~us~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Thursday, May 28, 2009

Update Update

lama giler tak update... arini nak citer pasal good news...
kat opis aku ada 2 org kakak yg ngandung..
mereka sgt giler suka... aku pon tumpang happy gak..
ye laa ada yg dah gugur 2 kali..akhirnya..
melekat jugak..alhamdulilah...
nak tgk ker ibu2 ngandung tuh...
nie laa mereka...


1) tahniah kak nani



2) Tahniah Kak Liza

Tak lupa jugak aku mendoakan agar Izreen dan wifenya akan cepat2 dapat baby..dah lama mereka menanti... sabar yer izreen..
Selain dari geng tmg... member umah aku yg dulu pon baru je dapat tahu dia ngandung...tahniah zarith.. jaga baby leklok tau... seronok plak aku tgk mereka... aku kan sekadar menumpang happy mereka

dan dari sudut hati aku... aku tak sabar nak jadi mcm mereka..

AIN SAYANG SANGAT NAZRI

39 days to go

Friday, May 22, 2009

Kata-Kata Itu

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Actually.. aku believe on this..
mende nie lah yg selalu aku gunakan untuk bagi
semangat kepada bakal suami ku dan juga diriku sendiri...
Kami percaya ALLAH melambatkan untuk
memakbulkan doa kami kerana ingin menguji kami..
kerana kurniaannya terlalu besar untuk kami..
dia mahu menguji kami....
mende depan mata pon kami susah nak dapat...
Ya ALLAH, terima kasih atas ujian ini...
tapi bantulah kami agar tidak terus terus diuji..
sesungguhnya kami insan biasa yang terlalu lemah dengan segala dugaan dan ujian...
kdg2 aku ngan nazri terpikir..
kenapa kami yang terpilih untuk menghadapi
semua kekurangan dan ujian ini...
mengapa kami???
dan jawapannya tiada...
cuma untuk menyedapkan hati kami berkata...
kerana kita insan terpilih...
kerana ALLAH tahu kita mampu menghadapi kesengsaraan ini...
kerana ALLAH terlalu sayangkan kita...
Kerana ganjaran yang ALLAH nak bagi nanti terlalu besar...
Kerana kasih sayang kita dicemburui org lain tetapi direstui ALLAH...
biarlah...
seberapa lama pon lagik..
aku dan nazri sanggup tunggu kerana
ALLAH telah menjanjikan ganjaran yang besar buat kami..
buat cinta kami.. buat usaha kami.. buat kasih sayang kami...
dugaan demi dugaan bukan bermaksud pengakhiran hidup kami...
Ya ALLAH kurniakan kami kesabaran...
ketabahan yang lebih bagi terus menerima penangan ujian mu itu...
semoga kami sentiasa disisimu dan dilindungi oleh kuasaMu..
ameeen...

Tuesday, May 19, 2009

Rahsia punggung, Yang mana satu anda?

Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??
1. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dansangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyakmasalah dan stabil.


2. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungisegala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini
dikatakan mempunyai daya seks yang sangattinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatiforang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yangdiluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatumengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapatstatus tinggi dalam masyarakat.

4. Besar
Pemilik punggungbesar dan paha besar seorang yang romantik. Subur.
Sihat. Penuh rasacinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis ˜no problem". Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.


5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.


kategori apa kah aku???? BESAR kot.. wakakakkaka



Rahsia Warna Kegemaran Wanita

aku dapat mail nie dari opis mate aku... menarik untuk di share... dan my color is KUNING.. mmg dari dulu aku suka warna tuh... sbb aku yer mind ms budak.. nak jadi puteri raja., raja kan sinonim ngan color kuning... tapi aku sgt tertarik dgn maksud warna kuning...

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
ok... aku mmg suka blajo kalau tak .. takkan aku sambung master nie kan.. huhu sudah tua maa.. sudah malas.. membaca?? aku rs aku mende mengarut suka baca... mende yg buku ilmu master nie aku malas nak baca..huwaaaa.. cerdas?? entah.. no komen.. tapi tabah menghadapi cabaran.. yes.. aku rasa aku layak untuk ini... hahahaha.. apa pon yang terjadi aku sentiasa tabah menghadapi kan kan.. :p

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merendAh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.


PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.


46 DAY TO GO

lagi 46 hari ku akan tiba..
so mcm mana ye.. update persiapan aku..
eerrmmm entah laa ek..
aku layan je laa..
mcm dah malas nak pk kan mende2 nie..
hahahaha... giler mmg giler aku nie..

Monday, May 18, 2009

48 DAYS TO GO

Buhsan and stress...
nak jawab tag Kak D walaupon dia tak sururh..
wakakakakakA


napa suka wallpaper neh??
1 - gambar nie gambo baby yg sgt chumel...

2 - sbb dari dulu aku tak sabo nak ada baby sendirik... tu yg tak sabo nak kawen

3 - lagipon kalau stress dan tension tengok gambo baby nie.. sgt sgt sgt kiut dan mendamaikan... lambatnya tarikh nikah aku... tak sabar nak buat baby... wakakakakaka


Wednesday, May 13, 2009

53 Days To Go

huh lemas lemas.. aku baru dapat email confirm kad siap on 19 June.
Gosshhh lambat giler.. tapi aku harap sangat2 its not taking too long..
currently i'm waiting their invoice.. worries sgt kalu lambat
sbb esok until ahad aku akan berada diluar kawasan...
masuk hutan untuk corporate strategy yer program..
huh 4 hari dalam hutan bisa pengsan aku...
so tggu je laa up date yer nnt

Wednesday, May 6, 2009

header baru..chantek betol..

hello kamu kamu...
wahhh perasan tak sesuatu yg baru kat blog aku nie..
hehehe chantekkan.. i likee...
terima kasih banyak2 kat
FiLanasTasia
di atas keperihatinan beliau...
ekekekke sbb sudi buatkan header chantek untuk aku...
cayang Kak D..
emmmuaahhh emmmuaaahhh

~59 DAYS TO GO~

Tuesday, May 5, 2009

60 days more >> 1st update

aarrgghhhhh.... dup dap dup dap..
huh rs nak pengsan kejap... tiba tiba aje terpikir.. hehehe
tgal 60 hari je lagik untuk menempuh hari pernikahan aku dan nazri..
rs mcm manyak lagik tak buat nie.. huhuhu..
sibuk sibuk.. "mcm mana nie cyg??" soklan pd buah hati aku..
60 hari?? mean 8 minggu lagik... eh lama lagik daaaa.. kalut aje aku nie..

semalam baru antar baju nikah.. hehehe
antar kat pantai dalam aje...
jurumake up??? eerrmm takde lagik..
kalau sempat ada lah.. kalau tak...
filanastasia laa make up kan aku.. apa laa lagik...
jurugambar??? eerrmmm aritu dah book tapi aku cancel kan kejap..
kalau ada rezeki adalah.. kalau takde.. aku pasrah again..
hiasan dewan.. mungkin mintak tolong pakcik aku...
pelamin aku plak.. mungkin aku amek pakej sekali ngan maku up ++ baju...
dapat murah sikit kot.. huhuhu... lebey punya..
huh aku rs mcm mudah je mende nie...
mmg mudah pon kalau ADA DUIT... wakakakaka... betol betol..

cenderamata untuk tetamu untuk dua2 belah majlis tgh book
and negotiation stage... hopefully acceptable lerrrr...
million thanks to mak + ayah wawa... for helping me a lot on this..
hopefully semua berjalan ngan lancar...
focus skrg mmg dua2 belah.. tapi lebih pada majlis aku dulu..
sbb majlis umah nazri 26 july.. so ada masa manyak lagik nak touch up..
pastu.. kad jemputan.. errmm.. bila nak tempah ye.. this saturday kot...
insyaallah kena bangun awal nie.. kalau idak..
alamatnya tak sempat laaa pulak...
list jemputan almost done.. tapi ada priority pada tetamu mama papa..
selebihnya baru aku dan nazri... kalau kad jemputan abes...
kita jemput kamu kamu kamu guna email @ sms je ye.. hehehehe

cukuplaa update aku untuk arini...
nnt ada perkembangan aku inform ye.. huhuhuh