~us~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Tuesday, November 29, 2011

PAP SMEAR, Anda DAH ???!

arini aku baru sempat nak g klinik
amek result test pap smear..
aku buat kat klinik panel jerk..
korang dah buat test tu ker??


syarat2 before amek pap smear test
*ni yg doktor tu cakap laa*
1) mesti selepas period.
2) hari ke 10 selepas darah period terakhir
3) 3 hari sebelom buat test TAK BOLEH bersama suami

kalau korg tanya aku sakit ke tak??
aku jawab TAK SAKIT
cuma tak selesa jerk..
tahu x sebab apa tak selesa..
sebab besi mcm mulut itik tuh..
tuk bukak ruang tuk bg
doktor amek sample..

resultnya,

doktor komen:
tidak ada sel yang menyebabkan kanser
tapi ada sel nama "metaplastic cells"
appear dalam result test aku tuh
doktor kata cell tu bukan cell penyebab kanser 
tapi if cell tu berubah bentuk ada
chances yang dia leh jadi punca

doktor suggest:
every 6 month aku kena buat pap smear test
*kalu yg result semua ok, cuma buat setahun sekali je
doktor sgt sgt sgt recommend
tuk amek vaksin HPV ~
ala yang mcm dlm iklan tv tuh tuk remaja 13 tahun
kena amek 3 dos.
each dos will cost me RM200.

aku komen lak:
of kos aku takut ok..
ye laa mende kanser2 ni kdg2 di luar kemampuan aku
aku tgh memikirkan bila tarikh sesuai tuk amek that dos..
risau weeeiiii..
tapi kena buat budget dulu
since aku nak g bawa 'Auf cucuk pnemococol (eh betol ke ejaan ni)
which will cot me RM200++ gaks

so kengkawan semua.. sila lah
kunjungi klinik berdekatan anda..
sesaper yang dah pernah 'bersama' lelaki
sila lah buat...

Friday, November 25, 2011

FAV WALLPAPER

nie ler gambo wallpaper laptop aku
dari sebelom kawen
sampai dah ada anak 1

chumelkan budak ni. kdg2 tgk dia mcm iras 'Auf hahahaha


org selalu tanya,
apsal x letak gambo anak sendiri
aku jawab, aku x nak kemaruk
rindu kat anak aku masa aku keje

ye laa aku g keje and anak anta umah org
tiap2 hari aku cakap kat 'auf please behave kat umah org
jadi aku x nak ganggu laa dia
dengan kerinduan aku nie..

ada org tua2 penah cakap kat aku
kita ni jgn rindu kat anak sgt2..
nnt anak tu pon rindu kat kita..
sbb anak ngan ibu ada telepati
jadi aku x moh 'auf buat perangai kat umah org

kalau buat perangai ngan aku xpe..
yelaa mana tahu kang dia dok
ngaruk kat umah org..
org plak lambung2 anak aku
sbb anak aku wat hal..
uish selisih laa kan..

jadi kita tgk laa gambo anak org lain
dan admire kat dia.. haha bior kenan kat anak aku
especially mata biru itu.. hik hik

Thursday, November 24, 2011

BOTAK KESAYANGAN HAMBA

nie laaa hero botak yang
selalu meruntun hati aku
kalu xde.. x tdo malam aku..
hehehe

'Auf ngan Ayah sama2 dah botak.. ibu likeeeeee sgt2


Wednesday, November 23, 2011

BARUT

aku nak tanya ni tuk mommies2 n kengkawan
selalunya sampai umur berapa bulan,
baby menggunakan barut baby?

Barut handmade by Nenek 'Auf

Tuesday, November 22, 2011

Segalanya Kamu

'Auf, Kaulah Segalanya Buat Ibu

~mode : menyemarakkan rasa chinta dalam hati ~

'Auf,
Mungkin hanya Tuhan, Yang tahu segalanya
Apa yang ku inginkan, Di saat-saat ini

Kau tak 'kan percaya, Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis, Untuk mengatakan yang sesungguhnya

Kaulah segalanya bagi ku, Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu, Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Hingga saat hujung nyawa, ku hanya perlu kamu
sebagai pengubat duka lara hati ini

kaulah sumber tuk aku terus bernafas,
untuk terus memijak lantai bumi ini meneruskan sisa2 hidup,
menegakkan kepala agar terus kuat
berdepan dengan peluru yang datang menerjah
segalanya kerna kamu,
Muhammad 'Auf Irfan Naufal !
 

Monday, November 21, 2011

Apa Pemberian Pertama Mak Mertua Korang Masa Hubby Bawa Korang Jumpa Mak Dia?

mcm kenangan itu bermain2 dalam kepala
gambo ni bukti apa yang aku dapat 
masa first time aku jumpa bakal MIL aku ms tu
actually kitaorg kawan almost 5 tahun baru dia bawa
aku balik jumpa parents dia..
bende ni x di rancang pon.

masa tu aku teman dia g keje kat segamat
then tetiba dia singgah pasaraya Nirwana sgmnt
bgtahu, kita beli buah2 laa ye..
i nak bawa u jumpa mak ayah

masa tu aku cuak serba tak kena..
festime laa senang citer aku nak g jmp mak bapak org nie
aku sendiri pon x pernah bawa dia jumpa parents aku
hahahahha

Gula + susu pekat tin + kuih siput + buah anggur & apple hijau
masa nak balik tu, mak mertua aku bagi satu paper beg
dia kata buat makan2 kat umah
dalam kete aku bukak tgk, banyak bende dia bagi
dah laa masa tu aku dok umah bujang
bukan laa rajin nak guna susu + gula ni
last2 bawa g opis buat wakaf pantry
kalu perasan semuanya manis2 kan.
sbb org tua2 kata, biar hajat yg baik ni
cepat2 jadi.. hehehe

until now kalu kitaorg dok citer ngan MIL
dia selalu cakap.. abg nang ko bawa c.ain tetiba
terkejut mak.. tapi mak bersyukur
sbb seumur hidop a.nang, ni first time dia
bawa balik perempuan untuk kenalkan kat mak.
hehe bila pikir2 balik
'entah apa2 je kitaorg ni'

Sunday, November 20, 2011

100 Hari ~ 'Auf

ibu sayang kamu selalu..
pencapaian 'Auf selama 100 hari
*sebagai peringatan memori tuk ibu ngan ayah..
cepat masa berlalu.. segalanya sesuatu

- suka mengangkat kepala ketika baring
- mata akan ikut objek yang ibu/ayah letak kat pendangan 'Auf
- memberi respon kalu ibu/ayah ajak borak
- suka menatap wajah ibu dengan sorotan mata 1001 rasa (sayu sangat kalu 'Auf tgk ibu dengan pandangan mata ni)
- kepala suka gerak2 ke kiri kanan atas bawah kalau di dukung
- tersenyum, tertawa bila tgk wajah2 org
- kuat menendang (sampai bantal kat kaki semua jatuh katil)
- dapat kenal wajah dan bau org. sbb Auf' pandai pilih nak ibu @ ayah dan juga skrg dah pandai rejectkan diri tak moh g umah pengasuh
- ketawa terkekeh2 kalau kita borak2 @ ajak main
- dah pandai pegang mainan
- suka tengok tangan (entah apa yang di beleknya)
- memainkan air liur buat jadi belon gelembung
- dah paham bila ibu tunjukkan flash card dan bagi respond yang baik.
- suka ikut ibu/ayah mengaji dan berzikir. (dalam bahasa 'Auf laa)
- suka sangat2 tdo mengiring
- tapi 'Auf x pandai meniarap lagik.. rs2nya 'Auf pemalas laaa.. nak terus jalan gamaknya.. hik hik
- x suka di dukung secara muka ke belakang. 'Auf nak ibu@ayah dukung dia menghadap ke depan. agaknya senang nak tgk apa yg ayah@ibu tengok

ibu still rasa kamu kecik lagi mcm baru lahir.. muah muah love you

Saturday, November 19, 2011

eh lagi SEHARI

sedar x sedar..
hari ni hari ke 99
lagi sehari tuk aku
tamatkan pantang ke 100 hari
yeeeyyyyy..

**tgh plan nak g urut penutup 100 hari + spa n lulur**

Friday, November 18, 2011

D.I.E.T

huhuhuhu... terokkksss
aku dah mula suka makan makan and makan
oh no.. that not good ain..
sbb aku still kena maintain dgn apa yg ada skrg
sbb i'm plan to get 'Auf adik 2 tahun lagik
(angan2 itu besh)

mcm skrg ni, aku yer berat dah kurg drpd sebelom ngandung
jadi haruslah aku sedar diri kan..
so aku tgh merangka tuk diet aku..
rasa2nya cukuplaa yang aku makan
dari abes hari until now..
takkan aku rosakkan diri aku lagi

alhamdulilah berat banyak turun lepas abes hari ni.. seb baek maintain until now.. takut betol kalu naik.. cuakkksss ok
so aku plan tuk posa sebulan di bulan muharam..
kecuali laa mmg hari yang di haramkan posa
lagipon kan masa aku ngandung + pantang
aku x berpuasa.. so haruslah aku menganti
aritu aku posa 1 hari jerk
so ada balance 28 hari lagik..
and also aku kena byr fidiyah 13 hari
harap2 aku tak lupa..
x sempat nak g jabatan agama ler..
insyaallah harap2 bulan depan dapat gak aku settle kan.

kembali pada track yang dolo.. huhu never give up bebeh






 i lurve my self


Thursday, November 17, 2011

Tentang H.A.T.I

kadang2 kita hidup ni
x selalunya indah
normal laa kalau ada duka dan lara
gundah gulana sedih menyentap jiwa

sejak ada 'Auf aku try sebaiknya
managed my emosi..
sbb aku rasa 'Auf know me better
bila emosi aku terganggu
dan aku dok berdua dgn 'Auf dalam bilik
dia suka tenung aku dengan sejuta pandangan
dia senyum tanpa kata apa2
dan nanti air mata dia akan mengalir jugak

dah 3-4 kali bende ni jadi..
dan aku always say
'i'm sorry baby. ibu x bermaksud nak share this feeling. but sometime ibu just cant manage it, sayang'
bila peluk 'Auf dalam2 rasa lega sangat.
Nanti dia mesti gelak2 bila aku rasa aku dah ok and happy2

since 'Auf dalam perot, setiap kali aku sedey
dia akan bg respond..kicking..dan bg bontot..
mungkin nak bgtahu aku, yang he always there for me, ibu.

ada yang bgtahu aku, baby since 0-9 month sgt alert dan mengerti segalanya walaupon dia tak berkata2.
itu aku akui sangat2.. 'Auf buktinya..
aku selalu borak ngan 'Auf hal2 duniawi
permasalahan + penyelesaian + situasi dunia skrg
dan dia tetap setia mendengar dan sama2 borak dengan aku

jauh dalam sudut hati aku
sebagai ibu, aku risau sgt sgt
kehidupan skrg nie pon aku rs seolah2 dunia kejam dan manusia di tindas
apalah yang akan jadi pada zaman anak ku besar nanti
apakah 'Auf cukup kuat menghadapinya..
dan adakah aku sbg ibu cukup mantap untuk melepaskan dia?

persoalan hati yang sukar di mengerti

Wednesday, November 16, 2011

P.E.R.A.S.A.A.N I.N.I

MODE : X TENTU HALA !!!

layan lirik without song

Irwansyah - Tentang Perasaanku

Aku takkan lelah menunggu
Hingga waktu ajal menjemputku
Takkan pernah ada sesalku untuk menunggumu

Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap menunggumu

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku sampai mati

Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap akan tetap menunggumu

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

**jika kau suruh tunggu seberapa lama pon aku rasa aku cukup kuat untuk menunggu.. walau di kala hati meruntun geram mencarik2 jiwa runtuh.. aku manusia biasa yang kdg2 akan rasa goyah.. goyah dengan pilihan ku.. acapkali hati kuat mengatakan inilah pilihan yang terbaeks buat ku.. menunggu..menanti..wait.. semua aku pernah laluinya dulu bertahun2 sebelom memilikimu.. apa kah aku tak boleh sabar untuk beberapa tahun lagik demi sesuatu ini di realisasikan.. aku makan diri sendiri tanpa aku sedari.. tapi akan ku tolak tepi dan terus menunngu kau hingga mati**

Tuesday, November 15, 2011

M.E.L.A.N.G.U.T

dok pikir apa nak nulis..
tahap gaban laa buhsannya..
ekekekeke

xde citer terbaru..
masih bz dgn keje2 dan agreement2 yang ada
masih kekal as isteri n ibu bekerjaya
rutin yang sama tanpa penah jemu..

skool holiday nak mula dah
korang dah ada program jalan ke mana2 ke?
Aku??
dok umah gi keje je laaaa...
since 'Auf kecik lagik, malas nak bawa jalan2 g makan angin
cukuplaa balik kampung hujung bulan ni (umah in law)
dan balik kampung JB hujung bulan depan (umah parents aku)

sejak ada anak ni, aku rasa aku kerap balik kampung
ye laa atok nenek 'Auf nak tgk 'Auf
jadi ibu ngan ayah 'Auf kena balik..
takdelaa balik lama.. hujung2 minggu jerk..
selebihnya 'Auf duk umah..

aku ngan hubby pon xde nak g holiday..
duk umah dan masing2 bz ngan keje
try tuk dapatkan masa untuk kami bertiga jerk
lots of thing to do
dalam xde keje tu
aku ajak 'Auf MELANGUT..
hehehe


Friday, November 11, 2011

90 hari = 3 bulan kan?

kalau ikut kalender yang aku kira hari2
today 'Auf hari ke 91 hari.. which patutnya dah 3 bulan laa kan..
eh eh dah besau rupanya anak aku ni
so sebagai meraikan 'Auf dah besau..
ibu mendecidekan 'Auf tuk tdo dalam babycot..

mula2 ibu dodoi atas tilam.. dah lena baru angkat masukkan dalam babycot.. lena jerk 'Auf tdo.. bangun bila haus nak susu ajerk..
 masa 'Auf dalam hari, my father x allow dia tdo kat babycot
my father kata tggu laa sampai abes hari..
bila dah abes hari, my hubby lak tak bagi
hero dia tdo baby cot..
hubby mintak bior 'Auf besau sikit baru tdo babycot

but ibu 'Auf telah mengunakan kuasa vetonya..
dengan kudrat yang ada telah memasang bbcot 'Auf
dan 'Auf pon tdo dalam bbcot..
huh legaaaa..

ye laa ain selalu baca yang most of the parent
gagal tdokan anak dlm bbcot
sbb anak dah besar x mahu pisah
huhuhu.. takmoh laa 'Auf jadi mcm tu..
mahal bbcot ibu beli nie
(ikea brand je pong)
rugi kalu 'Auf tak tdo dalam nie..
so lalink hero ibu, sila tdo dalam bbcot ye..

pose 'Auf malam tadi.. try pakai baju baru siap ngan topi lagik.. dia dok borak2 mcm excited ajerk pakai baju baru.. hehehehe

Wednesday, November 9, 2011

Rutin Isteri & Ibu Bekerjaya

arini nak story xtvt ain
as a wife ngan ibu yang sibok + giler keje
hahaha statement x leh blah..
entry ni bukan nak menunjuk2
tapi tuk ingatkan diri ain sendiri
mana athu jika satu ketika nanti
ain lupa rutin ain ni dek kerana
kerja..
*manusia mudah lupa*

daily (hari bekerja)
bangun kol 6-7 tgklah sedar kol baper
mandikan 'Auf + siapkan dia hensem2
lepas tu ain plak bersiap

kuar umah bawa 'Auf sekali
sampai opis set kan baby seat
husband akan hantar 'Auf kat umah BS
ain suka bawa 'Auf sbb pagi2 tu 
kalau dia x tdo dia akan banyak borak
jadi this time very precious buat kami

then keje keje keje
balik husband akan amek ain
then singgah pasar area umah tu
beli barang basah tuk masak dinner
(selalunya kitaorg beli lauk utk seminggu
kat pasar borong every weekend)
if not terus g amek 'Auf kat umah BS

balik rumah selalunya memang
encik somi yang akan jaga 'Auf
selalunya dia nak ajak main + borak2
dan aku sebagai isteri
akan berperang kelentang kelentung
masak mmg acara WAJIB
dulu tgh preggy tgh tggu hari pon aku masak
sbb kesian kat en somi..
dia leh je makan kat kedai
tapi aku tahu selera dia mmg selera rumah

menu jgn tanya ye..
memang simple dimple ler..
ikan goreng + sayur bening @
masak lemak cili api ikan or ayam @
asam pedas ikan @
sayur masak asam rebus @
ayam goreng kunyit @
ikan stim / 3 rasa
alaa senang citer yg simple laaa..
kdg2 kalu dah penat sgt
aku x sempat makan..
dah tertidur ngan 'Auf
hehehe

senang je kan jadi ibu ngan isteri bekerjaya ni kan..
segalanya mungkin..
janji semangat kena kuat !


Tuesday, November 8, 2011

Cerita Raya Haji Laks

sempena raya haji yang lepas
ibu ngan ayah 'Auf
telah mengorbankan rambut 'Auf yang tak sekata tumbuh tu
sbb cukur bantal.. jadi x hensem
'Auf kena botak atas kuasa mandatori ibu
tak leh biarkan rambut yang sikit ye cayang..
hehehe

ni baru lepas kena botak + mandi dan pakai baju chanteks. sebelom gerak ke umah atok keratong.. hensem anak ibu.. hehehehhe

'Auf kat umah atok keratong sangat behave.. malam2 dia tdo.. bangun pon sbb nak susu. xde lagi malam ngeri masa 'Auf dalam pantang dolo. huhuhu ni muka goda ibu nak mintak tetek.. hahahaha.. cuma mulut nyonyot je tak sempat nak amek.. kalu tak dia dtg pakej.. dengan mulut nya dgn jelingan renungan matanya kat ibu..

ni malam hari..'Auf yang lena.. kali ni tdo without kelambu besau.. seb baek nyamuk x banyak gigit 'Auf.. ibu rasa 2 kali je kot 'Auf kena gigit sampai melalak sbb sakit.. hehehehe

Friday, November 4, 2011

Hasil Tangkapan Semalam

semalam kan ain cakap ain coti
xdelah kemana saje..
hanya ke sini
My Dear Baby Sale kat Meranti Puchong. xbanyak yang best hanya ada yang biasa2 ajerk. kalau ibu2 ngandung xde beli stroler ke walker ke baby cot ke memang sesuailaa dtg sbb murah2 ajerk. stroller harga puluh dan below 150. berbaloi laa.. mcm ain nie semua dah ada barangnya jadi x berapa best laaa
 pastu ain ngan somi gi Ikano plak

ni kat Ikano Mom Care carnival. pon bagi ain ok-ok je.. x best sgt. x banyak bende yang ain leh beli sbb brg yg ain nak tu, kat sini x banyak pilihan.

ni 3 helai baju tuk baby boy yg ain beli. bagi ain berbaloi beli baju ni sbb sehelai soploh hinggit jerk.. banyak bagu gegirl laaa... baju boboy x banyak.. sob sob


Thursday, November 3, 2011

Puan Tanah Coti


arini tuan tanah amek coti tahunan,,
sehari ajerk laaa...
semata2 nak berjalan2
dgn cinta hati lalink
minus 'Auf

'Auf dok umah pengasuh while
ibu ngan ayah ada projek mega
hahahaha..
nanti kita update ye
hasil bercutian ari ni..


Tuesday, November 1, 2011

lebih sangat ke ko?

aku skrg tgh sentap.. sangat2 sentap
kenapa manusia nie suka sgt
membanding bandingkan diri dia dgn org lain
aduhaiii tensi betol

kalu ko rasa ko lebih..
ikut suka ko laaa..
x yah nak bandingkan ngan aku..
sbb apa pon yang ko cakap..
aku tetap akan kata aku lagi bagus

aku xkan ngaku aku lemah..
dan ko leh nak merendahkan semangat aku
aku x kan terkesan pon..
aku akan terus jadi kuat dan kuat

siapa pon ko.. i dun care
huh malas nak layan..
aku rasa nak gigit2 je kepala ko ni
hahahaha