~us~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Tuesday, December 8, 2009

Jojo Farewell

nie event yg terlambat nak post hehehhe...jojo a.k.a rakan seunit aku dah melangkah kaki ke Sime Darby..meneruskan kerjaya di sana... meninggalakan aku di sini.. ekekeke..
well tahniah jo.. ko mmg sgt sgt bagus dan great.. sedangkan aku lom terpikir lagik nak melangkah keluar dari TM terchenta nie..at least kena abeskan bounded aku dulu...
next year will be my last year kena bounded laaaa.. entahlah.. kalau ikutkan aku rasa ala2 malas nak kerja... aku nak dok umah saja leh tak??? hehehehe giler aarr..
saper nak bagi aku duit ek.. datang dari langit laaa agaknya..
ok ok back to jojo event... nie antara snap shot yang aku sempat amek..


tgh event

penghargaan dr GA.. kad besau tu..


nie aksi potong kek.. besday dec ngan nov

abg macho yg diraikan

pengurus teknikal untuk slide show hadiah buat jojo

nie pelayan kitaorg utk hari itu

nie tom yam ngan mangkuknya

tembikai pencuci mulut


ulam ulaman ngan ikan kering

sayur campur

tahu jepun... fav jojo

ikan bakar kembung
duta setting meja makan
ala2 parti kan.. kat level 18

spesel item.. besday kek + farewell kek..
aku tempah khas kat kak linda




banyak yg dah termiss..

seperti yang sedia maklum... adik2 aku dok lepak umah aku skrg nie...
beberapa minggu lepas dok mengacau kat umah atok siah...
laa nie umah aku lak... so depa layan je umah aku tuh...
takdelah best mana... sebab ari bekerja tak leh nak berjalan sgt..
hujung2 minggu je baru aku allow kan.. if not.. dok umah je laa gamaknya..
so depa layan tv yang takde astro tuh.. tapi ari2 kena beli aiskrim..
asyik2 aiskrim aje.. pelik betol aku... sedap sgt agaknya eskrem tuh...
huhuhu sukatihlaa.. janji jgn demam sudah...... :P

Wednesday, November 18, 2009

nie antara gambar masa kat kelana jaya... ms nie aku sebak sgt2.. tapi demi adik2 aku try semunyikkan air mata... ye laa.. org kata.. pergi haji nie umpama perjuangan hidup dan mati.. mungkin kita kembali..mungkin kita akan abadi bersama pencipta...

walau sekarang nie amma dan papa batuk + flu kat sana, insyaallah mereka akan bertenaga untuk beribadat dan melaksanakan tanggungjawabnya.

mama papa dengan mak mertua ku yang setia menunggu hingga mereka berlepas... mmg kecewa dengan pengurusan tabung haji on that day (10 Nov 2009).. delay terlalu lama.. sepatutnya jam 9.30 mlm dah naik bas ke klia.. tapi dekat kol 11 baru bas sampai.. kesian aku tgk mama ngan papa... bayangkan.. dari kol 6 dah sampai kat kelana jaya tuh.. ish ish ish.. suruh lapor diri 2 jam sebelom.. tapi lambat.. giler aaa... kalau aku mesti tension meroyan.. lembab..

gambar sama2 mama papa... rindu sgt kat mereka sekarang nie...
detail utk papa
detail utk mama

semoga mama papa selamat kembali ke malaysia... kami rindu mama dan papa..



Monday, November 16, 2009

Haji

Salam to all, (eh perasan sungguh ingat writer terkenal ke aku nie..wakakakaka)

almost seminggu mama dan papa berangkat ke tanah suci Mekah. alhamdulilah until today, both of them sihat sejahtera.. dan menjalankan ibadat haji disana.. aku plak jaga adik2 kat malaysia... minggu lepas nur n ngan ecah stay ngan aku kat KL.. weekend lepas aku balik JB sempena ecah konvo..ecah dan nur n kat dewan makan utk hi-tea

\bergambar kat The Zone punya dinding hehehe

backdrop konvo ecah...

majlis start dari kol 2-6ptg.. tapi bebudak nie kena antar kol 8 pagi...sbb cikgu kata ada rehearsal bagai... lepas abes majlis, bebudak nie request nak g tgk wayang.. calling2 filanastasia agak plak g tgk wayang... dapat tiket 8.45 tapi kitaorg masuk almost 9 mlm.. biasalah jalan jem.. tgk citer 2012.. best mmg best.. tapi masuk jam ke dua, ecah dah tertidur... nur n pon ada terlena kejap.. isk isk isk.. aku ngan kak diana ajerk yang setia.. hehehe... dekat kol 12.30 kami semua smapai umah.. apa lagik.. siap2 solat isyak... terus semua lena.. krookhh...kroookh.. huhuhu seronok jugak melayan budak2 nie.. :)


Tuesday, October 27, 2009

Kisah seram kaki pancing

wakakaakakakakakaka

Sekadar ingatan...tiada kaitan dgn yg hidup atau yg mati...

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi,kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan. Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Zohor. tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis. Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk. Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam. Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Kasih Adik

Aku teringat cerita nie... tetiba rasa sayu jerk... tak bosan membacanya
------------------------------------------------------------------------------------------------

Secebis kasih sayang...

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang¡­!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg¡­.sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan¡­biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat¡­..
"Kak¡­untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata"
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak­.Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi¡­aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya­." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
"Jika tak dapat apa yang kita suka,belajarlah menyukai apa yg kita dapat¡­dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."

"Semoga kita dapat jadikan kisah di atas sebagai satu iktibar. sekiranya kita tak dapat apa yang di ingininya tak bermakna hidup kita tak bahagia.. pasti ada hikmahnya.. sekadar mengubat hati sendiri.. teruskan keyakinan dan kekuatan agar terus bisa bangkit hadapi ke depan"


Monday, October 26, 2009

AIN NAZRI

skrg nie aku suka dgn nama AIN-NAZRI.. sbb aku rs mmg kami ditakdirkan bersama..
Ain maksudnya mata. Nazri maksidnya Pandanganku.
jadi AinNazri itu bermaksud mata pandanganku...

suami ku memandang tapi aku melihat... hehehe.. suka suka

Thursday, October 22, 2009

makin gemuk plak

huwaaaa dalam kesibukan aku nak final exam nie...
aku dilanda masalah baru.. huhuhu
berat ku naik.. huwaaaa... dah nak 3 digit nie.. huwaaaa...
stresss sungguh... nampaknya misi kena dimulakan...
meh ainnatul.. kena kerja kuat and kerja keras...
takleh give up... bertahan... bagi peluang sebulan utk diri sendiri...
kalau tak makin teruk laa gamaknya....
banyak baju pakai dah mula tak muat nie...
huhuhuhu huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, October 2, 2009

as wife

ok ok... lama aku tak membebel dalam blog aku nie... huhuhu jenuh jenuh utk aku menulis..
apa nak bebel ye.. oh ya... lately nie.. aku selalu dapat same question dari bermacam2 org..
jadi aku rasa aku nak jawab kat sini... so bila ada yang bertanya aku suruh refer entry nie.. hehehe.. amcam ok tak?? soklannya adalah....

1) Mcm mana beraya as a wife??
seronok.. sbb ada 2 kampung nak kena pegi.. kami ambil keputusan utk beraya di dua2 kampung... which raya 1 and 2 - kat kampung suami.. keratong 6.. raya 3 and 4.. kat kampung aku di jb.. dan raya 5 dan 6 dan seterusnya raya di KL.. hehehe

2) Mcm mana life as a wife?
sgt best dan sgt seronok.. sebaaaaabbbbbb malam2 ada org tdo sebelah... pastu idop penuh ngan xtvt..balik keje berebut2 nak balik sbb nak masak utk suami... pastu jugak ari2 pcah kepala pk apa resepinya.. huhuhuh.. pastu eermm mcm2 laaa.. yg penting ada org disisi..

3) Dah ada baby ker?
jawapannya adalah.. takde,.. belom ada rezeki lagik.. jadi kena usaha lebih lagik... kena rajin bersukan ye.. :p

soklan apa lagik ye... aku pon tak ingat.. hehe nnt sambung ye


Friday, September 11, 2009

raya..

raya raya.. wah wah wah semua pon tgh sibuk mensiapkan diri untuk raya..
selamat beraya lah kamu kamu ye.. aku cam biasa jerk...
tak ada beza raya ke tak...
tahun nie as wife aku beraya.. so seperti yg sedia maklum
aku akan balik ke keratong dulu umah belah lelaki
dari jumaat malam hingga raya ke dua kot..
then raya ketiga dan empat aku balik JB kampung aku..
raya kelima.. aku akan mula bekerja.. dan kerja..
tahun nie nak beraya sakan pon tak leh lagik.. keje dan asgmnt sgt sgt byk..
mmg takde mood raya.. sekadar melayan apa yg ada...
selagi leh layan kan... kang tak leh layan kita dok jerk tdo terbongkang diam2..
huhu daaaaaa..........

Friday, September 4, 2009

Ayam Penyet Ria

semalam g kuar ngan seseorg... buka posa bersama sama..
lama dah tak ketemu dgn manusia ini.. makin chantek dan makin koros...
aku??? makin besar dan makin gemuk....
tak kesahlaa.. janji laki aku kata...
aku as isteri dia..paling chantek dalam dunia.. cantik luar dan dalam sekali... kalau tak chantek maka takdelah kami menikah kan kan kan... heheehhe (nie ayat bodek aku nie..)
oo ok ok.. back to buka posa.. kita org mkn kat AyamPenyetRia, Sunway Piramid.
punyalah ramai org.. huhu sampai kitaorg kena tggu Q. so order dulu then bayar..
pastu g jusco..beli Tako Tao untuk buka posa.. sbb ayampenyet tu dapat meja dalam kol 8..
lepas makan lebih kurg Tako Tao terus naik atas jusco g solat... tmpt dia sgt kecik..
muat 4 org jerk.. huh.. giler sempit laa... tapi nak g tempat lain sgt jauh.. so layan kan ajerk.. :p
pas solat terus g balik kedai ayam penyet tuh.. wah sedap menikmati milo dinasour dia.. (nama pasar adalah milo tabur) mmg kaw giler milo dia.. tu yg buat aku sgt sgt sgt teruja.. hehehehe
ayam penyet nya ok laa... not bad.. tapi yg meletuppp adalah sambal dia.. pedass nak mati... dalam kata pedas2 pon, aku mintak tambah lagik sambel nya.. huhuhu..
best kan... waaa patut makan pecel lele laaa... sedapnya... uish teringin laa pulak..

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Wednesday, September 2, 2009

saja nak tulis

dah 12 hari kita puasa kan.. alhamdulilah... rutin aku masih sama dan still sama.. dah naik blur tak tahu nak masak apa utk sahur dan juga berbuka... lately nie badan mmg letih sentiasa... balik kerja cepat2 masak utk berbuka.. lepas berbuka.. dah siap mandi.. takde yer nak dok tengok tv.. terus masuk bilik landing... hajat dihati nak study dan buat keje opis.. namun tak kesampaian.. kerana sesungguhnya.. aku dah lena..sedar tak sedar suami tersayang kejut suruh baring betol2.. sedar kejap jerk.. pastu terus sambung tido.. sedar tak sedar kol 5 mak call kejut tanya dah bangun sahur ke belom... baru aku bangun siapkan sahur2.. tapi arini tak larat sgt.. maka suami tersayang bangun.. bantu masak nasi dan panaskan lauk.. digagahkan juga diri nak bangun ke dapur dan menyiapkan hidangan... kejut adik2 bangun sahur sekali... lepas sahur..serah tugas kat adik2 mengemas semua hidangan tadi.. masuk kebilik dan berbaring kejap.. nak rehat sebelom bangun mandi dan bersiap ke opis...
sejak sekolah mula jalan jem giler... arini jerk kena bayar parking 8 hinggit.. hampess betol.. tension sungguh... pasni kena kuar umah lagik awal laa gamaknya.. kalau idak.. abes aku..huhu.. kepala nak mula ting tong lagik nie... pening pening.. huwaaaaa.....
petang nie exam BRM.. adehhhh tension.. sbb aku tak tahu nak jawab apa.. mcm tak blajo pon ada jugak.. huhuhu

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Kali Ini

Tahun nie ramadhan mmg best.. sbb aku berpuasa dgn suami tersayang..
tahun lepas puasa dgn kekasih tersayang... hehehehe
beza mmg berbeza... kena masak berbuka... kena masak bersahur...
seb baek ijah ada.. kalau tak mmg senoneng aku.. ekekeke..

setakat nie posa penuh lagik... harap2 tahun nie penuh laa lagik.,.
hehehehe... tak yah ganti posa.. menikmati ramadhan sepenuhnya.. hehehe

buat kamu kamu... selamat berpuasa... selamat beramal..

Monday, August 17, 2009

baru balik

keadaan kesihatan yg amat sgt teruk menyebabkan kami mengambil keputusan berehat bersama di rumah jerk.. hehehehe takdelah kemana.. kan kena kuarantin.. alhamdulilah semuanya tip top.. seperti yang di kehendaki..

kat belakang badan nie asyik sakit2 ajerk.. hehehe.. aritu sempat gi ngurut..bidan kata semua tip top.. rahim aku pon dalam kedudukan mantap.. so bersedia untuk mengandung.. hehehe.. excited betol.. insyaallah ada rezeki maka adalah untuk aku menambah ahli keluarga... ekeke

today is filanastasia besday.. semoga aunty ku terus sihat dan ceria..cayang kak diana..

Wednesday, August 5, 2009

First Month Anniversary

ish ish ish diam tak diam dah sebulan aku menjadi isteri kepada mohd nazri.. mcm tak percaya tapi itulah hakikatnya... alhamdulilah semuanya masih mampu di harungi bersama.. walau ada yang tak berpuas hati dan sentiasa dengki pada kami... insyaALLAH semua masalah akan segera berakhir..

Buat cayang, selamat hari ulangtahun sebulan perkahwinan.. semoga kita sentiasa ada untuk menyenangkan kehidupan kita berdua bersama bakal baby kita nanti.. :)

Friday, July 31, 2009

Keratong :)

Nie jerk gambo yang aku ada untuk majlis keratong.. hehehehe.. yang lain aku tak ada... nak kena mintak ngan adik2 ipar aku tu pon kalau dia ada laaa.. hehehehhe.. kalau tak tunggu je laa gambo siap... :p.. gemok sgt aku masa gambo kat keter nie... huhuhuhu

Thursday, July 30, 2009

now..

alhamdulilah dah selesai majlis kat keratong 26 julai arituh... semuanya ok.. no more comment ok.. heheheh rahsia... aku takde amek gambo...semuanya ada pada photog aku ler.. nnt aku tanya kat adik2 ipar aku ada ke tidak gambonya... huhuhu.. nak buat mcm mana.. aku tak bawa extra photog pon... :p

Wednesday, July 8, 2009

wedding_sanding

ada jugak persembahan rodat
chumel sungguh anak kak nani.. seboleh boleh nak amek gambo
gambo ngan GA team..
duduk bersanding berdua.. bersama pengapit

my pelamin
sampai dewan...beraraktgk silat lepas berarak..