~us~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Friday, September 28, 2012

Satu Tika Dulu ~ Diet

aku copy paste one of entry aku
dalam salah satu blog diet aku
menerangkan 'kenapa aku diet?'

mode : menyemarakkan mood diet aku


Kenapa Aku Diet


Friday, April 16, 2010


ari2 aku update menu kan..
tapi rasanya aku nak tulis sesuatu..
masih berkaitan dengan diet jugak..
as tittle above.."Kenapa Aku Diet"

ramai org tahu aku tgh diet
tapi kdg2 aku rasa dia org
tak memahami kenapa aku diet
ada banyak alasan kenapa aku nak diet

mungkin mereka ingat hanya kerana
aku nak kecikkan badan aku yg besau nie ke..
**yess that correct...tapi not the main reason
^^so what the main reason..

eerrmm ada kengkawan yg ckp
tak yah lah diet2.. nyusahkan diri..
tak makan nasi tak makan itu tak makan ini..
bagi mereka mmg laa rasa susah kot..
tapi bagi aku.. tak susah..
sbb sebelom2 nie kat uum dulu aku selalu je buat..
riceless.. huhuhu

bila aku bosan ngan bebelan dia..
aku akan jawab.. "kau tak faham"
bagi aku.. mungkin kengkawan aku tak faham
apa sebenarnya yg aku nak buat..

aku berdiet bukan semata2 nak chantek..
aku tak heran pasal cantek pon..
**suami aku cakap.. aku tetap chantek di mata dia..
dia kenal aku pon masa aku gemok occayy..
so no issues..

tapi aku nak baby.. aku nak jadi ibu..
aku nak rasa apa itu mengandung..
aku nak 5-6 orang anak...
skrg aku gemuk.. aku susah nak ngandung.. :(
doctor pakar suruh aku buangkan lemak2 aku ni
so aku mulakan diet nie..

betapa aku inginkan zuriat itu...
bagi aku ALLAH tak kejam kat aku..
tapi ALLAH terlalu menyayangi aku..
sbb dia tak bagi aku rezeki zuriat lagik
mungkin ALLAH kasihan kat aku..
aku gemuk.. kalau aku ngandung
mungkin aku dapat sakit lain...
mungkin keadaan aku susah nak bergerak..
mungkin ALLAH mahu aku ngandungkan
zuriat ku dalam keadaan aku cergas dan sihat

lihat... ALLAH tak pernah kejam..
tidak pernah sekali pun..
kerana ALLAH tahu yang terbaik buat hamba2 NYA
dan aku???
aku redha dengan ketentuan ini..
tapi aku tak leh duduk diam..
aku kena lakukan sesuatu..

maka bermulalah perjalanan seorang AKU
untuk menjadi seorang yang kurus dan sihat
tu sbb utama kenapa aku diet..
andaikata chantek itu aku perolehi
dengan diet... ALHAMDULILAH..

sesungguhnya.. aku selalu di uji..
maka aku terus terusan bertahan
menerima ujian ini..

**buat suami ku, terima kasih kerana selalu menyokong isteri mu ini..
dengan pelbagai karenah dan perangai.. semoga kesabaran itu kekal
menebal di hati mu.. demi isterimu..

Thursday, September 27, 2012

Gelodak Di Sudut Hati ~ mode x tentu hala

lama xde entry baru kan
setiap hari aku bukak blog ni..
hari2 aku BW ke rumah kalian..
kdg2 ku tinggal jejak..
kdg2 aku baca sambil semunyik kan jejak..
nama pon mode tak tentu hala kan.. hahaha

ada sesuatu di sudut hati aku..
yang kdg2 gelodaknya x tertahan..
dah lama aku pendamkan...
rasa ingin ku ceritakan..
agar kurang beban di hati..

penat ku mengembirakan hati
agak perkara yang jauh di sudut hati tu
x akan datang mengambarkan visinya
kerana ia buat diriku terduduk
bagai dihempap batu besar..

kadang2 aku terpikir..
apakah itu tanda Allah ingatkan aku..
agar aku selalu bersedia..
agar aku selalu kuat..
agar aku semakin dekat rapat melekat
dengan Nya..ehsan Nya..

InsyaAllah, Allah tahu yang terbaik buat ku, buat mu
dan buat kami..
tiba masanya.. segala galanya akan ku ceritakan..

Monday, September 24, 2012

Airis 1st Birthday Giveaway Contest

arini ain nak join lagi satu GA..
syok join geng2 punya GA.
sendiri nak buat entah bila..
insyaAllah 1 fine day nanti..

Airis 1st Birthday Giveaway Contest


Deadline : 17th October 2012

kali ni punya GA kepunyaan anak dara chomel ni.. Airis..

Buat Airis sayang,
Selamat Hari Lahir, semoga Allah selalu melindungi kamu dan di murahkan rezeki kamu. Jadilah anak yang solehah dan akan menjaga kedua ibu bapamu dan adik2 mu (in future). Aunty doakan kamu sentiasa sihat dan makin hari makin bijak.. insyaAllah...

pada kengkawan yang naik join leh tergah SINI

Tuesday, September 18, 2012

13 bulan bersama mu 'Auf

alahaiiii anak..
ibu lupa lagik.. update 'Auf 13 bulan..

apa yang 'Auf dah tahu buat ye..

- dah paham arahan ibu n ayah.. (contohnya - kalau suruh amek remote ke, balang kuih ke, bantal ke, dia akan menurut dan selalunya x salah laa apa yang dia bagikan tu)

- makin galak berjalan.. especially kalau ada budak2 ramai.. dia pon cepat aje melangkah.. kalau kat umah malas + manja ngengade.. hehehe

- dah cekap mengantung kunci kat tempat kunci.. setiap kali balik jalan, dia akan amek kunci kereta dan masuk rumah terus tunjuk kat tempat kunci.. dia cekap gantungkan kunci.. dia pon pandai kuarkan kunci dari penyangkut tu tanpa merentap kunci..

- kereta kuning masih menjadi faveret terbaik dia setakat ni.. even skrg dah pandai tekan remote kereta tu sendiri n dia dok dalam kete.. entah apa2 aje yg dia pk kan tuh...


- baru tumbuh 2 gg bawah.. 2 gg atas baru nak munculkan diri malu2..

- suka sgt bercakap bahasa jerman dia tuh.. cuma satu yang pasti dia pandai sebut.. yaaaahhhhh=ayah dia ler yg dia panggil tuh.. dgn eeeaaaauuuu = refering to kucing...

- kalau dia tetiba nakal, dan ibu bagi jelingan tajam, cepat2 dia akan amek tgn dia dan pukul diri sendiri sambil sebut baapp.. (sbb ibu selalu cakap ngan dia.. kalau 'Auf nakal, ibu buat apa?.. then aku gak jawab.. ibu babap dia.. sambil pukul2 manja kat tgn kat kaki kat peha gebu dia tu).. jadi dia aware if dia wat salah then ibu akan babap.

- dia tahu kegunaan telefon.. suka amek telefon ibu @ ayah, letak kat telinga dan bercakap sambil sengih2.. kalau kita ajak bercakap pon dia balas seolah2 bercakap telefon ngan kita.. ekekkeke kelakar tgk gelagat dia..

- masih mengekalkan minat terhadap buku, bahan bacaan, flash kad.. kalau dia bosan main.. dia akan amek box yg isi dgn flash kad dia bawa dekat kita.. sambil tunuuk n cakap.. jadi sesi mengajar n belajar akan berlaku

- sekarang dan cekap pegang pensil dan nak tulis kat buku2.. jadi ibu dah sediakan buku tuk dia.. tapi kalau kita bagi dia pensil/pen yang badan dia besar dari saiz biasa dia tak pandai pegang betol.. ye laa kan jari jemari dia halus lagik.. kalau saiz normal tu dia akan pegang betol.

- kalau dia pergi mana2 dan dia mula busan dia akan merengek2 dan mintak dukung.. bila kita dukung dia akan cepat2 wave/lambaikan tangan bye bye kat tuan rumah.. mean kita paham laa yang dia nak balik.. kalau kita lengah2kan lagik.. siaplaa dia mula wat hal..

- tingkatkan skill motor dia lagik dengan cekap masukkan kunci kereta kat lubang kunci or apa2 kunci ke tempatnya tanpa miss.. (yg ni ain plan nak cari wodden toy supaya dia lagi cekap mengenal any new object)

- suka makan nasi tapi without kuah.. kalau bagi nasi putih tu x yah laa susah2 letak kuah.. confirm dia keluarkan balik.. jadi bagi nasi putih ngan ayam/ikan + sayur without kuah.


 eerrmm apa lagi ye... x ingat lah.. nnt kalau ingat kita include je laa next update ye.. hehehhe

Thursday, September 13, 2012

Bila 'Auf Tak Sihat

aku rasa semua parents kat dunia ni
paling risau kalau anak x sihat kan..
sbb kesian tgk budak2 kecik ni sakit
nak2 kalau yg x reti cakap..

last 2 days, 'Auf demam
tiba2 demam.. dan suhu x turun2 maintain 38-39
aku mmg ler risau bagai nak ape jerk..
nak tak nak EL gak aku sehari..

ye laa mana nak g opisnya..
aku sendiri x tdo  dok monitor Auf
bapak dia plak tukang dukung..
since dia demam.. dia mmg x nak baring..
letak je nangis.. letak je nangis.
sampai aku n laki aku pon nak nanes gak..
nanes sbb letih.. hehehehe (gimik je laa)

bagi makan ubat demam pon x jalan gak..
bagi koolfever pon x jalan..
bagi air kelapa pon x reda gak..
esok pagi2 kitaorg terjah klinik..
masa doktor check suhu dia 38.9
terus masuk ubat bontot..
seb baek doktor tu yg masukkan..
kalu aku mahu terkial2 nak menyucuk..
within 6 jam tu mmg suhu dia drop..

tapi malamnya suhu naik balik..
paksa makan ubat yg doktor bagi + antibiotik..
dapat gak tdo yg aman.. ada 2 kali je dia bangun
pagi tu kol 5pagi dia bangun melalak2..
pujuk2 last kejot dia bangun..
pesen dia ngamok adalah.. mata pejam tapi mulot nanes..
buleh gitu?.. tu yg g basahkan muka dia
kejot bg bukak mata.. puas hati kalau dia nanes
dalam keadaan berjaga.. pujuk2 dia main plak..

mainan yang dia main masa demam.. susun2 botol ubat

susun laa nak.. mak x kesah.. *abaikan kaki bapak Auf.. semua ngantok lagi tuh
ni pon petua org dulu2.. minyak bawang..
Auf ready to cook..
aku cakap kat laki aku ler..

ayah dia mula2 buat kat kepala je...

pastu aku cakap.. eh satu badan laa kena lumur.. haa ni kerja bapak dia ler

Auf grill.. ekekeke.. jahat sungguh mak Auf
 lepas kena lumur ni..
dia dah sihat sikit...
terus.. pegi kat car dia..
dok main laaaa.. apa lagik...

ok ok.. naked driver ni namanya..

masuk gear dulu..

dok laa mengodek2 sambil kete berjalan2 keliling umah

Monday, September 10, 2012

Saya Join 8th GA by Umiyumi

dah lama sgt2 x join GA ni
kali ni terasa nak join..
kali ni ain nak join GA Umiyumi

details GA mcm kat bawah ni

Hadiahnya memang menarik de boom laaa
:: kuali/wok Tefal bersaiz 28 cm::
Tefal okay.. mana laa tahu kot2 random.org tu
berkenan kat penyertaan ain ni.. hehehe
 
leh laa masak sakan kalau menang ni..

amacam.. hensem kan kuali tefal ni.. ekekeke
so kengkawan.. meh laa join 8th GA dari Umiyumi ni..
tak cuba tak tahu kan... mana tahu rezeki kengkawan..

Friday, September 7, 2012

'Auf dan Car

ok ok.. entry tertangguh lagik
baru perasan yang aku lupa publish..
kan aritu aku ada post kan gambo ni kan
mata Auf bersinar2 plak dlm gambo ni..
 sempena besday Auf aku n en somi
gunakan duit tabung kitaorg belikan dia kete ni
walau kete ni x chantek.. tapi ok lah bagi aku..
sbb memenuhi kriteria yang aku nak..
antaranya:
1) Mesti  berat.. as long as Auf xleh terbalikkan kereta tu then its ok.. kalau di leh terbalikkan kete tu, memang aku xleh beli.. aritu kat kedai test bagi dia main mini cooper yg mainan car tu, dia dok dalam tu kejap pastu dia kuar sendiri, pegang2 tayar dan sekelip mata dia terbalikkan mini cooper mainan tuh.. isk isk terspeechless plak aku tgk... terus reject nak beli tuh

2) Harga below 300.. since ibu ayah Auf ni sgt berbudget orgnya.. jadi kalau mahal sgt mmg x mampu ler.. masa dok survey2 tu aku berkenan sgt kat 4x4 mainan tu. mmg smart nampak ganas n teguh.. tapi harga dok nego2 paling murah pon 480.. over budget daaaa... kete Auf yg ni murah jerk hanya 260. sgt memenuhi budget. siap dapat bateri spare lagik. kot2 nak bawa main kat luar yg x de plug nak charge

3) mesti besar laaa... walau pon Auf ni cinonet halus je orgnya.. tapi aku nak kete ni biar nampak besar.. leh laa dia main lama sikit.. sampai umur baper2 tahun.. biar sampai jemu.. jadi idaklah ketagih nak naik kete2 ni kalu kat shoping mall tuh..

dan budak kecik ni sgt excited dgn kete dia.. sampai raya aritu aku bawa balik kampung since kat kampung bukan ada mainan kan.. kang kalu dia bosan aku plak letih mengejar dia naik turun tangga kat umah kampung tuh..

meh layan aksi dia 1st day dapat kete ni.. main kat umah..

ni aksi menolak kereta ye kengkawan.. nak kuat leh buat mcm Auf

adeh gambo terbaik.. malas nak betolkan.. ni pon aksi menolak tapi dari sisi tepi

*gambo terbalik* ni aksi masukkan diri dalam kereta sendiri tanpa bantuan

berjaya masuk satu kaki

done. duduk molek2 ye kengkawan

bosan duk atas sit, dia dok bawah sit plak..

bosan dok dalam.. ni kuar dari kete sendiri laa ye.. ibu mmg malas nak layan kuar masuk ni

sambil kuar kete sempat dia cilok remote kete tu tuk di bawa kuar

sebelah tgn pegang remote sebelah laki pegang stereng.. bergaya kan saya.. hehehe *kalu jatuh tu mahu melalak kaw2 ni

since kaki sangkut sebelah kat dalam.. dia letak dulu remote n kuarkan kaki dulu..

dah kuar baru kutip balik remote yer balik..

Auf x pandai tekan remote jadi dia dok tolak lagi kete tuh sampai depan pintu..

see.. kan aku dah kata Auf ni memang minat tayar.. kalau kete ni ringan.. lepas dia tgk tayar, dia mesti akan terbalikkan kete..

muka eksyen dapat kete
apa ajerk budak ni explore..

nak panjat2 plak.. ingat ni playground ke nak oiii

ni cubaan memanjat sebenarnya.. mula2 pelok kete.. pastuuuuu

tadaaaa.... terus jadikan kete sebagai tempat main panjat2.. tanpa rasa bersalah
 

Thursday, September 6, 2012

Bila DAISO tu 'Auf yang punya

layan gambo ye
ni gelagat Auf semalam kat Daiso IOI
aduhaiiii... letih mengejar dia..
pantang ada peluang habis di kerjakan tempat tu..
dah macam daiso itu, dia yang punya

asal ada tempat kosong macam ni, mesti dia sibuk nak masuk.. dia dok kat situ sambil panggil org lalu lalang... org yang lalu plak dok melayan dia.. aduhaiii anak

see.. happy bukan main.. penat pujuk x moh layan kita..

sepanjang dia berjalan kat kedai tu.. asal ada mende menarik mesti dia tarik.. ada yang terputus ada yang tertanggal.. memang jenuh mak ngan ayah dia mengejar

yang ni lak aku dok leka pilih eyelets pusing2 tgh tgk dia dok kembor bende ni.. ayah laa teruk kena kemas balik...
 makin besau makin banyak akal dia..
huhuhu... pantang lepa...