamlah kamu..jgn mengganggu..
kerana..
aku tetap sayang dia..

Monday, December 15, 2008

My Fav Song

Jason Mraz - Lucky lyrics

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Oooohhhhoohhhhohhooohhooohhooohoooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music, feel the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh



Lyrics Jason Mraz lyrics - Lucky lyrics

sesuatu yg tiada

berjalan dan berjumpa dgn seseorg..
dia mengatakan sesuatu..
hati tersentuh..
bila difikir fikir balik.. ada benar ungkapannya
lalu diri diam.. mengenangkan kembali.
termangu sendiri tanpa pasti..
Hanya yang ESA mengerti..
permudahkanlah segalanya

Friday, December 12, 2008

MY GA TEAM

Nie semua GA team.,. yg hebat2 berlaka..


Kak rowe.. dia jaga cnw..
kak jem @ KJ dia jaga kddi, ntt ..

kak saimah @ kak sae.. assistant pada kak rowe dan kj.. merangkap admin yg sgt cekap..

kak liza pon sama.. assistant yg sgt berdedikasi

huda.. our mastermind pasal finance GA.. sgt hebat dan menjadi rebutan ramai...

afifa hanom yg chantek.. dia jaga BT.. sgt berkerja keras.. :)

nie en hazril.. dia nie technical team.. walau dia bukan direct GA.. tapi dia manyak tolong GA.. hehehe especially on infra checking
nie adalah partner aku... jaga agent..

nie budak lawa.. nama dia jijie.. dia jaga semua spoc

nie manager aku pn rafidah.. skrg nie tgh cuti blajo.. ada kat german skrg..

nie manager spoc.. huh hebat tau dia.. nama dia pn saidatul @ kak nani..

last but not least.. my AGM.. the most person yg sgt sy respect dan dia sgt excellent bg saya.. dia umpama ERL dan saya umpama komuter.. huhuhu
yg tade dlm gambo nie abg zainol.. nnt try snap gambo dia ye...

aku nak show lak gambo sekitar office aku yg agak berselerak.... hehehe sebelom pindah ke opis baru kan..

ok.. yg tu en shah, wawa dan kak jem.. yg bz buat IPLC pricing

nie GA yer org kuat... dari hujung nun sana.. afifa chantek,. izreen dan jugak kak rowe.. depa dok berdepan ngan aku.. huhuhu

haa yg serak bagai di apa nie.. adalah my place..


my place dgn laptop ku dan botol air kesygan.. tak lupa jugak pokok2 aku.. sejuk mata memandang.. hehehehe

nanti aku upload gambo lain plak ye..


Friday, December 5, 2008

The havoc of TMG







this is all member2 seopis aku.. hehehe.. sempena sambutan besday staff2.. hehehe chumel kan..






Tuesday, October 28, 2008

dIA kaTa

Tanpa

Resah yang ku

Ubah dalam kata

Melukiskan kesunyian

Tanpa engkau aku tak mengerti

MeskiPagi itu menatapi

Akan sunyi tanpamu

Menemani aku sepi

Tanpa..

Cintamu aku resah

Tanpa..

Kasihmu aku hampa

Tanpa..

Dirimu aku mati hohoo…


Kini benar-benarku rasakan

Dalam benuk hatiku tanpamu

Ku tak mengerti

Takut

Takut jauh dari dirimu

Kan kau tinggalkan aku sendiri

Tanpamu ku mati hohoo…


Resah yang ku

Ubah dalam kata

Melukiskan kesunyian

Tanpa engkau aku tak mengerti

Tuesday, October 14, 2008

KALAU TAK SUKA , PULANGKAN...!

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya."Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar."Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka."Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun."Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu."Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut."Fail saya kat depan tu mana?""Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.""Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya."Laila…" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa."Saya nak ke out station minggu depan.""Lama?" Soal Laila."Dalam seminggu.""Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?""Budak-budak?""Ikut jugalah.""Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu…""Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama."Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!""Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur."Awak masak apa?""Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut."Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!""Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan."Keluar!""Mama dah masak Pa!""Awak saja makan!""Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong."Laila.." serunya"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba."Sunyi pulak rumah ni mak,""Lama-lama kau biasalah."Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat."Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya."Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.""Tak ada lah?""Ingat papa ni cop duit?"Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan."Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat."Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya."Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak."Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka."Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!""Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak."Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila…" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?""Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya."Ikut boleh?""Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.""Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. ""Papa pesanlah..""Nantilah besar sikit." Dalihnya."Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.""Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.""Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya."Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan."Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila…Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

Tuesday, September 9, 2008

yey.. kembali mengarut

well lama aku tinggalkan sepi blog aku nie.. bukan tak moh update tapi update ku tak penahnya abes.. anyway.. today aku exam.. exam FM.. subject yg aku sgt 'suka giler' opposite.. entah laa nape laa aku tak suka FM nie.. tapi sbnry aku kena paham subject nie.. senang aku nak siapkan paper work rawana utk mintak loan bank.. eerrmm.. chai yok chao yok... aku buleh..

Thursday, August 14, 2008

JODOH...

Renung2kan...selamat beramal........


Renungkanlah sedalam-dalamnya .
Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Monday, August 11, 2008

Famous Amos Cafe? Bangsar - Resipi Freee...

Those who Loove baking, pls bake this cookies and then call me.....
i surely would like to try them........
...when you go to Famous Amos Caf? Bangsar

This is a true story My daughter and I had just finished a muffin at Famous Amos Caf?in Bangsar & decided to have some cookies. Because both of us are such a cookie lovers, we decided to try the "Hawaiian Nut Cookie". It was so excellent that I asked if they would give me the recipe and the waitress said with a small frown "I'm afraid cannot".
Well I said, "Would you let me buy the recipe?" With a cute smile, she said "YES". I asked how much and she responded, "only two fifty, it's a great deal!" I said with approval,
"Just add it to my bill" Thirty days later, I received my VISA statement from Famous Amos and it was RM285.00. I looked again and remembered I had only spent RM9.95 for two muffins and about RM20.00 for a pie. As I glanced at the bottom of the statement, it said, "cookie recipe - RM250.00". That's outrages!!!
I called the Famous Amos's Accounting Dept. and told them that the waitress said it was "two-fifty", which clearly does not mean "two hundred and fifty dollars" by any POSSIBLE interpretation of the phrase. Famous Amos refused to budge.. They would not refund my money, because according to them, "What the waitress told you is not our problem. You have already seen the recipe - we absolutely will not refund your money at this point."

I explain to her the criminal statues which govern fraud in Malaysia . I threatened to refer them to police for engaging in fraud. I was basically told, "Do what you want, we don't care, and we're not refunding your money." I waited for a moment, thinking of how I could get even, or even try to get any of my money back.
I just said, "Okay, you people got my RM2-50.00, and now I'm going to have a RM250.00 worth of fun." I told her that I was going to see to it that every cookie lover in Malaysia with an email account has a RM250.00 cookie recipe from Famous Amos...for free...

She replied, "I wish you wouldn't do this" I said, "Well you should have thought of that before you stole from me", and slammed down the phone on her.
So, here it is!!! Please, please please pass it on to everyone you can possibly think of.
I paid RM250.00 dollars for this...I don't want Famous Amos to ever get another cent off of this recipe.....
Recipe may be halved:
2 cups butter 4 cups flour
2 tsp. baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal & blend in blender to a fine powder)
24 oz. chocolate chips
1 tsp. salt
18 oz. Cadbury bar (grated)
4 eggs 2 tsp. baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp.. vanilla cream the butter and both sugars.

Add eggs and vanilla; mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda. Add chocolate chips, Cadbury bar and nuts. Roll into balls and place two inches apart on a cookie sheet.. bake for 10 minutes at 375 degrees. Makes 122 cookies..

Have fun..!! This is not a joke - this a true story...Ride free , this isn't some stupid chain letter either...pass it on...if you don't, you won't die or get dumped...you' ll just do the world

Sunday, August 3, 2008

Minggu yg Bengong..

huhuhuhu lamanya tak menulis dalam blog aku nie.. patutlaa dah ala2 berhabuk kan.. hehehe..ala bukan ada yg baca pon.. sekadar memenuhi permintaan hati.."permintaan hati"??? apakah permintaan hati aku ketika ini?? aku nak tido tido tido..

aku rs minggu yg baru berlalu ini adalah minggu yg sgt sgt sgt sibuk buat aku.. dengan keje opis yg melambak.. side-work (cari extra income ).. pastu ngan study2 aku.. assignment dan presentation.. huhu aku tak study lagi nie..hujung bulan nie dah nak mid term.. adusss.. hampess laa gamaknya.. tension tension.. well that life..actually MY LIFE..

kerja di opis : eermrm aku berjaya menyiapkan 2 addendum agreement dgn partners.. 'alhamdullilah' huh almost 2 weeks buat mende nie.. senoneng kan.. dan beberapa isu NDA yg kena settle kan.. dah pass kat legal team.. so bg depa vet thru insyaALLAH minggu yg akan dtg nie penuhlaa inbox aku dgn feedback email2 depa.. kalau tgk. keje aku ngadap agreement.. agreement je ker?? eermm bunyi mcm senang tapi nak menulis apa yg ada dalam agreement tuh, i dont think so mende tu senang.. aku tak kesah aklau mereka kata aku keje main2.. ada jugak yg berkata.. 'alah, kata bz tapi leh buat mkn2 aje..' yezza.. makin aku tension amkin aku nak makan.. tu yg group aku selalu buat makan2.. hehehehe.. well kena cari ms utk kurangkan stresss kan..

MBA UPM : mula2 ramai kata aku tak pk panjang bila study upm sbb semua org kata.. sgt sgt sgt bz study sana.. aku malas nak buat choice.. sbb aku tak moh tangguh mba aku nie.. aku dah janji dgn mama.. nak tak nak.. kena laa jugak.. tapi hari nie dah masuk 2 semester.. mmg betol kata org... mba gsm mmg sgt bz.. buat yg amek fulltime should be ok.. but yg part time nie kena pandai curik2 masa.. everyweek aku ada assignment..dan presentation.. sem nie aku amek 3 subjek.. jadi kena rushing on it.. hehehehe sengal kan.. nak buat mcm mana.. aku dok melayan aje.. study study.. but kena betolkan kepala otak aku nie,.yg dah naik senget wakakaka..

FINALLY : minggu nie aku tak cukup tido.. dari isnin until jumaat cuma 20 jam aje masa tido ku... sabtu pagi tadi laa.. aku dpt tido 5 jam.. cukuplaa tuh.. then lepas maghrib aku tido untul kol 3. aku bgn utk siapkan asgmnt FM dan agreement side income aku tuh.. hehehe.. aku jadi penasihat undang2 kepada RAWANA RESOURCES.. aku ada 6 org director lelaki yg aku pon tak kenal sgt.. yg aku kenal 1 je.. org yg upah aku ler... segala agreement atau legal term dia aku yg in charge... alaa aku tolong2 aje.. hehehehe.. sekadar membantu...

aku tgh pk bila nak cuti.. nak g menendangkan jiwa..ahakksss..

Wednesday, July 30, 2008

Mengapa WANITA sangat Istemewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....

pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."....
"..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..." masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...

SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

Sunday, July 20, 2008

Bila cepat doa dimakbulkan

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,

Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.



Sunday, July 13, 2008

Serai oo serai..

Alhamdullilah.. akhirnya hajat aku nak ikut atok jumpa Pak Din serai tercapai... semalam aku ikot atok g kuala selangor ladang serai pak din.. besar nak mamposss... jenuh aku pusing2.. sampai kete pon tengelam dalam lumpur.. heh heh heh.. teruk kan.. last2 atok laa yg kena basoh kete.. wakakaka.. keran sesungguhnya atok kan sayang aku.. hahaha...

masa kete tengelam dalam lubang lumpur tuh ada seorg mamat siam/thailand dtg tolong... abess baju dia penuh lumpur merah... last2 dia kata dia g amek lori tuk tarik kete kami.. huhuhu.. ada jugak hambaALLAH yg nak tolong.. tak kira agama bangsa atau pon warganegara.. alhamdullilah mmg rezeki kami kan.. nak sangat pusing2 ladang.. musim2 hujan nie mana laa bleh nak pusing2... jalan mmg tak elok.. lain laa kami nak 4X4.. takpelaa pengalaman kan.. hehehe. kelakar pon ada jugak.. cuai sgt kami nie.. hehehe..

pengajarannya.. jgn cuai ketika memandu... aku ingat nk amek gambo di ladang serai.. sayangnya handphone aku yer bluetooth rosak.. jadi amek2 simpan dalam hphone aje.. takleh transfer masok tenet.. huhuhu... nantilah kalau ada duit lebih aku baiki.. eerrmm.. tak pon kena beli kad reader.. before nie aku ada beli.. mana tah ilangnya mende tuh.. huhuhu...
layan je laaa..

Monday, July 7, 2008

terluka kerana melukakan

aku melukai hati seseorg.. tapi aku yg terasa terluka.. luka nya sakit sgt..sgt sgt sgt sakit.. susah nak di gambarkan.. semuanya salah dan silap aku... :(

Sunday, July 6, 2008

kerja..kerja..kerja..

bila sentuh bab kerja je.. aku rs aku hanya mampu tersenyum aje.. sbb aku tak mahu merungut.. bila org tanya.. "keje ko ok??" aku diam.. dan senyum.. dengan senyuman ini lah yg buat ramai salah sangka.. menganggap kerja ku mudah dan simple tak mcm mereka.. sebenarnya bila di suruh pk pasal kerja nie.. terpulang pada individu..

kerja aku mmg melambak... malah ada keje2 aku.. yg aku tak paham mende nyer.. hehehhe.. sengal kan aku nie.. huhuhuhu.. tapi yg sgt berkaitan dgn aku adalah..agreement.. mmg familiar laa.. asal sebut agreement pasti nama aku yg kuar.. huhu.. kdg2 aku pon tak paham apa agreement yg aku buat tuh.. nak baca satu2.. minggu ni aje.. aku bergelumang dgn agreement partners yg baru aku take up dr shukri. shuk tu member seunit aku, tapi dia dah transfer g sales.. huh mmg senoneng gak aku nak paham.. kdg2 aku pon tak paham.. ekekeke

tapi moral of the story.. life kena teruskan gak... dan aku kena terus bekerja bekerja dan bekerja.. kalau tak sape nak tanggung aku.. huhuhuhu...

Friday, July 4, 2008

Cerita Sedih

Aku suka cerita nie.... semua sesape yg mengalaminya akan terus kuat menangani semuanya..
Jam dinding berdeting beberapa kali.Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena. Kutatapi wajah ’sahabat’ akrabku sedalam-dalamya. Kubelai perlahan rambut ikalnya yg yg menutupi wajahnya…Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari , usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyerikebahagiaan ini. “Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak. Walaupun, cuma seorang . Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku.Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawa kami berdua adalah normal. Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua thn lalu;”Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua..” Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk ku ketahui suatu ketika kelak….Pasti! “Huda….bangun.,…jom kita solat.” Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia menggeliat…. Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan.. Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan karenah ‘anak-anak’nya….Ahh.aku sayang padamu Huda..Akhirnya,aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah..(al A’raaf : 189 ) yg bermaksud : ” ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur..Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Huda dah berada dibelakangku.. Wajahnya masam,..merajuklah tu.Kurenung wajahnya dengan riak lucu.”Kenapa ni.? Muncungya mulut..”usikku dalam nada separuh berbisik… Semakin menjadilah rajuknya. “Kenapa abang tak kejutkan Huda.?”Protesnya…Aku tersenyum cuma.”Dah, abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar..”Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat..Jangan tidur sampai dia selesai solat malam.“Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah.”Usikku lagi.Huda tersenyum lebar mendengar usikanku..Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku. Dia kemudiannya berlalu dengan wajah yang melucukan.Petang itu, sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkankedamaian itu dengan ungkapan:”Abang…..nikah jelah satu lagi”Dengan nada yang bersahaja..Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan, kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini,sanggupkah aku memikul bebanan ini ….? “Hai tak takut cemburu ke..?”Umpanku pula.”Cemburu…..emmm itukan memang fitrah manusia bang.. takkan Huda tak cemburu.Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..?”hujahnya panjang lebar.”Hai.takkan tak cukup lagi ‘anak-anak’ di tadika..?””Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang.”“Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?”umpanku lagi..”Kahwin satu lagi..” “Kalau tak dapat anak juga,..?”Usikku terus.”Nikah lagi.. kan boleh sampai empat..!”Jawab Huda dalam nada semakin kendur.”Huss..Huda ! Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa Ismail..berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya..” Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya.. Kudakap eratHuda,…ada titisan panas yg membasahi dadaku..Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh…umurku sudah merangkak 33 tahun…Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya…Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampaisebelah tangan, beritahu Huda kepadaku.. Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki,seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu . Tak pernah pudar.Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini ….Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku,..dengan nada manja sambil berkata..”Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita …” Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku.sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja. Ada sampul surat yang berlogo hospitalterkenal di ibu kota . Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya.”Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah..” Protes Huda separuh merajuk.”Oklah sayang.”Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. “Bismillahir rahmanir rahimm..” ku potong kek istimewa itu. kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi.. “Subhanallah..Maha suci Allah,.. Tuhan sekelian alam..!! “Huda hamill..!! Masya Allah,..setelah sekian lama penantian ini.!”Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya. Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti tika ini,..tangisan SYUKUR..!”kenapa jumpa doctor tak bagitau abang..?”Tanya ku seperti memprotes..”Kalau beritahu tak surprise lahhh.” Jawab Huda selamba..Tiba-tiba aku rasa bersalah,..Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan. Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru,..Ditambah pula dgn kesibukankudi pejabat dan ‘kewajipan saham akhirat’. Aku benar2 lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah..Sejak berita itu diterima. kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi.Aku tak benarkan dia memandu sendiri danbercadang mengupah driver utk kemudahannya.Aku minta supaya diamengurangkan semua aktivitinya..Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..Biarkan dia menjadi ibu yang ’luarbiasa’ Ibu yang akan melahirkan anak yang ‘luarbiasa’ ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku,..dia berkhutbah panjang.”Abang sayangg…abang kata nak jadi seperti zakaria bapa Yahya.. Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah,.. Abang..,..kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah,. kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya,..jangan manjakan ibunya.. Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir inibagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib..? Abangkan tau,..kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak…Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga.”Sebelum sempat khutbahnya dteruskan.aku terus meletakkan tanganku di mulutnya..’Stop’.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam..aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa,.. Peluh mengalir laju membasahi dahinya..Dia kelihatan pucat..Ku rasa badannya,.. panas.! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 mei,..hari ni baru 26 april,..Aku panik.. Aku segera membawa huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenanganku. Aku mundar mandir.. Ya Allah!!! selamatkanlah isteri dan anakku.. bisikku berulang kali..“Encik Saifuddin..?”Dr Khadijah,.. pakar sakit puan rujukan isteriku,..”Ya,..saya doktor!!”sahutku cepat. Ku hampiri DrKhadijah.”Boleh kita berbincang sebentar,,..”Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,..”Saya harap Encik saifudin bertenang,..Isteri encik menghadapi sedikit masalah,..air mentubannya dijangkiti kuman.. Dan degupan jantung bayi di dapati semakin lemah.. Puan Huda perlu dibedah segera..””Bedah..?” “Buatlah apa yang sewajarnya doktor.. Tapi isteri saya bagaimanadoktor..?”Tanyaku dgn nada separuh ketar dan bimbang. “saya akan cuba sedaya upaya,..utk menyelamatkan kedua-duanya,.. Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa ..”Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah.. Ya Allah!! selamatkanlah isteriku,..Ya Allah..jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku,..Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku.. Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku,.. tiba2 ayahkumemanggilku dan mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik ,..aku terdengar suara tangisan bayi,,..alangkah lunaknya.”Encik saifudin..?””Ya..saya..””Alhamdulillah isteri encik telahpun melahirkan bayi perempuan yang sihat,.2.9 kg dan comel seperti ibunya.” kata Dr Khadijah tenang,..”Alhamdulillah…. isteri saya bagaimana doktor.?”Dr, Khadijah terdiam .. tiba2 perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku,.. Ku tenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya,…Tiba2 doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk..Mulutku ternganga seketika,.. “Maaf,.saya telah berusaha semampu yg mungkin,. Tapi Allah lebih menyayangi Huda,.. “Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung,. Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan.. Ku rasa seperti seretankaki ini sungguh lemah dan tak berdaya,..sesusuk tubuh di tutup dgn kain putihterbaring,.. Perlahan aku membuka kain penutup.. Innalillahi wainna ilaihi raji’unnnn..DariNya kita datang,.kepadanya kita kembali,..Wajah Huda pucat,..tapi bibirnya terukir senyuman manis,..manis sekali,..tanpa disedari ku dakap Huda seerat eratnya.. tangisku perlahan, tapi tak tertahan..!“Sabar encik Saifudin,..sabar..” Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku,..”Nurse,..tolong bawakan anak encik Saifudin..”katanya lagi,..Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan dihadapanku,…perlahankuambil dan kudakap bayi itu,. Kutatap wajahnya berganti-ganti denganHuda..Merekaamat mirip.! Matanya,..hidungnya,.. mulutnya,.. Allahuakbar..!!!Dadaku bertambah senak.. tangisanku semakin menjadi-jadi,..Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata,.. “Iqamahkan anakmu Saifuddin,.. sambutlah yang hadir,.. doakanlah yangkembali..”.Huda!!rupanya inilah hikmah Allah,.. Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah swt,.. Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu , mengasihimu, hampir selama lapan tahun,.. utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakngantinya.Ya Allah,.jangan biarkan hati ini berandai-andai,.. Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda,.. Tidak,..Tidak, itu semuanya ketentuanMu Ya Rabb…. Tuhan yang Maha Mengetahui,.. Lagi Maha Pengasih,… Selamat tinggal Huda…..*************************Ketetapan adalah tetap ketetapan ALlah. Manusia dengan ikhtiarnya.Inilah tarbiyah ALlah buat orang-orang yang menyerahkan sepenuh penggantunganNyakepada ALlah. Kita berdoa. Kita merayu agar disampaikan hajat. Kitamenangis, bermunajat. Harus juga kita ingat akan doa Nabi, “Janganlah Ya ALlah Kau berikan aku sesuatu yang aku pinta hanya kerana belas kasihan dansimpatiMu sedangkan ia hanya membawa kerugian kepada diriku.”Berdoalah.berdoa dengan mengharapkan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan redhalah…redha dengan setiap pemberian dan anugerahNya ..redha ketika diuji itulah sabar namanya. dan sahabat… bertajahud lah lagi di malam hari dan berdampinglah dengan AL-Quran .. InsyaALlah itulah ubat mengistiqamahkan iman …Hakikat Sebuah Kehidupan..betapa penting kesabaran dan ketenangan menghadapi sesuatu musibah yg melanda…”was bir ma asobak”..Bersabarlah kamu dengan apa yg ditimpakan kepada kamu”..Betapa besar peranan antara suami isteri dan sifat sayang menyanyangi disamping menjadikan Quran dan SUnnah sebagai amalan Harian…Kepada Muslimat.. amat besar nilainya andai Muslimah Sanggup mengorbankan kebahagiaannya demi suaminya..Subhanallah…Semoga sama2 kita dapat mengambil istifadah dari ini semua.

Wednesday, July 2, 2008

Besday Me

selamat hari lahir buat diriku.. yang ke 24 tahun..alhamdullilah, di panjangkan umurku setahun lagi.. bersyukur sgt..semoga usia yg bertambah nie akan menambahkan lagi kematangan dalam diriku ini.. dan semua yg dirancangkan akan tercapai diusia yg bertambah ini.. ameen..
tadi kol 11.48mlm atok call untuk wish besday aku.. for the first time dalam tempoh 4 tahun perkenalan kami, inilah kali pertama atok wish aku.. seronok sangat.. hehehe.. tersenyum senyum mcm kerang bakar..ekekeke.. even wishnya terlalu awal kan.. aku tak kesah..sbb aku tahu jam yg dia pakai kat tangan dia tuh mmg cepat 10 minit.. hehehe.. jadi consider dah masuk 2 julai laa hari nie..atok atok.. kelakar pon ada.. sejak beberapa minggu lepas dia dok tanya besday aku bila.. dia cuma ingat bulan julai.. tarikhnya dia lupa.. tapi alhamdullilah tahun nie dia ingat.., aku tak kesah pon kalau dia tak wish.. sebelom2 nie pon aku dah biasa.. takkan laa aku nak bermasam muka..merajuk sbb atok tak wish besday ngan aku?? huh.. tindakan kurang matang tuh... aku paham.. urusan dia manyak sgt.. so relax je laa.. hehehhe
asalnya dia nak ajak kuar mlm nie..ala2 nak countdown besday aku.. tapi tak jadi sbb jiran depan rumah dia meninggal dunia (innalilah...) jadi tadi seharian dia sibuk membantu.. then ingat nak kuar esok malam tapi tak leh jugak.. sbb esok atok nak bawak adik dia g berubat.. so apa2 family first.. since aku not a part of his family.. jadi consider aku second laa.. so mungkin next next day (yg akan di tentukan kemudian) kami baru leh kuar makan... hari2 pon sama kan..
buat kawan2 yg wish.. mekasih ye.. hehehe.. segan plak.. aku nie dah tua rasanya..wakhakhakha.. kena buat planing nie.. nak prepare future yer career and life... aku bukan makin muda nie.. huhuhuhu

Thank You Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Tuesday, July 1, 2008

debaran kedua

hehehe suspens je tajukkan.. apa aje yg korang pk kan kan.,. hari nie aku nak g register kat UPM..untuk menyambung kuliah ku.. masuk semester ke2.. alhamdullilah.. semoga aku mampu terus melangkah hingga ke penghujungnya... kadang bila pk balik mcm sekejap aje.. bulan 3 dulu baru semester 1.. skrg dah naik sem 2.. tak lama lagi sem 3.. huhuhu bila laa nak sem 6 nie.. insyaALLAH tahun 2010 aku konvo laaa.. akan ku buat yg terbaik untuk mama dan papa.. nie janji aku kat dia org.. janji aku kat diri aku adalah untuk siapkan PHD ku sebelom usia ku menjengah 30 tahun.. akan ku berusaha untuk itu...

sambil2 tu aku nak melangkah dengan jayanya dalam bidang kerjayaku.. mungkin sudah takdirnya untuk TM menerima aku sebagai staff yer yg sengal tapi cemerlang..ahaksss.. mmg sengal aku nie.. wakakakaka.. aku suka keje sini.. politik mcm mana sekali pon kat TMG nie.. aku yakin.. cita2 aku tercapai.. dulu masa baru2 masuk keje aku nak jadi 'key person' utk TMG.. tanyakan apa saja pada ku..pasti aku jawab.. kerana semuanya di kepala otakku.. hehehe tapi skrg belom terrer lagi laa.. give me 3-5 years more.. i'll make sure i'll have market value.. mana tahu ada company sanggup bayar gaji aku USD15k a month.. wow.. interesting.. huh mata duitan sungguh aku nie... badan besar..gaji pon nak besar...wakakakaka... sengal kan staff TM nie.. hahahahaha... but i love being here.. i try to make my self confortable as much as i can.. kalau bukan diri ku yg mengembirakan diri sendiri sape lagik kan..

dalam hidup nie.. kita tak leh nak harapkan org lain untuk bahagiakan kita... tapi kita yg kena berusaha mengembirakan diri kita nie.. betol tak???

Saturday, June 21, 2008

Ayat Ayat Cinta

Ayat ayat cinta... filem klasik lama yg di filemkan indonesia.. aku baru lepas tgk cerita tuh.. sedih..sedih yg amat... mungkin aku terlebih hayati atau aku yg terlalu emosi.. tapi cerita tu sgt sgt sgt sedih bg aku... pengorbanan besar seorg muslimah, seorg isteri terhadap lelaki yg dicintainya yg dikenali sbg suaminya.. apakah aku bisa menjadi seteguh itu?? hanya wanita yg betul2 cekal akan kekal semangat yg jitu..

bukan mudah untuk berkongsi kasih.. walau aku redha. insyaALLAH andai kata ia di takdirkan buat ku maka aku akan belajar untuk menerimanya..

aku tak tahu kenapa aku suka filem nie, sejak kali pertama dengar tajuknya... bagai ada sesuatu yg menarik.. dalam erti kata lain.. mmg aku puas hati dengan cerita nie. sgt terkesan di jiwa ku..

buat atok... aku hanya ingin mengucapkan.. "aku ingin menjadi yg halal bagi mu, yang akan kau kucup keningnya, yang akan kau hapus air matanya"

Ayat Ayat Cinta - Rossa

♥Desir pasir di padang tandus
♥Segersang pemikiran hati
♥Terkisah ku di antara
♥Cinta yang rumit

♥Bila keyakinan ku datang
♥Kasih bukan sekadar cinta
♥Pengorbanan cinta yang agung
♥Ku pertaruhkan

♥Maafkan bila ku tak sempurna
♥Cinta ini tak mungkin ku cegah
♥Ayat-ayat cinta bercerita
♥Cinta ku padamu

♥Bila bahagia mulai menyentuh

♥Seakan ku bisa hidup lebih lama
♥Namun harus ku tinggalkan cinta
♥Ketika ku bersujud

♥Bila keyakinanku datang
♥Kasih bukan sekadar cinta
♥Pengorbanan cinta yang agung
♥Ku pertaruhkan

♥Maafkan bila ku tak sempurna
♥Cinta ini tak mungkin ku cegah
♥Ayat-ayat cinta bercerita
♥Cinta ku padamu

♥Bila bahagia mulai menyentuh
♥Seakan ku bisa hidup lebih lama
♥Namun harus ku tinggalkan cinta
♥Ketika ku bersujud ♥Ketika ku bersujud

"antara cinta dengan perasaan untuk memiliki tidak sama". ia mempunyai definisi yg berbeza sgt. itu ayat terakhir maria dalam cerita ayat ayat cinta.. sedih..sedih bila aku hayati cerita nie.. rasa tersentap jantung.. air mata tak berhenti mengalir.. sedih..

"kamu mempercayai jodoh fahri?"
"iya.. semua org memiliki jodohnya masing2"
"senang ya kalau kita bisa bertemu jodoh yg diketemukan oleh ALLAH dari langit"
"Tidak Maria, cinta datang dari hati"
"InsyaALLAH, kamu akan mendapatkannya." hanya cepat atau lambat

Friday, June 20, 2008

perubahan

aku dah abes exam semester 1 untuk MBA aku.. alhamdullilah.. selamat 1 sem. pasnie cuti... awal Julai aku akan mulakan semester 2 insyaALLAH kalau berjaya. result tak kuar lagik. jadi aku pon tak tahu mcm mana... ok ke tidak.. entahlaa yer.. layan je laaa..

pengalaman dari sem 1 nie, nampaknya aku kena ubah gaya study aku.. tak leh guna cara lama.. study last minit not applicable lagik.. pasni aku kena rajin sikit... bangun kol 4 pagi.. dan study apa yg lect baru abes ajar.. mungkin cara nie lebih mudah dan bermanfaat utk aku yg sibuk ngan keje.. kalau tak.. habes aku sem sem akan datang.. tak leh malas2 dah.. hehehe...

semoga aku berjaya abeskan sem nie dgn penuh jayanya.. ameen...

Tuesday, June 17, 2008

the journey begin

huyooooo lawanya page aku..wakakakaka... bagus betol adik aku nie.. menurut perintah.. wakakaka.. amacam cun kan.. pasnie nnt aku update ler blog nie.. mengikut kesempatan aku laa kan.. aku nie banyak sgt blog page.. kalu update sana tak update sini.. hehehehe...

esok aku exam.. jadi arini nak kena baca buku dan buat latihan account.. huh mati laaa aku.. tertonggang langgang... hehehe..