~us~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Wednesday, September 28, 2011

'Auf Botak

jumaat lepas ain ngan somi
berjaya cukur rambut 'Auf
anak ibu ngan anak ayah dah botak..
suka tgk.. chumelll sbb muka dia 
nampak cam baby boy..
kalau idak asal jumpa org je mesti
cakap ni baby girl.. huhu
*mcm org kampung keratong cakap
"atas mcm mak..bawah mcm bapak"
hehehehe

actually IL ain dah tanya nak dia cukurkan ke
after majlis potong jambul tu
tapi ain cakap tak moh lagi tunggu abes ari..
huh alsan je tuh
sbb ain mmg nak buat sendiri..

ye laa andai kata 'Auf nie mmg satu2nya anak ain
at least merasa laa jugak cukurkan anak sendiri..
IL ain mungkin akan dapat cucu2 lain @ cucu sedara
yang di leh botakkan.. 
ain tak mungkin dpt peluang cukur rambut anak org kan

mula2 en somi x setuju
dia kata nnt laa balik keratong suruh mak dia 
cukurkan since IL ain dah penah cukur rambut cucu sedara
dia 2-3 org..
tapi ain nie degil dan direct say NO
and say I NAK BUAT SENDIRI..
ANAK I SATU JERK..

tu laa alasan ain bila apa2
nak patahkan cakap somi ain..
huhu jahat kan.. bukan apa..
perasaan ain mmg lain..
i dont want to think in future..
kalau 'Auf ada adik alhamdulilah..
Tapi if NOT.. then ain akan kesal n nyesal..
semua ain nak buat sendiri..

dari ari pertama bawa 'Auf balik umah..
ain mandikan dia sendiri..
ain pakaikan dia baju..
ain tdo kan.. ain layan main
ain berjaga tak tdo layan kerenah dia
sbb mungkin lepas nie dah x merasa kan..

even ada yang kata masa depan kita tak tahu
betol.. tapi ain x nak pikir jauh2 dah..
apa yang ada depan mata je ni ain layan..
so mmg full attention tuk 'Auf
supaya ain x ralat 
if ain terlepas any moment dgn dia

'Auf mmg keajaiban ain..
when doktor say peluang ain get preggy 30% only
ain sangkal doktor tuh..
ain terus usaha to get baby even sorg pon xpe..
jadi bila uri tu hanya kuar sebiji as petanda org lama2
ain dah sedia.. ain leh terima..
sbb ain doa kat Allah ain mintak at least 
beri ain rezeki anak even sorg..
so kenapa ain nak demand more 
bila Allah dah bagi sorg..
dalam keadaan ain yang peluangnya cuma 30% ?

perasaan ni mmg kejam tuk ain
sbb dia selalu buat ain rasa ragu2 dan 
keep thinking to be the best
dan kdg2 terdetik.. seandainya
Allah meminjamkan saat bahagia ini seketika
apakah ain mampu menghadapinya??

YES.. sometime ain terpikir situasi tu
kalau boleh ain x mahu kebahagian ini di rampas..
tapi siapalah kita kan..
ada kalanya sesuatu jadi tanpa terduga
dan ain kena sentiasa kuat dan bersedia
supaya ain tak terus rebah

ooo sudah melalut..
ni ler bila tetiba ada rasa nak luahkan perasaan
mmg nak all out..
suka x suka org nak dengar.. itu terpulang
sbb lepas nie.. apa yang terbuku di hati ain
sekurg2nya tak terbeban..

layan gambo 'Auf pulak ye


ketika proses berlangsung..
ibu kejekan belah kanan
ayah amek belah kiri

asyik dia tdo
masa ni tgh nak buat second round cukur
supaya yang halus2 tu kasi licin

dah settle semua
'Auf still tido jugakk

ni kenangan gambo before di botakkan..
tak cukup ngan pisau cukur..gunting kecik pon guna gak 

Monday, September 19, 2011

Majlis Cukur Jambul 'Auf

arini nak share sikit pasal
majlis cukur jambul tuk 'Auf
yang di adakan di keratong
actually majlis nie on the spot je 

sbb selasa tu kita org balik keratong 
then MIL kata FIL nak buat kenduri tuk 'Auf
dia kata org kampung dok tanya2
cucu sorg takkan x buat kenduri
jadi dengan kadar segera IL ain pon buat

majlis yang simple..
tapi alhamdulilah sempat gak kita org 
laki bini sediakan gift tuk tetamu yang hadir..
bende yang simple sbb tak plan kan..


 nie laa gift yang kita org bg kat tetamu..
bunga telur ngan pasu kecik tu jerk

tetamu malam tu alhamdulilah ramai gak
walau pon sebelom majlis bermula
hujan rahmat membasahi keratong
dan bila majlis bermula
hujan pon berhenti..

'Auf sepanjang majlis tido ajerk..
bunyi laguan marhaban tu dia buat2 tak dengar je
dan still nyenyak..
huhu anak ibu mmg kalau org ramai
dia sanggup tdo..

layan gambo je laaa



last but not least..
gambo tuan umah laa plak...
dulu amek gambo berdua..
skrg kena bertiga.. huhu

Episod 4 Malam Yang Ngeri

current update, ain dah sampai puchong..
last week dari JB kitaorg g Keratong
Umah In Law ain.. 4 malam kat sana
tapi ain rasa mcm 4 tahun.. huhuhu
sangat penat.. kat sana 'Auf berubah laku

bayangkan 4 malam kat sana dia tak tdo..
mula kol 11 mlm sampai laa kol 4-5 pagi
mata cerah terbuntang ajerk..
kalu lena pon kejap2 aje.. pastu bangun..
ada yang dia bangun melalak.. ada yang dia senyap..

mmg horror laa kan.. sbb satu keje pon x jadi di buatnya..
siang dia tdo walaupon tak lena..
mungkin sbb penat kan berjaga malam..
ye laa keratong ni kan kawasan felda..
jadi ala2 kawasan hutan
jadi senang citer..
"banyaklah yang dtg 'menegur' menjenguk 'Auf"

kdg2 kesian tgk 'Auf tapi nak buat mcm mana..
ibu nak bantu pon x dapat..
masa malam terakhir tuh,
en somi mcm biasa dok ngaji sebelah 'Auf
ye laa dgn andaian dia lena mcm selalu..
kalu ayah dia ngaji je dia mesti lena..

tapi lain plak jadinya..
dalam sejam ngaji tuh..
en somi mula mamai2 ngantok..
dan dalam keadaan mamai dia tu..
dia nampak makhluk2 allah yang
kita x nampak mata kasar tapi 'Auf mmg nampak lah kan..
mcm2 rupa.. most of them manusia mcm kita semua
dtg duduk keliling 'Auf..
ms tu en somi nampak apa yang 'Auf nampak..

bila dia tersedar cepat2 dia bg tahu kat ain..
dan mungkin bende tu marah sbb en somi bercerita..
kepedahnya.. 'Auf tak lena2 sampai dah nak azam subuh..
dalam kol 5 lebih tu dia siap melalak2 yang xleh di pujuk2.
ain yang stress mmg x tahu laa nak buat apa..
last2 MIL tlg pujuk..

yang peliknya malam tu, bila kita dodoi kan dia
dukung g area dapur ke ruang tamu ke bilik ke
'Auf mmg tdo.. tapi bila kita letak dia balik kat tempat tdo kitaorg
yang mmg kita tdo tu laa kan..
terus biji mata dia bukak luas2.. tak moh tdo..
aduhaiii konpius di buatnya..
MIL try cm2 jugak.. last2 dah nak kol 6 dia lena..
dan ain pon sama lena...
bangun x bangun ain kol 11.. huh mmg ngok ngek laa kepala ting tong
tapi nak buat mcm mana.. di luar dugaan..
harap2 lepas nie kalu balik keratong x jadi laa mcm nie..
ain betol2 mata rabak laaa... besar dugaan..

 ni kelambu yang ayah, ibu kena tido
tuk pastikan 'Auf x kena gigit nyamuk..
dan kawasan nie laa yang menyeramkan
tuk 4 malam nie





Tuesday, September 13, 2011

Datang Lagi







perasaan itu dtg lagi
perasaan rasa yang aku x suka..
kali ni makin menjadi2..
dan aku rasa aku mula tidak adil..

tidak adil kerana membiarkan perasaan
itu seolah2 bermaharaja lela di hati ini
biar dia bukan selalu hadir..
tapi hadirnya menyakitkan dan meruntun jiwa

pergilah perasaan itu
pergilah jauh jauh..
jangan ganggu aku..
aku x mahu sakit hati lagi
kerana ia sangat melukakan..
dan sangat menstress kan..

ku titiskan air mata hanya kerana perasaan ini
sangat tak berbaloi..
ia akan melarat dan melarat..
dan kdg2 aku tak kuat..
dan terus di buai rasa itu

sedih yang meruntun jiwa..
sila laa kuat wahai hati
jangan terus terbuai kerana
perasaan ini

Monday, September 12, 2011

'Auf dah 30 hari dah..

nampaknya arini ticker kata 'Auf dah 30 ari
mean ibu pon dah berpantang 30 hari..
lagi 2 minggu nak abes pantang
sangat laa x sabar.. hahahahha

bab pantang aku mmg kureng sikit..
aku suka ngandung dan aku suka teran beranak..
yang tak suka cuma pantang
makanan mmg ok.. aku makan jerk..
tapi suasana pantang tu buat aku ilang mood..
emosi aku terganggu.. dari awal until now

alhamdulilah 'Auf dah 30 hari..
even ibu x mampu memfully breastfeed kan kamu
tapi ibu puas hati dengan perkembangan kamu
lebih bijak dan lebih memahami
*kalu x.. takkan ibu leh layan keje2 kat opis
sambil jaga kamu kan.. hehehehe

ibu lom bawa kamu g klinik lagik..
tuk amek suntikan..
memandangkan esok ibu nak bawa kamu ke umah atok nenek keratong
jadi kalu ibu bagi suntikan kat kamu kesian plak
kamu nak travel jauh.. dari jb ke krtg = 3 jam
pastu seminggu dok keratong nak balik ke umah kita kat Puchong
pon jauh gak perjalanannya 3 jam..

anak ibu mmh tough ler..
masa kamu berusia 11 hari ibu dah bawa kamu
travel ke JB.. tu pon petang baru gerak
seb baik sampai umah atok nenek JB kamu
tak berapa meragam.. sbb sampai dekat kol 11 mlm

hopefully balik umah atok krtg nie pon kamu x meragam ye sayang
sbb ibu akan gerak pagi.. x moh sampai sana lewat petang sangat..
kamu kena survive.. kamu kena kuat..
keadaan memaksa kamu.. huhu..
*ibu ala2 kejam lak*

ibu janji once sampai puchong,
ibu bawa kamu g klinik tuk cucuk ye sayang..
terlambat sikit.. tapi better than never kan..

k-lah. nak layan keje jap..
bising hset aku nie asyik email masuk ajerk..
tgal baper hari lagi nak keje ye..


Thursday, September 8, 2011

'Auf di hari ke 26

arini nak citer pasal 'Auf laa
anak ibu nie dah besar dah...
dah 26 hari ye cayang..

dalam 26 hari nie banyak 
perubahan 'Auf yang ibu nampak
antaranya..
* tak takut air.. (since ari pertama ibu mandikan)
*bila mandi skrg nie 'Auf suka tendang besen dan kocak2 tangan kat air
*tak suka di bedung.. suka wat free hand ajerk (mcm budak 3-4 bulan daa)
*skrg dah suka + pandai main air liur.. (adakah tak lama lagi rambut ibu akan banyak gugur? mcm yg org2 selalu cakap..)
*bila org agah 'Auf, cepat2 dia gelak2 dan senyum2..
*merajuk bila ibu tgalkan dia bila ibu kuar g jalan2.. hehe
*akan terus tdo @ pura2 tdo bila ada org dtg umah..(malas nak layan tetamu ke nak?)
*'Auf dah kurang tdo... suka berjaga dan bersembang.. (ibu kena cari education toy yg sesuai tuk kamu nmpknya)
*bila bedung kamu di longgarkan dan tangan kamu bebas, ibu tengok kamu suka sangat tdo mengiring.. kiut sgt.. mcm budak besar.. mcm stail ayah kamu tdo ibu rasa..
*kamu suka angkat kepala kamu x kesahlah time baring ke.. time di pangku ke.. kamu nak bangun ke 'Auf.. ibu yg risau tgk..

 

bila tgk semua tu..
ibu rs mcm baru semalam sakit teran kamu keluar
alih2 arini banyak yang kamu belajar dah..
lepas nie kamu lagi cepat membesar kan lil baby..

semoga kamu menjadi anak yang soleh dan taat..

ibu dan ayah sayang kamu..
muahh muaahhh

Monday, September 5, 2011

Soalnya Hati


kadang2 aku rasa soal hati nie susah nak cakap kan..
lately nie aku banyak permain dgn soalnya hati..
ye dengan hati aku nie..
entahlah susah nak jelas kan..
tapi ia sesuatu..

bila pikir2 balik aku rasa aku x patut
ada perasaan sebegitu..
tapi mende nie susah nak nak buang
sbb dia dalam hati..

dia tak nampak..
kalau nampak senang aku cabut dan tarik keluar
hurrrmmm.. entahlah ye..
tak mahu pikir..

mungkin aku perlu cari penawar
tuk masalah sakit hati ku ini

Saturday, September 3, 2011

Pengalaman Guna Salindah

oh ye aritu tinie lalink
ada tanya pasal Salindah
ain guna salindah since kandungan 3 bulan..
sbb memang set nie dari 3 bln




kalu tgk gambo tu B1-B6 tuk makan masa mengandung
L8-L12 di makan selepas bersalin
jadi set nie lengkap..
bagi ain, salindah nie banyak membantu
dalam proses bersalin..

sebab bukaan sampai 5cm ain mmg x rasa apa2
until air ketuban pecah..
dan rasa sakit hanya rasa bila bukaan 9cm nak ke 10cm
sakit tetap sakit tapi terkawal lagik

lagipon salindah nie good for baby gak
yelaa ain nie bukan jenis sekali main terus lekat
jadi bila dah sekali lekat.. memang nak yang terbaik buat baby
masa lahir pon kulit baby nampak gebu ajerk..
mata bolat.. menjaga Auf pon senang

so kalu sesaper yang minat leh laa try makan Salindah nie
sbb ain rasa masa mengandung tu sangat mudah
kalau boleh nak ngandung lagik..
even uri kat Auf takde biji2 (mean anak mmg satu ajerk)
tapi rezeki kan Allah yang tentukan..
:)

Friday, September 2, 2011

Beraya Dalam Pantang

tahun nie senang cakap aku x beraya
mood raya pon xde..
yelaa dalam pantang nak beraya apa kan.. 
jadi layan dok umah je laaa

pantang aku nie xdelaa pantang yg sungguh2
cuma aku makan bende yang boleh
dan kurgkan berjalan keluar..
kalau aku keluar pon aku x bawa 'Auf..
atok nenek dia jaga

encik somi pon sama tak beraya
raya pertama kitaorg bantai lepak umah
dan tido sama2 dgn 'Auf..
tak ramai yang dtg umah mama papa ain kat JB

jadi collection 'Auf takde lah banyak..
cuma aritu makcik tqa n family adiahkan 'Auf stroller
alhamdulilah.. jimat duit ibu 'Auf kan.. heh heh
duit collection 'Auf pon dah cukup tuk buat
akikah 'Auf.. 
yeyyy suka2.. diam2 'Auf buat collection yek..

makin hari 'Auf makin cerdik..
tak banyak sangat tdonya..
asyik membolat ajerk matanya dengan mulut riuh
nak ajak borak apa tah.. heh heh

nampak gayanya tahun depan laa
baru ibu ngan ayah beraya sakan ye..
tahun depan 'Auf dah leh cakap..dah leh berjalan
seronok laa ibu ngan ayah.. huhuhu