~us~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Wednesday, April 29, 2009

JANJI TIPU MEREKA

Mereka mula berjanji tapi mereka mula memungkiri
aku makin benci sangat sangat benci... pada mereka yang dulunya berjanji yang bukan2 dengan aku dan nazri.. tapi mereka memungkirinya.. mmg aku marah dan sangat marah.. kalau tak kerana hormatkan nazri pasti mereka sudah ku maki depan2... huh hampes... harap mereka je tua tapi perangai entah apa2.. ingat bodoh sangat ke aku ngan nazri.. hampesss... siaplah ko org2 tua.. takde hebat mana nya korang tanpa aku dan nazri...

Thursday, April 23, 2009

tok andak

sebentar tadi .. makcik aku filanastasia sms bg tahu..
tok andak ku kritikal ada kat spital Pontian...
risau aku... sesungguhnya...
baru beberapa hari lepas aku jumpa dia semasa arwah pak ngah meninggal..
alih2 aku dgr citer dia plak kat spital.. tragis yer aku...
aku sendiri susah nak hadapi...
makin dekat majlis aku makin ramai yang pergi...
mula-mula Tok Uda Bakar.. then Pak Ngah...
aku harap Tok Andak cepat2 sembuh...
seperti dahulu kala...
insyallah ameen

Wednesday, April 22, 2009

Pengertian

lama tak update blog nie..
last week 18-19 April me and Nazri attend kursus kawen..
kat JB sesambil balik JB tgk mama papa..
suka tgk mama papa interested citer pasal majlis..
makin mereka suka makin aku happy...
mungkin mende nie org susah nak paham..
especially adik aku yg jauh beribu batu..
dia kecik hati bila mama papa tak bg dia kawen diperantauan..
bagi dia mama papa tak memahami..
tapi bagi mama papa bukan itu maksudnya...
mama dan papa cuba menjadikan majlis aku sesempurna boleh..
bila adik aku nak kawen kat sana bukan didepan mata mereka..
mama papa sedey... tertanya2 dibenak hati mereka..
apa salah mereka sampaikan anak sendiri sanggup membelakangkan mereka..
adik aku satu2nya anak lelaki dalam keluarga..
adalah menjadi impian mama dan papa..
untuk buat majlis besar2an lebih dari majlis aku...
mmg itu hajat di hati mama papa..
tapi budak2 sekarang susah nak cakap...
semuanya nak dgr cakap mereka...
bukan ker semua mak bapak kat dunia nie mahukan yang sempurna buat anak2 mereka??
kdg2 anak2 nie tak paham apa maksud ibu bapa mereka..
hanya pikirkan untuk diri mereka aje..
kan elok kalau tunggu habes belajar..
dah balik kedua2nya di Malaysia..
sama2 cuba siapkan diri di sini..
masa tu nak kawen ke nak beranak ke..
sukatih laa..
nie belajar tak abes dah nak kawen..
dengan kerja tak ada..
hanya harapkan mak bapak..
apa guna semua ini???
fikir lah

Thursday, April 16, 2009

ITU YG INGIN KAU PAHAM

meninjau ke halaman umah dia...
dan ter tulis...
jadi aku telah buat keputusan..
untuk tidak mahu bersedih bagai...
life is too short..
aku takut aku tidak mampu untuk menikmatinya...
jika aku terlalu memikirkan apa yg telah berlaku...
life is too short..
untuk aku bazirkan kepada perkara2 remeh...
yg sepatutnya hanya perlu aku 'embrace it'...
life is too short..
untuk aku terlalu fikirkan apa yg bakal berlaku...
kerana sebagai manusia kita memang tak akan tahu...
life is too short..
oleh itu aku perlu 'live in da moment'..
dan sayangkan mereka yg ada di depan mata...
life is too short..
semoga aku bisa memenuhkan iman di dada..
ameenn...

buat dia.. aku nak kata..
SEBENARNYA INILAH YG AKU NAK KO PAHAM SELAMA INI..
HIDUP TERLALU SINGKAT TU SBB AKU TAK BG KO TERUS
MENERUS DGN KESEDIHAN.. KERANA HIDUP INI MMG SINGKAT
ALHAMDULLILAH KALAU KO PAHAM MAKNA HIDUP YG SINGKAT INI
JGN SIA2KAN HIDUP HANYA KERANA SEORG LELAKI..
KERANA KECEWA.. KAU AKAN LUPA SEKELILINGMU..
MMG RAMAI YG SAYANG KAMU..
CUMA AKU TAK PASTI KAMU SEDAR ATAU TIDAK..
MUNGKIN DIA BUKAN YG TERBAIK UNTUK JODOHMU
TAPI DIA MUNGKIN BOLEH JADI KAWAN @ MEMBER KO..
JADI KAMU JGN SEDEY2 YE...
AKU SELALU ADA UNTUK MENYAYANGI KAMU...

Wanita

forward from my frenzzz..... (tulisan kuning tu aku yg menambahnya)

for guys...kOrank pOn tau wanita ni insan yg sentimental n berjiwa lembut...treat them well coz a real gentlemen is a persOn whO treats every wOman with respect...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. >> inilah aku bila berdepan dgn dia...

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. >> adakalanya dia tak sedar pon telah melukakan...

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). >> tapi aku redha andainya terjadi... sbb dah terlalu kecewa..

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. >> mmg pon

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! >>> aku takde lah cair mcm coklat tapi tersipu2 malu aje...

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. >> takde saper pon yg nak puji aku gedempol nie

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. >> tahu tak pe.. kuasa wanita kan

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. >>> tahu takpe.. buat lah mcm nie.. kayu

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. >> tapi lelaki tak amek pusing pon

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. >> tapi dgn perbuatan dia kita pon tahu kita nie useless kan..

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. >>> aku layan je

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. >>> agaknya kot

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. >> betol betol.. kang pompuan perasan lebey

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. >> betolll

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. >>> sangat betol.. jgn bodohkan diri

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. >>>> betol betol

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! >> kamu tu bukan ahli nujum yg dapat tahu apa didalam hati wanita nie...

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. >>> adakala mcm nie gak

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. >> kalu kamu kayu pon dia terima gak

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. >>> agaknya kot.. dulu aku girl skool

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! >> aku tak ingat pon aku ada exxxx

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.>>> sangat betol.. dulu cukuplah kalau dia reply sms aku dgn ok or hi.. mean aku tahu dia idop lagik tuk reply sms aku

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. >> dun think so...

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. >>> tapi lelaki yg aku kenal.. semuanya mcm nie.. aklau tak depa tak kawan ngan aku..

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. >>betol

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. >>mestilah

27. Senjata wanita adalah airmata!! >> mungkin

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. >>agaknya kot

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... >> mmg laaa

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa >>>sudah semestinya

Buat yang bertaktha di hati

Al-FatiHAh.....

Buat insan yang bertaktha dihati...

A.Razak bin A.Aziz..

Pak ngah tercayang...
semoga rohnya dicucuri rahmat.....

**Ira sayang Pak Ngah.. Ira sedih pak ngah takde ms wedding ira...







Friday, April 10, 2009

Nilai Sekeping Kertas


blog ari nie.. nak share something yg aku suka.. dapat dari blog hibby... ada sesuatu yg tersirat dan tersurat.. buat seseorg yang aku rasa kamu patut baca nie dear... trust your self...



* nak jelas.. klik kat gambo ye
hibby kata take a risk.. kalau tak u tak tahu apa jawapan sehelai kertas...


** penerima kertas ingatlah.. jgn di renyukkan kertasnya kalau kamu tak suka.. tapi pulangkan dengan cara berhemah..


8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

Sesuai untul aku yg bakal kawen and also kengkawan yg ala2 nak carik bf tuh.. penting juga bagi menjaga hubungan agar kekal sentiasa..

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas.. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renung2kanlah dan selamat beramal…..



Wednesday, April 8, 2009

ToooooDaaayy Mood

ari nie aku rasa something kewrongan.. huhuhu tension aje .. aku rasa nak aje org2 yg menyusahkan aku nie... ingat senang ke keje tuh.. keje tuh dah laa .. lagi nak banyak songeh... .. kalu cikgu kat sekolah geram.. dia leh anak murid dia... tapi aku nie kulikutive nak marah kat saper??? huhuhuhu dibuatnya..
oopppssss jgn marah2 ye chomelest.. meh kita huhu.. bagi release tension....

Tuesday, April 7, 2009

Cenderahati dari Sabah

haa member2 aku nie sgt baek hati...
aku dapat cenderahati dari sabah....
nie faverit aku... kuih cincin Kg Malugus
nyam nyam

nie gelang fifa belikan... cantik kan... hehehe suka suka

sedap hingga menjilat jari... tapi ingat.. dari kg melungus je tau..

i lovin' it

** kalau aku pergi pasti mende2 nie gak yang akan ku borong gila2

Tandatangan

ahaaakksss... arini ain gatal2 nak buat tandatangan alam maya...
cuba tengok.. kiut tak??

ahakksss... mcm2 laa aku nie.. hehehe

Monday, April 6, 2009

Cantik tak???


wahhh kulit blog saya...

ekekeke.. aku dok belek belek...

last2 nak cuba buat mende nie... tak sabo betol...

cantek tak???

tak cantek pon cakap cantek...

ekekekke


Trip Ke KK _ mereka laa bukan aku

nie antara gambo2 untuk aku cuci mata...
sekembalinya geng2 aku dari Sabah...
sedey gak.. tapi.. huwaaaaaaaa
**buat En Buah hati, cayang.. kita honeymoon kat Sabah nak tak??? sabah and serawak sekali.. leh kan...plissss**
mendarat dah ia...
cantik kan.. ni kat pulau manukan
sesampai di pulau manukan
xtvt di pulau
nie membe aku.. fifa.. yg ala2 tgh merindu buah hati dia.. wakakakaka
*errrmm jojo kah buah hati kamu???
mioww...miowww..
kucing geram tgk ikan.. mcm nak terjun aje.. hehehe
sessi makan2.. tepi pantai.. huh best nyer
nie baru lepas shoping ikan masing + kristal
cantiknya... nak nak.. murah je nie...
gelang nie cantek kan,..
nie menu yg dimasak sendiri oleh geng2 aku..
ada chef jamilah, rowe dan wife izreen
(hotel yg kamik duduk tu yg leh masak2)
melawat ke muzium sabah
huh tidak... aku nak yg nie gakkkk
nie laa hotel yg aku duduk...
# secara keseluruhannya.. geng geng aku sgt happy dan seronok giler..#
bila lah aku nak sampai sana nie... (^-^)

Pujukan Dia

ikutkan entry yg sebelum nie kan aku
bg tahu.. aku tak jadi g sabah kan kan...
dan sebagai memujuk hati ku yg lara..
Buah hati aku ajak kuar tgk wayang...
citer tuuuttttt.. hehehehe seperti yg didalam gambo itu...
yes... F&F4.. suka sangat... kita org tgk kat MidValley..
Mid Night movie...
yg paling aku suka dan tak percaya..
inilah kali pertama aku kuar tgk wayang kat KL..
dan kali pertama kuar tgk wayang ngan buah hati aku tuh...
kalau ikut2kan mmg aku tak penah tgk wayang dgn dia..
sejak kita org kenal until now dah bertunang...
huh baek punya manusia..wakakakaka..
bengong... tetiba aku teringatkan makcik aku..
lama gak aku tak tengok wayang dengan dia..
eerrmmm.. missssssss u KD...
emmuuaahh emmuuaahh emmuuuaahhh
**en nazri, terima kasih cayang kerana selalu ada disisi sayang**
toing toing

Saturday, April 4, 2009

Kita Selalu BERSAMA

Cayang.. ingat tak saat mcm mana kita dipertemukan..
bukan di saat kegemilangan mu...
tapi disaat kau mula jatuh...
aku tahu itu cayang...
pada ketika itu.. kau menerima ku seadanya..
dan aku juga menerima mu seadanya...
kita berjanji agar selalu untuk bersama...
membantu..menyelesaikan kekusutan dikepala..
satu demi satu kesusahan kita hadapi...
satu demi satu masalah kita selesaikan...
tapi adakah ia berbaloi cayang???
satu per satu manusia kita jumpa dengan berbagai keadaan..
satu persatu juga kita tolong...
masalah mereka selesai.. tapi mengapa masalah kita tak pernah selesai...
Cayang... yakinlah.. aku selalu ada disisi mu..
aku selalu ada dekat dihatimu..
walau sesusah mana pon kita terpaksa mengemis..
aku tetap ada disisi dan dihatimu...
Cayang.. terima kasih kerana selalu menyokong aku...
dan balasannya sokongan aku takkan pernah putus buatmu Cayang..
andaikata kita letih dengan semua ini maka kuatkanlah semangat lagik..
kita sudah biasa hidup susah bersama sangat...
mereka tak pahami.. tapi kita memahami..
kita mahukan yang terbaik buat mereka...
tapi diam diam mereka belot...
tak apalah ALLAH maha mengetahuinya cayang..
kuatkan semangat ye cyg.. emmmuuaaahhhhh...

"hanya padamu ku serahkan segalanya..
kau bertaktha di hati..
hanya dirimu yang pertama dan terakhir..
semoga cinta kita disirami kasih suci.."
*di saat kita benar2 tersungkur..hanya kita saja yang bisa membangkitkan diri kita..

Thursday, April 2, 2009

Jawapan NYA

setelah menunggu bagai nak rak beberapa hari..
maka aku dgn ini mengisytiharkan..
"kedukaan" bg menatang alah nie..
takpelah bukan rezeki ku dan nazri agaknya...
dan memandangkan kedukaan ini...
flight aku ke sabah hari nie jam 9.25mlm akan aku batalkan..
anggap je laa bukan rezeki aku untuk kesana..
mungkin dilain hari..
*meniti hari-hari yang mendatang..
memandang ke depan... tanpa menjeling ke belakang..

Wednesday, April 1, 2009

Kena Tunggu Lagik

semalam aku cuma dapat jawapan
"see u at concorde kl @ 11.00am"
gossshhh.. that's not what i want..
so aku kena tunggu lagik until 11.00 am
Ya ALLAH, kurniakan rezeki itu buatku..
kerana diriku dan nazri sangat menginginkan..
aku sangat cuakkk.. huhuhu
*psssttt : kamu tak perlu tahu apa mende yer... tp aku mengharapkan nya huhuhu..