~us~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Saturday, October 30, 2010

Apa Puncanya

Pernah ke kita terfikir.. bahawa sesuatu masalah itu ada puncanya..
acapkali kita memikirkan apa puncanya..
adakah kerana ia atau dia atau itu atau ini..
dan......
pernahkah kita soalkan kembali.. dan bertanya sama hati..
adakah puncanya adalah AKU..
ya diri kalian sendiri...

hari nie aku belajar sesuatu...
dari dulu aku bertanya pada Allah..
apa puncanya.. kat mana silapnya..
namun skrg aku tahu jawapannya..
akulah punca kesusahan itu..
akulah punca kegagalan itu..
akulah punca segala galanya...

terima kasih kerana berterus terang..
memang aku selalu mahu org sekeliling
berterus terang... dan hari ini..
dia berterus terang... aku tahu.. niatnya baik..
kenyataan bahawa dia di uji kerana aku..
dia tak berjaya kerana aku..
dia tak boleh terus melangkah kerana aku..
pernyataan yang sangat jujur bagi ku..
tapi kenyataan itu juga bagai pedang ninja menghiris hati ku..

aku redha.. aku terima walau pahit...
diam sebentar

Friday, October 29, 2010

Diam bukan bererti benci

Sekadar pengajaran

220850.27.10_u

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ara memang cinta padamu,

Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,

Ara hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Ara berjenaka,

Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,

Seperti orang lain berbicara,

Kerana Ara tak mampu ketawa,

Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,

Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..


*copy dari sini http://www.facebook.com/note.php?note_id=444754177337&id=1460687846

Wednesday, October 27, 2010

Keberangkatan Haji ~ Filanastasia n Atok Siah

mula2 letak gambo tuan umah bersama insan terchenta... hehehe


bukan kami yg pergi haji.
kami cuma tukang hantar aje laaa..
tu je yg termampu sbnrnya.. hehehe
nie laa yg gi haji.. makcik aku..filanastasia dan maknya..atok siah..

atok siah n atok uda

yg ada hari penghantaran... dah ready dah nie... tggu di panggil aje.

selamat pergi dan selamat kembali...
semoga mendapat haji yang mabrur..
take care KD n Atok Siah..



Friday, October 22, 2010

Kerapuhan Hati Jgn Di Biar Mati

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

**Lirik Lagu Opick ~Rapuh

Thursday, October 21, 2010

Kisah Dari Syurga

**sumber amek dari SINI

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang embesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


**datanglah kepada ku cayang.. sesungguhnya aku merindui panggilan IBU dari mulut kecil mu cayang.. biar aku bukan sebaik Malaikat namun akan aku berusaha untuk melengkap, melindungi, menyintai dan sentiasa bersama mu cayang..**

Tuesday, October 19, 2010

Cetusan Sudut Hati

ini rentetan dari previous entry kesedaran...

aku rasa aku selalu bertanya pada diri sendiri..
pertanyaan yang aku xde jawapan..
dan juga takde yg sudi menjawab..
kecuali Al-Quran..

ada kalanya kita akan rasa sgt sgt sgt tak bermotivasi..
rasa seolah2 bala besar menimpa kita..
sampai kadang2 kita tak tahu apa nak buat..
dan kalau buleh kita nak tdo sepanjang hari aje..
tak nak bangun bangun..

korang pernah rasa tak??
aku selalu rs.. kdg2 aku rs nak tdo taksedarkan diri selama lamanya..
oh apa kah aku sleeping beauty yg menanti kehadiran prince nya..
oohhh sgt mengarut ye..

masalah nie kdg2 bukan dtg dari kerja.. bukan dari rumah tangga..
bukan dari kawan.. bukan dari jiran.. bukan sesiapa..
ia datang dari sudut hati.. jauh jauh di hati..
iyer.. dari hati yang tengah mencari kesempurnaan..
kesempurnaan dari pelbagai sudut...

padahal akal dah ingatkan yang kesempurnaan itu x pernah ada..
kesempurnaan itu tidak dimiliki oleh sesiapa dimuka bumi ini..
kesempurnaan itu milik Pencipta Alam ini..
hati ini telah membuat kacau..
hati ini telah mengelirukan diri..
harus cepat2 membersihkan hati ini..
harus dimatikan titik2 hitam dalam hati ini..

HATI..........

KITA BERTANYA DAN AL-QURAN MENJAWAB

**copy dari blog seseorg tapi terlupa link dia..

Sebagai manusia yg lemah dan serba kekurangan, kita pastinya akan mudah mengeluh dalam kehidupan seharian kita, terutamanya apabila sesuatu perkara yg terjadi itu, bertentangan dengan apa yg kita harapkan. Kita akan mudah merungut, merintih dan mengeluh. Sampai satu tahap, kita mungkin akan merasa kurang keyakinan diri, lalu mudah berputus asa dan harapan.

Tetapi pernahkah kita berfikir hikmah di sebalik semua yg menimpa kita? Kita diciptakan oleh Allah SWT, dan kita tahu bahawa Allah SWT bersifat Maha Mengetahui. Ilmu yg dimiliki Allah amatlah luas merangkumi semua perkara. Justeru, setiap kali kita berhadapan dengan musibah, wajarlah bagi kita untuk mengadu hanya kepada-Nya. Ketahuilah juga, setiap apa yg kita keluhkan itu, sudah pun sedia terjawab di dalam Al-Qur’an. Allah SWT yg menciptakan kita, maka pastinya Dia sudah ada jawapan di sebalik setiap perkara yg ditetapkan-Nya buat kita…



KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

AL-QURAN MENJAWAB: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DPT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

AL-QURAN MENJAWAB: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216).

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN YG AKU TERIMA SEBERAT INI?

AL-QURAN MENJAWAB: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286).

KITA BERTANYA: KENAPA AKU SERING MERASA KECEWA?

AL-QURAN MENJAWAB: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (Surah Al-Imran ayat 139).

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

AL-QURAN MENJAWAB: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45).

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

AL-QURAN MENJAWAB: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?” (Surah At-Taubah ayat 111).

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU HARUS BERHARAP?

AL-QURAN MENJAWAB: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129).

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TERUS DIUJI? AKU DAH TAK TAHAN!!!

AL-QURAN MENJAWAB: "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12).


SEBAGAI PERINGATAN UNTUK AKU... SBB SOALAN INI SELALU AKU TANYA PADA DIRI AKU

Thursday, October 14, 2010

Sgt SIBUKKKK........

beberapa hari nie tak sempat nak update blog..
sbb keje sgt banyak..
ada link down 63 line...
jadi berusaha bersama2 team lain untuk up kan..

dari isnin until now...
tak settle settle lagik.. aduhaiiiiii
cepatlah berlalu semua ini ye...
sbb aku tgk semua geng aku..
ala2 gambo bawah nie..


dah beberapa hari balik lambat...
kol 9.. kol 8...kol 7...
exercise pon ala2 dah lewat..
kol 10 baru terlompat lompat..
rsnya malam nie nak mintak org urutkan badan..
sgt stress dan sakit badan ye..

*gamba ihsan google


Monday, October 11, 2010

Happy Besday Mia

special wish untuk rakan blogger aku..
Cik Mia
Semoga dia dikurniakan kesihatan yang baik
semoga Allah berikan kebahagian dan kecerian buat dia
semoga dia selalu kuat menghadapi hari-hari mendatang

ain belanja mia makan choc cheese je laa ye..

daaa...........


Sunday, October 10, 2010

10.10.10

aku terlupa sedia kan entry untuk arini.. hehehe
agak sibuk kan kan..
apa istimewanya hari nie,..
ooo takde apa2 yg istimewa..
cuma hari minggu yang biasa
buat kami suami isteri..

mungkin org lain melayan istimewanya tarikh nie
some ada yg kawen.. ada yg besday
blur plak mlm2 nie nak menulis...
till next ya...

Saturday, October 9, 2010

Baby? - Tangguhkan dulu bukan TAK MAHU !

almost setahun lebih berusaha namun tiada jawapan yang positive..
jadi aku dengan rendah diri dan hati terkecil sekali..
memujuk hati untuk MENANGGUHKAN usaha murni ini..
ooo aku tak give up.. dan aku takkan give up..
sbb aku masih mahukan anak2 kecil mengelilingi aku..
memanggil aku dengan nama IBU.. IBU..IBU...
aku tetap mahu insan kecil yang akan membesar
depan mata ku.. menunjukkan segala kebijaksanaannya
dihadapan aku dan encik suami..
CUMA... demi anak2 ini juga aku rasa aku perlu tangguh dulu..
tak lama mungkin 6 bulan atau setahun..
aku ingin bagi peluang pada diri aku memuaskan kehendak sendiri..
aku rasa tahun nie seolah olah takde apa yang aku dah capai dengan bangganya..
kecuali segulung MASTER.. aku mahu lebih..
**aku tengah consider untuk continue my PHD.. cuma biar masa menentukannya..
tapi yang pastinya aku mahukan sesuatu...
aku mahu kecikkan diri aku nie dari sebelomnya..
penat rasanya berbadan besar...
penat juga menagih miricle ...
padahal aku dah tahu yang semua tu
tak datang melayang seperti yg di bayang..
oo aku bukanlah diet keras...
aku cuma tukar cara pemakanan dan menambah xtvt exercise
kalu dulu aku buat sebulan sekali...
aku akan ubah ke seminggu sekali...
dan seterusnya sehari sekali...
dengan harapan usaha ini berhasil...
aku baru bermula... dan belum nampak apa2 perubahan pon..
aku masih terus berusaha tanpa gagal...
sebagaimana aku berusaha untuk mendapatkan
bayi-bayi chumel...
cuma kali ini aku berusaha mendapatkan badan yang chumel
agar aku dan encik suami sepadan..
itu lebih memuaskan diri aku..
since ia dalam kawalan aku..
mengharapkan sesuatu yang bukan dalam kawalan aku tu
terlalu hurt.. sbb aku keep asking and asking and begging...
kenapa aku x ubah semua tu...
FOR THINGS TO CHANGE, I NEED TO CHANGE FIRST !
semoga aku terus bersemangat.. dan tak mudah give up..


*gambar google


Thursday, October 7, 2010

Ghairah Si Kecil

nie aku panggil as anak angkat aku laa..
nama dia DANIAL (yg belang2 tu) dan DANNY (yg oren tu)
depa nie dok kat sangkar luar rumah..
dan tak dibenarkan masuk dalam umah..
sebabnya....
danny and danial - tido & rest time

sebabnya..
since aku dah bela dah kucing dalam umah..
yang sgt bermaharajalela.. yang bernama
BABY or DONNA GEDIK (nie mak aku bg nama sbb dia tergedik2 manja)..

Baby yg sedap landing atas katil aku,
atas baju aku yg baru nak jahit tu tanpa ada rs bersalah.


so kucing2 kat luar nie dapatlah jugak menumpang kasih sayang aku n encik suami since
kita org suka tgk gelagat dia yg entah apa2 aje mengarut tuh..
makanan dia pon tak sama ngan si Baby tapi
aku takdelah bagi makanan yg tak berkualiti kat depa nie..

mak dia aku panggil comot sbb mak dia tak chantek..
chomot aje rupanya..
seb baek anak dia chumel chumel belaka...
pelik kucing nie sbb, dia beranak sebulan sekor..
nie aku tgk perot dia bunting lagik..
entah bila laa dia nak beranak kan kan.. hehehe
budak2 kecik 2 ekor nie kdg2 terlalu ghairah dgn sesuatu bende...
ye laa baru nak idop kan...
meh layan gambo ye..

Danial yg buhsan tdo dalam sangkar... sibuk landing ats tido.. tdo x sedarkan diri..
si Mia plak elok plak tdo diam2 kat dalam... ni pon sbb siang hari..
kalu mlm mmg dia n ibu kucing tu tdo dalam sangkar tuh..
xleh dok luar.. nnt aku plak yg xleh tdo malam
sbb risaukan depa nie..

Danial in action lagik

kat bawah nie plak, ms aku baru aje belikan dia pasir + bekas
untuk tempat dia nak tuuuuuttt..
sgt excited dua2 nie..
Danny - siap baring2
Danial - siap kembur pasir tu...
tapi suka sgt2 sbb dia org paham yg that place tu bukan playground diaorg..
sbb depa terus melepas kan hajat kat situ selepas puas main2 kat situ..

budak kecik yg nakal

learning time.. bagus budak2 nie... dengar cakap..

skrg nie hari2 excited nak balik keje.. sbb nak tgk gelagat dia org nie..
hilang rs penat seharian keje...
eerrmm.. ni baru anak kucing...
kalu anak sendiri...
pasti lagi mengusik jiwa..
hehehehe

Wednesday, October 6, 2010

Musim Haji

tak lama lagik nak musim haji...
kalu tak silap aku penerbangan pertama 9hb october nie..
teringat aku tahun lepas..
mama ngan papa aku gi haji..
dia org waiting list dan panggilan pon last minit..

masa tu kebetulan aku balik JB..
mmg agak rushing gak keadaan ms tu..
seb baek mama ngan papa sgt cool dan relax..
buat satu-satu dan tak miss mana2 barang..

oleh kerana mama n papa in waiting list
jadi dia hanya akan mengantikan mana2 org yg menolak..
so penerbangan dia bukan dari JB tapi kena naik dr KL
perjalanan ke KL @ Kelana Jaya..
Kami pergi 3 keter..
1) aku n suami
2) mama papa yg drive sendiri
3) adik aku yg lelaki..

bunyi cam gamble kan.. org yg nak gi haji drive sendiri
mmg masa tu aku sedey.. ye laa xde org hantar mama n papa
hanya kerana tempat penghantarannya ke KL..
atas alasan kos mahal..jauh..takde kenderaan..
huh sgt kecik hati occay...
tapi mama papa kata tak apa..
its ok..
mama n papa pon x mengharapkan mereka menghantar..
selagi mampu mama n papa akan survive sendiri..

kat KL, aku syukur sgt..
mak n abah mertua ku sedia menanti..
naseb baek ada besan mama n papa..
mereka menunggu sampai mama n papa berlepas naik bas ke KLIA.
masa tu hujan lebatnya.. bas delay terlalu lama..
di janjikan kol 10 naik bas tapi kol 1.30 pagi baru dapat naik bas..

pengalaman yg aku xleh lupakan...
terlalu besar jasa mak n abah mertua aku..
semoga kami dua keluarga akan terus hidup harmoni..
entah bila laa giliran aku plak nak g haji ye..
insyaALLAH.. Allah akan mengatur segalanya..


Tuesday, October 5, 2010

Xtvt During Raya ke 2

huhu cerita dah basi tapi aku baru sempat nak menuploadkannya..
org raya dok berjalan2.. aku idaknya jalan2.. dok umah melepak aje..
raya ke 2 tu aku memenuhkan wishlist makcik kesayangan aku Filanastasia
dia tak pernah makan Nandos..
dan aku telah diarahkan untuk belanja dia makan
sempena back date besday present..
hehehehe... teruk kan perangai makcik aku nie..
buli anak sedara sendirik.. hik hik hikss...
so kita layan je laa gambo nie..


makcik aku yg sgt happy.. aku plak tgh blur nak pk order apa ye.. hehe

encik suami yg sudi join kitaorg that day with my little sister ecah..

excited jugak... org2 yg aku bawak nie semuanya baru FIRST time dtg Nandos nie..
tu sbb aku fully jadi guru sesat..


makcik ku yg happy sgt dan asyik dok sibuk amek gambo aje..

muka buhsan tunggu makanan lambat sampai

muka2 ceria - my makcik n my younger sister dapat minum air yg freeflow.. huhuhu

makcik ku yg kepedasan sbb over sgt sos tu dia tuang...

nie menu starter kitaorg.. lupa lak nama dia

dah makan separuh baru ingat nak amek gambo makanan..

penuh dua2 meja kitaorg dengan makanan

semangat giler gigit jagung tuh

tuan tanah yg ala-ala control ayu.. muka puas kekenyangan sebenarnya

see.. kan aku dah kata makcik aku nie tgh makan pon nak nak amek gambo gak..

ecah... little sister nie bab makan mmg tak cerewet.. janji jgn pedas sgt ye..

aku suka tengok depa ni kalu berbaik2.. if not, asyik nak main kejar2 pusing satu rumah

abes je kitaorg makan Nandos..
kitaorg terus naik tingkat 5, City Square untuk
tengok wayang... huhuhu..
tapi memenuhi syarat mak aku untuk balik before 12.00 tengahmalam..
hehehe..
seronok dapat bawak adik2 aku keluar nie..
ye laa bukan selalu aku dapat bawa dia org keluar..
since aku pon dok jauh berratus ratus kilometer..

GOOD LUCK NUR N !!

Hari nie adik aku Nur N exam..
Exam PMR.. mesti berdebar2 jantung dia kan..
ye laa nak jawab exam.. eerrmm..
aku harap dia buat yg terbaik lah hendaknya...
ye laa nie kan untuk masa depan dia jugak..

semoga dia kuat semangat dan tak mudah give up..
semoga apa yang cikgu ajar terus masuk dalam fikiran
dan hatinya.. tersimpan rapi..
biar dia leh guna untuk jawab exam minggu nie..

*gambar : Sumber google.com



kakak n abg nazri syg nur N !!!

Monday, October 4, 2010

Lagu Kegemaran Aku

I dont Want Talk About It

I can tell by your eyes that you've probbly been cryin forever,
And the stars in the sky don't mean nothin to you, they're a mirror.
I don't want to talk about it, how you broke my heart.
If I stay here just a little bit longer,
If I stay here, wont you listen to my heart, whoa, heart?

If I stand all alone, will the shadow hide the color of my heart;
Blue for the tears, black for the nights fears.
The star in the sky don't mean nothin to you, they're a mirror.
I don't want to talk about it, how you broke my heart.
If I stay here just a little bit longer,
If I stay here, wont you listen to my heart, whoa, heart?
I don't want to talk about it, how you broke this ol heart.

If I stay here just a little bit longer,
If I stay here, wont you listen to my heart, whoa, heart?
My heart, whoa, heart

Saturday, October 2, 2010

Gambar Raya 2010

seperti biasa.. every year mmg ada gambar rasmi..
since tahun nie giliran raya JB maka...
mama cepat2 cakap kita amek gambo family ye..

oh ye mmg adat dari aku kecik sekeciknya until
besar sebesarnya.. setiap raya kami akan pakai baju sepasang..
ala2 beli sekayu lah org kata.. hehe
aku suka aje.. malas nak pk..
tema tahun nie mak aku panggil nie biru turqoise..
aku panggil hijau unik.. ekekeke
lantak laaaa......... aku pon x tahu

even dah kawen pon...masih gak sama..
seb baek encik suami x kesah...
dia pon layan jugak.. hik hik..

so layan gambar je la ye..
background dia mmg kuning..
org kedai gambar tu cakap, kena plain background
supaya mudah nak paste kan background lain
aku x tgk lagi background yg dah siap..
tunggu balik JB nanti..
mama kata dah siap dah gambo kami sekeluarga..

mestilah dimulakan dengan gambar rasmi tuan punya tanah...
Encik Nazri dan Puan Ain

family aku.. haa kan betol.. semua sama kan.. hehehe

tak ketinggalan.. nie gambar belah in law aku..
kat sini temanya Biru.. tak kesah biru apa pon janji biru..
hehehehe.. kami bergambar jugak..
tapi background umah in law aku...
ala2 umah kampung yg chantek kan..
MIL aku sgt suka tanam pokok perhiasan sekeliling umah..
tu sbb dia sayang nk tgalkan umah lama2..
oklah asyik bebel je.. layan gambo dulu ye...

gambo tuan tanah yang ceria di pagi hari

gambar family belah suami..

since nie pon dah raya ke-4 jadi bergamba pon x ikut tema.. hik hik
**tiada dalam gambar ; zack (adik ipar aku) dan zura (biras aku ye bukan beras) :)
-tahun nie giliran beraya terengganu tu sbb depa takde.. beraya sakan kat ganu...
kalu ikut giliran umah mertua aku.. giliran balik raya.. kalu menantu raya umah dia maka
dua2 ada.. tapi bila bukan giliran beraya umah dia.. maka dua2 menantu dia takde..
susah gak nie.. kena adjust sikit jadual nie..
bagi biar ada salah satu menantu ada di pagi raya...

huhu... 2 tahun beraya sebagai MENANTU dan ISTERI..
bila laa giliran untuk aku beraya sebagai IBU.................???