ku perlukan sesuatu
sebagai terapi jiwa sendiri
terlalu jauh ku dibawa
badai ombak yang x pernah berhenti
tiada siapa yang mengerti
lalu ku diam kan jauh2 di sudut hati
x bersyukurkah aku
atas segala yang ada
apa lagi yang ku mahu?
aku x pasti
tapi ku perlukan terapi
agar diri kembali waras
arrgghh gila kah aku?
mungkin ya... mungkin tidak..
hingga hilang pertimbangan
aku duduk sendirian
memikirkan langkah kaki yang bagaimana
mahu aku hayunkan..
acapkali terjelepuk aku mampu bangkit
tapi kali ni aku dah x gagah
aku jatuh berulang2 kali
tapi aku x boleh bangun
aku hanya mengensot maju ke depan
bila letih aku diam
merenung matahari yang panas
menikmati sinaran bulan dan bintang..
kali ni aku buntu.. sgt buntu..
kadangkala aku bertindak di luar pemikiran..
kan aku dah kata..
aku mungkin kurg warasnya
terapi diri akan ku cari
dan cuba untuk membaikinya..
semoga aku bersedia tuk bangun
dari kedudukan terjelepok ini..
diam diam jauh di sudut hati
adakah ini maknanya hati ku makin mati ??